Make your own free website on Tripod.com
 

PAS Terlepas Peluang
Sebentar tadi saya telah menerima satu panggilan telefon dari kenalan di Mersing. Sebelumnya, saya telah menerima satu panggilan yang serupa. Saya tidak telan bulat-bulat luahan isi hati kedua-dua pemanggil tersebut. Saya cuba menghubungi kenalan yang lain untuk mendapatkan kepastian. Ianya ternyata benar.

Panggilan tersebut adalah respons dari artikel saya yang tak seberapa bertajuk "Jangan Biarkan Dr. Ramli Keseorangan di Senggarang". Sebenarnya mereka serkap jarang yang saya adalah penulis nya.

Daripada maklumat yang diterima, fahamlah saya bahawa UMNO Mersing sedang bergolak, kerana mereka dalam rangka hendak menjatuhkan antara satu sama lain. Mengikut kenyataan, Datuk (MELAKA) Dr. Latif Awang adalah dalangnya. Semasa saya membuat panggilan untuk mendapatkan kepastian, kenalan saya itu dalam perjalanan ke Endau untuk berkempen menjatuhkan wakil calon daripada UMNO/BN. Beliau juga sempat memberi tahu saya agar menghubungi kenalan di Kampong Seri Pantai untuk tujuan yang sama. Ini adalah kerana ketiga-tiga calon yang mewakili PAS tinggal di sana.

Ianya tambah memberi keyakinan kepada saya kerana ada daripada kalangan ahli UMNO yang turut berkempen dengan tujuan menjatuhkan calon Parlimen Mersing adalah Ketua-ketua kampung di sana.

Ketiga-tiga kenalan saya itu turut menyatakan kekesalan kerana wakil calon PAS gagal menghidu dan seterusnya membuat bantahan bahawa wakil calon BN bagi DUN Tenggaroh adalah Ishak Awang, bekas wakil rakyat DUN Endau dan beliau bukan pengundi di DUN Tenggaroh.

Satu lagi taktik kotor yang cuba dilakukan oleh calon Parlimen Mersing ialah hendak melantik Fadil orang kuatnya yang kebetulan adalah adik wakil PAS bagi DUN Endau. Cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh pihak wakil calon UMNO/BN bagi DUN Endau. Kalau taktik itu menjadi, mereka mengharapkan agar wakil calon dari PAS dapat membuat bantahan kerana Fadil bukan pengundi bagi DUN Endau.

Saya mengharapkan agar ketiga-tiga wakil calon dari PAS dapat memainkan isu ini, apatah lagi setelah ada pertolongan daripada pihak ahli UMNO sendiri yang di kala ini, dendam mereka masih membara di antara satu sama lain. Dalam pada itu jangan pula lupa memohon pertolongan daripada ALLAH.

Kontek-kontek saya dari Mersing telah berjanji untuk menyalurkan apa juga maklumat yang ada kaitan dengan UMNO Mersing. Kalau ada apa-apa yang baru, pasti akan saya kongsi bersama dengan para pembaca budiman.

Mungkin ALLAH belum mengizinkan buat Dr. Ramli mempunyai teman daripada PAS/Keadilan berada di DUN Johor dengan jalan mudah. Bagi penyokong-penyokong PAS dan penegak Keadilan, marilah kita gandakan usaha dalam mencari perubahan yang selama ini kita nantikan di bumi Johor yang bertuah ini.

Tak kan rakyat Marhaen Johor yang prihatin tidak mahukan perubahan. Kikislah slogan "JOHOR KARAT UMNONYA" yang memalukan. Kalau ia pun UMNO(B) yang ada ini bukan lahir di istana besar Johor, bukankah ianya telah diharamkan dah lama dah. Tak kan itu pun tak tahu. Malah Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO.

Marilah kita sama-sama mencari perubahan dengan membuat pembaharuan di DUN Johor dengan memberi kemenangan kepada calon-calon daripada PAS/BA.

Anak Jati Segamat - 14.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN