Make your own free website on Tripod.com
 

Aduan: Membiarkan Timbunan/Longgokan Sisa Rumah Haram Separuh Roboh 
& Penempatan Semula Pendatang Tanpa Izin Di Kampung Ampang Indah 
Lembah Jaya Selatan Ampang
‘Setinggan Sifar’ merupakan matlamat kerajaan negeri Selangor yang amat dipersetujui dan dialu-alukan oleh rakyat Malaysia.  Bagaimanapun kami tidak faham mengapa di kawasan Kg. Ampang Indah Lembah Jaya Selatan Ampang Selangor dibiarkan dan dibenarkan pembinaan rumah-rumah setinggan, pembinaan gerai-gerai menjaja berderetan jalan seperti di negara Indonesia, robohan rumah setinggan terbengkalai separuh roboh menjadikan sudut jalan indah 2 dan kawasan di atas bukit berdekatan terutamanya sebagai tempat membuang sampah sarap di hadapan rumah penduduk dan suasana bising dengan motosikal-motosikal pendatang tanpa izin lalu-lalang serta suasana  tidak aman dan tidak indah seperti nama diberi Kg. Ampang Indah.
 
Kami penduduk berdekatan ingin memaklumkan rasa rimas dan tidak tahan lagi  dengan persekitaran di Jalan Indah 2 terutamanya pembiaran saki-baki robohan rumah haram terbengkalai  yang dibina di tepi jalan  malah juga di atas longkang yang kesannya menyempitkan laluan Jalan Indah 2 dan di atas bukit berdekatan. Ini memburukkan suasana seolah-olah kawasan sampah yang berpotensi mengundang wabak denggi. Bau busuk di sekitar nya merimaskan kami.  Kami ingin menyatakan perasaan kecewa terhadap MPAJ yang tidak serius dan bergerak terlalu perlahan bagai ‘ala-ala tahi ayam’ dan tidak mengikuti perkembangan susulan kempen ‘setinggan sifar’ yang dilaungkan oleh PM.  Ini dapat dibandingkan dengan bandar lain contohnya kawasan di Shah Alam yang indah dan aman berbanding Ampang.  Akibat dari tindakan tidak tegas ini, hari ini kawasan di atas bukit di Jalan Indah 2 telah wujud kembali pendatang tanpa izin yang membina semula rumah dan menghuni di situ.
 
Kami mengesyorkan agar MPAJ memberi amaran keras disusuli denda  kepada mereka yg berdegil dan tidak melapangkan kawasan berkenaan.  Ini adalah berikutan terdapat penduduk tetap di kampung ini sendiri yang membina rumah setinggan di jalanraya dan di atas longkang hadapan rumah mereka untuk disewakan kepada pendatang.  Akibat dari itu tiada jalan lagi di hadapan jalan indah 2. MPAJ juga harus meneruskan rancangan memajukan kawasan lembah jaya dengan segera dan menetapkan kawasan yang bakal lapang itu dgn turapan tar agar kenderaan mudah melalui jalan berkenaan yang terlalu sempit ditambah  himpitan perniagaan kecil haram.  Selain itu juga didapati setiap kali hujan, air naik di beberapa batang jalan berikutan longkang yang tersumbat dengan sampah sarap akibat daripada kawasan sempit robohan rumah yang terbengkalai, dan pendatang tanpa izin yang semakin menjadi-jadi seolah-olah kampung tersebut adalah seperti negara asal mereka. Bau yang busuk akibat sampah sarap penduduk Indonesia di atas bukit berdekatan Sek. Keb. Lembah Jaya menyebabkan kami tidak tahan untuk berhadapan dengan kawasan seperti ini dimana mereka membuang sampah sesuka hati ke dalam longkang dan di sekitarnya.  Suasana bising juga mengganggu pelajar sekolah tersebut.  Kami kecewa MPAJ tidak lagi mengambil tindakan dan membiarkan perkara ini berlarutan sejak wujudnya setinggan pada tahun 1992 dan pada tahun 2002, hanya sebahagian setinggan sahaja dirobohkan serta terbengkalai merosakkan pemandangan kawasan dan kini sudah masuk 12 tahun masih lagi dibiarkan.
 
Adalah tidak adil jika kami yang membayar cukai taksiran setiap tahun tetapi terpaksa menghadapi masalah tersebut sekian lama.  Kami merayu dan berharap sangat pihak MPAJ dapat memberi kerjasama dengan terlalu segera seperti mana kami tertekan dengan keadaan sebegini rupa sekian lama dan kami mengharapkan Kg. Ampang Indah lembah Jaya Selatan adalah seindah nama dan bukan hanya terletak pada nama yang disebut-sebutkan selama ini.  Sudah berkali-kali aduan diberikan tetapi pihak anda masih lagi tidak bertindak.
 
Terima kasih.
 
PENDUDUK TETAP YANG PRIHATIN, RIMAS, TERTEKAN DAN KECEWA, Ampang - 10.03.2003

Kiriman:
Aduan MPAJ <aduanmpaj@yahoo.com>
www.geocities.com/aduanmpaj

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN