Make your own free website on Tripod.com
 

SATU TAMPARAN BUAT UMNO/BN JOHOR

Lebih kurang pukul dua pagi, saya mendapat panggilan dari seorang kenalan di Kota Tinggi menyatakan bahawa wakil calon DUN N35 Pasir Raja bernama Azman Bin Abdul Rahman No. K/P 640606-01-6011 telah dijamin oleh bapanya dan telah pun membuat surat akuan bersumpah bahawa wang yang dibawa adalah untuk menyogok wakil calon DUN tersebut daripada PAS bernama Sanip Bin Ithnin No. K/P 480703-01-5563. Kenalan saya juga sudah berjanji bahawa dia akan fakskan salinan surat tersebut kepada saya.

Dengan pengakuan itu, apa pula alasan calon UMNO/BN tersebut untuk menafikannya. Kalau dibaca apa yang telah disiarkan oleh akhbar Berita Hairan, beliau menyatakan yang beliau tidak tahu=menahu berkenaan dengan sogokan tersebut. Tambah beliau lagi, apa perlu sogok-menyogok kerana 70% pengundi di DUN tersebut ada lah ahli UMNO(B) totok.

Dengan situasi ini diharapkan agar pengundi-pengundi yang hanya kenal dengan dacing Baghdad fikirkanlah dengan semasak-masaknya sebelum membuat pilihan. Selain daripada fenomena sogok-menyogok, perhati dan fikirkanlah secara rasional perbuatan sumbang UMNO/BN dalam menghadapi pilihan raya ke-11 ini. Seperti menyalah gunakan harta kerajaan dan banyak lagi sebagaimana yang telah dinyatakan oleh penulis-penulis siber yang prihatin.

Terlanjur menulis, izinkan saya menyentuh satu artikel bertajuk "SELAMATKAN PAK LAH" yang telah disiarkan di laman ini. Mengikut kenalan saya tulisan itu ada kebenarannya. Sekira diteliti cara penulisan dan bahasanya, kita boleh membuat andaian siapa penulisnya. Klu pengenalan penulis ada disebut di dalam artikel itu. Saya sendiri sudah memfotostat artikel tersebut sebanyak seratus salinan untuk diedarkan kepada ahli UMNO(B) totok di kawasan saya.

Di sini saya juga ingin menyentuh luahan hati YM Raja Petra Kamarudin yang telah disiarkan oleh Harakahdaily bertajuk "AN UNEVEN PLAYING FIELD, THE
PUTRAJAYA EXPERIENCE'. Yang menghairankan mengapa pihak "BANGSAT" tersebut sanggup membuat onar ke atas pihak pembangkang. Takkan ketuanya yang mendapat title "TUNGKU DAPUR" semasa berumur 12 tahun masih lagi seorang manusia primitif. Come on lah adnan tambi, please cast away your ketambian, be a Gentleman and a civilized human being. After all you are not the owner of Putrajaya.

Apa yang menghairankan, mengapa UMNO/BN suka sanggat mengimport penyangak sebagai ahli di dalam pertubuhan mereka. Takkan Putrajaya yang telah di canang sebagai satu penempatan moden masih dihuni oleh mereka yang hidup di zaman batu. Saya pun ramai juga saudara mara yang tinggal di sana. Kebanyakan mereka berjawatan tinggi. Dengan apa yang telah berlaku, bagi sesiapa yang hendak membeli kediaman di sana, fikir-fikirkanlah (meminjam kata-kata malaun yang membaca warta di RTM (rangkaian temberang maidin calon P014-dengan izin ALLAH biar dia Terlingkup).

Dari beberapa insiden mengaibkan yang telah berlaku, sekali lagi saya merayu agar para pengundi bijak menggunakan hak dengan mengundi mereka yang bersih, jujur dan ikhlas. Marilah kita berganding bahu menolak mereka yang "RASUAH, PEMOHONG, PENIPU DAN YANG RENDAH MORAL". Sebahagian dari nama penyangak itu boleh ditemui dalam artikel yang bertajuk "Do Pak Lah a favour, don't vote for 'tainted' candidates’,tulisan Mustapha Ong juga disiarkan di laman ini.

Dari message yang saya terima, Aziz Pendek calon P108 sudah pun menemui kesemua janda di sana untuk diberi habuan. Bagaimana SPR (SINDIKET PENIPU RAKYAT) boleh tak perbuatan sumbang tersebut dikategorikan sebagai rasuah pilihan raya? Janda-janda sekalian, elok beringat sebelum kena, Aziz Pendek bukan sebarang pendek kerana dengan kependekannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disumbat di sebuah apartmen istimewa di Sungai Buluh. Inikan pula janda, no problem for a man like him.

Sebelum mengakhiri celotehan saya ini, izinkan saya membuat sedikit pembetulan. Sebenarnya calon PAS bagi P156 Abu Bakar Sakak tidak menerima wang RM50,000.00 yang dijanjikan kerana telah dilarikan oleh wakil yang membawa wang tersebut. Patut pun isteri beliau menangis dengan alasan si suami sudah sedar akan kesilapannya menjadi calon dan menarik diri.

Mengikut kata kenalan saya, dua hari sebelum penamaan calon, beliau begitu bersemangat bercerita di sebuah kedai kopi di Bandar Kota Tinggi yang beliau mesti turun padang walau apa pun terjadi, kerana memerangi pemerintah yang zalim adalah satu kerja jihad yang murni. Salah seorang hadirin yang mendengar ikrar beliau adalah kenalan saya sendiri. Apa ni Bakar, sekarang siapa menzalimi siapa. Surrender sebelum berjuang, dah lah tu habuan tak dapat.

Ayuh mari kita tumbangkan pemerintah yang ada dengan memberi undi kepada PAS/BA.

Anak Jati Segamat - 19.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN