Make your own free website on Tripod.com
 

Parlimen Kuala Selangor: Apa Status Perkahwinan Calon BN?

Para pengundi di Parlimen Kuala Selangor khususnya penduduk Kg. Sepakat, kampung kelahiran calon Parlimen BN Mohd Daud Tarihep ragu-ragu sama ada beliau orang yang boleh dipercayai atau sebaliknya.

“Walaupun saya tinggal sekampug dengan Daud, tetapi sehingga kini saya tak tahu taraf perkahwinannya. Ada orang kata isterinya dua, ada orang kata isterinya tiga, yang mana satu betul saya tak tau,tapi yang pasti keluarganya akan marah-marah jika ada orang cuba bertanyakan hal itu.” kata seorang tua yang merupakan individu yang agak berpengaruh di kalangan penduduk Kg. Sepakat.

Sementara itu seorang lagi penduduk kampung berkata: “Kalau bab isteri pun nak sorok-sorok, di mana letak kejujuran seseorang itu. Satu kampung dah lama tahu bahawa Encik Daud beristeri lebih dari satu,apa lagi nak sembunyi-sembunyi.”

“Berpoligami adalah sesuatu yang diharuskan oleh Islam. Namun sikap sesetengah manusia `elit` yang tidak suka status poligaminya diketahui umum amat dikesali.” demikian kata seorang Imam yang dikenali pasti sebagai penyokong kuat Umno di Kuala Selangor.

Seorang lelaki pertengahan umur yang merupakan bekas orang kuat Daud sejak tahun 80-an memberitahu penulis: “Setahu saya sejak kematian isteri pertamanya Allahyarhamah Jamiah pada tahun 95 dulu, Daud telah pun beristeri dua. Seorang bernama Zuraidah wartawan, inilah yang dianggap sebagai `isteri rasmi`. Seorang lagi bernama Ngaton bekerja sebagai kerani dulu di Jabatan Imigresen. Ngaton orang Sabak Bernam.”

Lelaki itu menambah; “Zuraidah kahwin dengan Daud sewaktu Daud bekerja dengan Tok Mat di RTM dulu. Masa kahwin dia anak dara. Ngaton pulak semasa kahwin dengan Daud sudah lama menjanda. Daud kahwin dengan Ngaton semasa Jamaiah masih lagi hidup kemudian baru kahwin dengan Zuraidah.”

“Sekarang ni saya dengar Daud sedang bermain gila dengan puteri Umno, isteri orang pula tu. Khabarnya Hajjah Wasitah adik ipar Daud, sudah pun memberitahu Zuraidah sikap curang Daud itu.” ujar bekas orang kuat Daud yang kini tersisih sebelum mengakhiri perbualan dengan penulis.

Fikirlah para pengundi dan ahli Umno sekelian ,kalau status perkahwinan diri sendiri pun masih mahu disorok-sorok, di mana letaknya maruah dan kejujuran?

Jika amanah (perkahwinan) pada peringkat diri sendiri gagal dipikul apakah orang seperti itu boleh dipercayai kalau amanah (kepimpinan –wakil rakyat) yang lebih besar diberikan kepadanya?

Apakah Wanita dan Puteri Umno tidak sensitif apabila Daud senang-senang mengklafikasikan wanita-wanita yang sudah dikahwininya kepada dua kategori: Isteri rasmi dan isteri `spare`!

Ketahuilah Wanita dan Puteri! Daud telah menghina kaum sejenis kamu!

Cikgu Pencen - 13.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN