Make your own free website on Tripod.com
 

Calon BN Parlimen Kuala Selangor Pengamal Politik Wang

Calon Umno-BN Parlimen Kuala Selangor Encik Mohd. Daud Tarihep dicabar untuk menafikan bahawa beliau tidak pernah terlibat di dalam amalan politik wang.

Seorang bekas AJK Umno Bahagian menegaskan bahawa beliau punya bukti yang kukuh keterlibatan Daud membeli undi perwakilan di dalam Persidangan Tahunan Umno Bahagian sesi 1998 dan sesi 2000.

“Adalah kurang tepat kenyataan DS Mohd Khir Toyo bahawa kesemua calon BN sudah disaring oleh BPR, sedangkan kes politik wang yang melibatkan Daud bila-bila masa boleh dibangkitkan semula.” demikian jelas bekas AJK itu.

Bekas AJK yang mengaku pernah menjadi `budak suruhan` Daud itu menegaskan bahawa beliau bersedia untuk mendedahkan `Surat Akuan Bersumpah` salah seorang yang terlibat sebagai runner Daud di dalam kes politik wang tersebut.

“Walaupun saya orang Umno,tetapi agak keberatan untuk mengundi Daud kerana apabila kita mengundi dia,maknanya kita menggalakkan politik wang berlaku di dalam Umno dan kerajaan.” ujar AJK itu lagi.

Seterusnya bekas AJK itu menyatakan bahawa amalan rasuah bukan suatu yang baru buat Daud. Ketika bekerja sebagai Setiausaha Sulit Tan Sri Mohammad Rahmat di Kementerian Penerangan dulu Daud puas membaham rasuah dari produser dan orang-orang wayang yang terlibat di dalam pembikinan drama TV RTM.

“Sewaktu menjadi Chief ADO Gombak dulu pun beliau terlibat di dalam banyak kes penyalahgunaan kuasa. Kalau Daud tak berpuas hati terhadap dakwaan saya ini,beliau boleh saman saya.” kata bekas AJK Umno Bahagian Kuala Selangor yang sudah lama bosan dengan sikap rakus Daud memimpin Umno Kuala Selangor sejak DS Abu Hassan Omar mengosongkan kerusi ketua bahagian pada tahun 2000.

Cikgu Pencen - 13.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN