Make your own free website on Tripod.com
 

Menjana Kemenangan BA
Nampaknya kempen Pilihan Raya Umum Ke-11 semakin rancak berjalan, yang terlebih rancak daripada menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Haji.

Pondok-pondok pilihan raya naik mencacak di sana-sini dengan para petugas mengawasinya hampir 24 jam. Berbagai aktiviti diadakan di sini. Itulah kehebatan setiap kali pilihan raya Malaysia dia mata rakyat sendiri.

Ceramah-ceramah kedengaran di sana-sini. Masing-masing akan memberi hujah dan pandangan tersendiri. Inilah cara terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat semenjak kita merdeka dulu lagi. Inilah juga cara popular bagi parti pembangkang sehingga kini.

Alhamdullilah dengan sedikit kemudahan teknologi, tentunya bantuan langsung dari Allah seperti Internet dan SMS mengurangkan sedikit keletihan para petugas dan penceramah. Ini semua mesti berlaku dalam waktu yang pantas/cepat dengan waktu kempen yang amat singkat. Inilah demokrasi ala-Malaysia yang mempunyai bangunan tertinggi di dunia dan bercita cita menjadi antara negara paling maju di Asia Tenggara kalau tak pun masuk kategori dunia.

Bendera-bendera dan poster-poster berkibaran di sana-sini. Bukan sedikit pembangkang dan kerajaan menghabiskan duit untuk mencetak kesemua ini. Situasi ini boleh dielakkan kalau sejak dahulu lagi pemerintah Malaysia memberi hak kepada pembangkang kesemuanya muncul di kaca TV, berceramah dan berdebat di TV.

Tidakkah setiap kali Pilihan Raya Umum, SPR yang dikawal pemerintah, membawa kembali Malaysia ke zaman batu. TV dan media untuk dimanfaatkan oleh pemerintah saja. Ceramah adalah untuk pembangkang yang hanya boleh didengar oleh puluhan dan ribuan manusia saja.

Manfaat yang lain sudah pasti untuk kerajaan. Inilah sistem demokrasi Malaysia, yang sekarang ini dikagumi kerana mempunyai bangunan paling tinggi di dunia (kini dah jatuh ke tempat kedua). Sungguh tak disangka di sebelah bangunan tersebut penuh dengan poster dan bendera pilihan raya.

Negara jaguh demokrasi seperti USA, UK tak ada pula bendera dan poster naik untuk pilihan raya sampaikan nak tertutup jalan raya. Kampung-kampung dihiasi dengan berbagai rupa. Masa dikorbankan bukan sedikit kerana berkempen untuk pilihan raya.

Negara maju masih seperti dulu menggunakan keupayaan teknologi sebaik mungkin. Mereka berkempen di TV dan media hingga akhirnya kepada debat perdana.

Bahkan apabila tiba pilihan raya kadang-kadang hampir tidak diketahui rakyat bahawa pilihan raya sudah hampir. Mereka menjalankan aktiviti seperti biasa hingga lah tiba pada hari mengundi.

Di USA hari ini sudah lama berlangsung kempen pilihan raya presiden yang dijadualkan pada November 2004. Kempen-kempen rancak sudah berlangsung sekian lama di TV dan media.

Inilah gambaran sebuah negara yang cintakan teknologi yang amat sangat dalam segala bidang kehidupan kecuali berpilihan raya.

Anakmama - 15.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN