Make your own free website on Tripod.com
 

Kehancuran Melayu (3)
Oleh Azman, Kuching Sarawak.
Melayu menipu melayu dan sokong

Yang baik kena tipu dan yang menipu kena tipu. Tipu menipu ini sudah menjadi asam garam kehidupan. Ianya sudah menjadi penyakit yang tiada ubat lagi. Di mana mana tempat, permainan tipu menipu ini adalah modal hendak menang. Yang menjadi peliknya, memang sudah diketahui bahawa dia akan ditipu, kenapa boleh menolong orang yang akan menipu. Inikan perkara paling bodoh dilakukan oleh orang melayu. Sudahlah kena tipu dan dituduh dengan bermacam fitnah pula. Sedarlah sikit melayu, berfikirlah sebelum membuat sebarang keputusan terutama menjelang pemilihan ketua kamu ini nanti, kalau tersilap lagi memilih (ketua penipu atau kawan penipu) alamat terpaksalah berputih mata dan terpaksa menjual maruah lagi. Memalukan dan menyusahkan generasi kami yang muda ini sahaja.

Kalau dilihat perkembangan dari masa ke semasa, mana ada melayu tidak menipu, semuanya menipu. Yang kaya makin kuat menipu dan yang miskin mulai hendak menipu. Yang teruk kena tipu adalah yang miskin. Sebab yang miskin senang sangat kena tipu dengan duit ehsan. Yang si miskin ini memang tidak sedarkan diri, terlalu tamak dan mata duitan, senang sangat di sogok dengan duit 20sen. Kalau hendak fikirkan pasal keluarga, hendaklah fikir sampai generasi ke kiamat, bukannya hari itu sahaja. Ini tidak, menghabiskan khazanah negara dan memupuskan keistimewaan melayu sehingga papa kedana. Ini membuat anak anak generasi akan datang akan lebih kurang ajar dengan orang tua dan makin berani menghancurkan pemimpin atau ketua yang kaki penyamun. Jangan salahkan generasi baru bila suasana tidak dapat dikawal. Kutuk diri kamu sendiri, menyusahkan orang sahaja.

Penipu ini mudah dikenali, mana ada orang yang tidak dikenali siapa penipu. Terlalu banyak. Konsep guna pakai memang banyak, kalau nak diterangkan tidak cukup kertas hendak ditaip. Tapi semua penipu ini menggunakan konsep logik, sehingga semua orang ternganga mendengar dan bersetuju dengan hujah dan konsepnya. Setiap melayu yang terpengaruh mulalah berduyun duyun datang pada sipenipu itu. Apa lagi penipu itu ketawa sakanlah, sebab jerat sudah mengena. Inilah perkara yang masih bangang, bahlul dan bodoh yang dilakukan oleh orang orang melayu. Kalau tidak percaya tanya dengan orang sebelah kamu, terutama orang melayu kampung. Pemimpin atau ketua sudah menjadi tuhan dan tidak ada orang melayu berani hendak mengubah mereka yang kaki penipu. Sungguh dasyat sekali.

Melayu ini, mana ada masa hendak mengkaji setiap fakta orang yang akan menipu. Setiap sen yang hilang dari semua orang melayu, bukan banyak sangat. Melainkan sampai papa kedana, baru mulai hendak membantah dan melawan. Ini perkara betul betul bodoh, sudah terlambat mana ada ruang. Ruang semua dikawal oleh penipu. Melayu, melayu sampai bila kamu orang akan ditipu. Gunalah sikit pancaindera kamu, jangan sampai maruah, agama, bangsa dan negara tertipu.

Melayu tipu melayu sudah menjadi barah yang paling teruk. Kalau bangsa lain menipu melayu itu adalah tradisi mereka. Tetapi tidak pada melayu (mungkin itu dulu dan sekarang tidak). Bila disemak semua berita di media cetak dan elektronik. Perkara tipu menipu ini merupakan sudah menjadi budaya. Perkara yang tiada, diadakan. Semua penipu diagungkan, dipuja dan dihormati. Kalau boleh hendak dijilat tahinya. Eehh sungguh keji golongan ini, memalukan bangsa melayu sahaja. Begitu juga melayu lain, masih lagi hendak berseronok dengan mereka ini.

Proses menang bodoh dan sokong adalah permainan budaya melayu bodoh ini. Sampaikan Melayu yang bijak dan cerdik terpengaruh dengan budaya tipu menipu ini. Lebih-lebih lagi yang kaki penipu. Sebagai asasnya adalah hendak menang. Ambil contoh dalam proses untuk mendapatkan sesuatu.

Menang

Tujuan penipu adalah untuk mendapatkan sesuatu bagi mengisi perutnya yang sentiasa buncit dengan benda haram (terpulang siapa punya barang). Persaingan hebat, penipu mahu dia seorang sahaja dapat dan menang dalam percaturan tersebut. Setiap rakan, kawan dan orang sekeliling dirancang agar tidak dapat memperolehi. Muslihat dibuat, macam mana hendak mengawal otak mereka yang lain. Asas utama disebarkan segala keburukan mereka yang mahu juga dan memperbodohkan yang lain agar bersengkokol dengan penipu ini dengan tipu dayanya dan dicipta segala unsur unsur keburukan pada yang dihajati agar orang lain lalai dengan tujuannya. Merasuah mereka yang menolong dia dan memberi tekanan pada mereka yang cuba membocor rahsia.

Bodoh

Peserta lain menjadi keliru dan bodoh sebabnya tidak ada otak hendak menyemak semua fakta. Mereka hanya tahu mengisi perut sahaja dan penyiasatan hanya membuang masa sahaja. Menerima bulat bulat semua keburukan pada perkara tersebut dan malas untuk ambil pusing, hanya berserah dan bagi dengan jalan mudah kepada penipu untuk menang. Kecut perut dengan tekanan dan ugutan penipu

Sokong

Peserta lain dan orang lain yang tidak terlibat, sudah dikawal dengan berita fitnah dengan kebodohan mereka dan mula menyokong dan menolong menyebarkan berita fitnah juga pada peserta lain dan orang lain. Semua tuduhan dicampur aduk dengan peserta lain. Maka proses ini belarutan sehingga melayu menjadi bodoh, dungu dan ternganga untuk disuap dengan berita penipuan melayu menipu melayu.

Itu adalah contoh biasa diamalkan oleh melayu. Banyak contoh berat lagi. Menjelang pemilihan untuk mendapatkan pemimpin dan ketua ini. Siapakah melayu yang akan menjadi bodoh nanti dan siapakah penipu dan siapakah ditipu. Konsep menang dan menang adalah suatu mimpi indah dan tiada ada melayu yang mahu melakukannya. Sikap mementingkan generasi baru melayu akan datang adalah proses yang sia sia sahaja dan tiada mendapat untung pada mereka. Kalau mereka hendak jahanan, hancur dan hilang segalanya, bukan penipu ini punya pasal. Yang penting perut mahu diisi dengan segala macam taik yang diketua oleh kepala taik melayu ini.

Kalau mengikut fahaman barat, kesemua proses menghalalkan cara adalah konsep mereka. Proses yang mengikuti fakta dan logik akal, memberi satu daya untuk mereka menang. Melayu mengunakan cara ini dari zaman penjajahan sehingga kini. Pemikiran melayu telah diproses dan dikawal dengan sistem menghalalkan cara ini. Ini membawa melayu ini menggunakan konsep logik sebagai asas permainan mereka. Inilah penipuan besar yang digunakan. Islam adalah sebagai pameran mereka, konsep tunjang islam dalam fahaman mereka adalah menyusahkan di dalam kehidupan penipuan mereka. Sebab itulah, hanya melayu yang berani menghina dan mengeji Islam. Bangsa lain adalah pelengkap bagi menyokong hujah dungu dan bodoh melayu ini.

Islam melarang di dalam penipuan ini. Ciri ciri penipu dan godaan penipu sudah dijelaskan oleh Islam. Bahkan untuk memilih ketua dan pemimpin yang bukan kaki penipupun sudah diterangkan dengan jelas oleh Islam. Kenapa masih lagi melayu masih memilih penipu ini sebagai ketua mereka.

Bila perkara kehidupan sebenar ditipu dan unsur-unsur kebenaran dicampur dengan keburukan. Memberi kesan besar kepada pembesaran daya intelektual generasi melayu baru. Sekarang sikap ketua atau pemimpin yang penuh dengan maksiat dan penipu besar ini cuba untuk mengajar generasi baru tentang kehidupan yang hak, tetapi tangan kiri dan kanan sedang menguris taik. Ini memberi kesan pada generasi ini terlibat terlalu banyak keruntuhan ahlak dan sanggup berbunuhan. Adakah masih menyalahkan generasi melayu kini. Kesemua pemimpin sama ada di rumah, negara dan di mana sahaja di Malaysia ini, sedarlah, jangan mengharapkan bila hendak mati baru sedar. Tiada masa lagi untuk mengatur yang betul jika nyawa sudah penghujung dunia. Kehancuran generasi melayu baru sudah diwarnai oleh kamu semua.

Kebangkitan Melayu kini yang hanya beratus dalam berjuta adalah terlalu kecil, jumlahnya tidak sampai 1% tetapi sama dengan 0%. Sekarang tumpuan lebih fokus pada penyedaran terhadap pemikiran melayu bodoh dari melayu tipu yang menipu melayu. Sifat jahil melayu yang menguasai pemikiran melayu membawa melayu di dalam kehancuran melayu sendiri. Adakah kita masih mahu berdiam diri lagi.

Bersambung..

- Azman, Kuching, Sarawak - 01.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Catatan Penyunting: Laman ini mentakrifkan ‘melayu bodoh’ ini manusia yang berotak, berakal tetapi tidak mahu atau tidak mampu berfikir akibat hidup terbelenggu di bawah ruang lingkup UMNO aka PERKEMBAR. PERKEMBAR (asalnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang telah diharamkan Mahkamah kini diganti oleh Pertubuhan Kebangsatan Melayu Barua sejak tahun 1987). Melayu yang berakal dan cerdik (termasuk yang asalnya berada di bawah naungan PEKEMBAR sebelum ini) langsung tidak mahu dikaitkan dengan pertubuhan tersebut. Contoh paling klasik 'melayu bodoh' ini ialah Rais Yatim. Walaupun belajar hingga ke tahap Doktor Falsafah (PhD), tindak-tanduknya lebih menjurus kepada seorang Doktor FalSAMPAH. Hari ini dia dedahkan terdapat 18 kes rasuah berprofil tinggi yang akan didakwa, esoknya dia mengatakan bahawa dakwaan itu adalah khabar angin yang dia sendiri tak mahu percaya! Sendiri buat khabar angin, sendiri tak mahu percaya! Samalah bagaimana si Rais ni susah-susah menyiapkan tesis PhD 'menentang penggunaan ISA' tetapi akhirnya bermati-matian mempertahankan ISA.

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN