Make your own free website on Tripod.com
 

Lubang Sana, Lubang Sini, Janji Tinggal Janji
Webmaster Yang Dihormati,

Tujuan saya menulis diruang ini MPAJ bersama anda kerana tidak puas hati cara MPAJ, JKK Kampung  dan YB kawasan tersebut indah khabar dari rupa yang mana apa yang dibuat dan aduan yang telah diberikan amat memilukan janji tinggal janji. Cakap tak serupa bikin. 3x5 yang mana YB,JKKK dan MPAJ yang punya angkara. Ada Contoh Jalan berlubang bukan satu kampung. Satu kawasan yang meliputi MPAJ sana Lubang sini Lubang sana.Korek sini korek tanam paip dan bermacan -macan lagi itu satu hal Contoh lain yang diberikan Longkang Kawasan kampung disini buat yang rosak tak dibuat yang tempat tak sepatut dibuat MPAJ buat  itu pun ada yang jatuh dalam longkang. Sepekara lagi MPAJ ada Ahli Majlis sesautu Kawasan tapi tak pernah pun datang melihat kawasan kampung dan tak kenal pun beliau.Lantikan JKKK tak kena tempat hanya pandai duduk dekat rumah.

Dari segi mengangkut sampah pula ikut kawasan kalau jalan ini sudah angkat besok jalan lain pula. YB kawasan Ampang Jaya banyak berjanji dengan penduduk ini baik ini bagus ikut sahaja yang merana penduduk. Sepekara lagi banyak cakap -cakap belakang tentang perniagaan kalau ada yang inigin berniaga dikawasan MPAJ akan dibungkuskan orang ini berniaga -Melayu kasi tutup di punya kedai tapi kalau bangsa lain tak berani kerana ugutan peniaga atau ahli persatuan contohnya Pasar Ampang. Kalau nak ikutkan lagi banyak perkara yang MPAJ ,YB dan JKKK tidak memainkan peranan yang diberikan.

Kiriman:
Aduan MPAJ <aduanmpaj@yahoo.com>
www.geocities.com/aduanmpaj - 10.03.2003

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN