Make your own free website on Tripod.com
 

AKHIRNYA BARSHISHA SUJUD KEPADA SYAITAN

Saya cuba merisik reaksi rakan-rakan tentang jalan songsang yang dipilih oleh si Firdaus (Imam Masjid Negara) dan Dr. Masyitah untuk bersekongkol dengan UMNO. Daripada banyak reaksi-reaksi yang diterima, terdapat satu reaksi yang ingin saya kongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang boleh dan mahu berfikir.

“Biasa saja. Tak ada apa-apa yang mengejutkan”, begitulah lebih kurang kata-kata kawan saya tersebut.

Katanya lagi: Di zaman pemerintahan komunis di Afghanistan, mereka juga mengambil orang-orang yang ada ilmu agama untuk bekerja dengan mereka dengan tujuan untuk menarik sokongan rakyat Afghanistan terhadap pemerintahan komunis. Dan orang-orang yang ada ilmu agama ini memang tidak kisah menjual ilmu dan agama demi mengejar wang dan kuasa, sedangkan mereka memang tahu bahawa komunis adalah satu fahaman politik yang secara total menolak agama dan Tuhan.

Katanya lagi: Firdaus dan Dr Masyitah bukanlah orang pertama dan kedua yang memilih jalan songsang. Jika hendak dicontohkan nama-nama besar yang memilih jalan songsang, terlalu banyak dan terlalu lama kesudahannya. Tapi cukuplah dua contoh ini untuk kita jadikan iktibar.

CONTOH 1
Semasa banjir besar diturunkan ke atas kaum Nabi Nuh, antara orang yang degil dan tidak mahu mengikut Nabi Nuh beriman kepada Allah swt ialah anak baginda sendiri iaitu Kan’an. Anaknya tetap memilih jalan songsang walaupun pada ketika itu sedang terumbang-ambing di dalam banjir menghadapi maut. Nabi Nuh diriwayatkan berusia 950 tahun. Menjadi Nabi dan Rasul semasa berusia 480 tahun. Berdakwah hampir 500 tahun. Tetapi dikatakan cuma berjaya menarik 70 – 80 orang sahaja untuk beriman kepada Allah swt. Salah seorang yang degil dan tidak mahu mengikut Nabi Nuh ialah anaknya yang bernama Kan’an.

CONTOH 2
Seorang abid atau ahli ibadah yang masyhur bernama Barshisha telah terpedaya dengan kecantikan ‘dunia’ akhirnya telah mati dalam kesesatan. Walaupun ilmu agamanya tinggi, tetapi akhirnya hingga ke saat-saat akhir kematiannya, dia telah tunduk kepada syaitan. Untuk mengetahui cerita Barshisha dengan lebih terperinci tanyalah kepada tok-tok guru yang hidup dan matinya kerana Allah swt.

Jadi kata kawan saya, “Apa yang nak dihairankan dengan tindakan Firdaus dan Dr Masyitah yang memilih jalan songsang?”

Secara spontan aku menjawab, “Betul juga …”

- Awang Lepuk - 12.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN