Make your own free website on Tripod.com
 

Calon DUN dan Parlimen BN Saling Curiga

Pada 14 Mac 2004, Biro Hal Ehwal Wanita Persatuan Penduduk Taman Penggawa Kuala Selangor telah menganjurkan Seminar Keibubapaan. Motif program adalah untuk kempen BN.

Majlis penutup diadakan sebelah petang. Calon BN DUN Bukit Melawati Mohd Sayuti Said dijadualkan menutup program tersebut, turut disenaraikan berucap (berkempen) ialah Encik Ishak Harun AJK Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor.

Namun program tersebut rosak apabila Calon BN Parlimen Kuala Selangor Encik Mohd Daud Tarihep yang tidak dijemput tiba-tiba hadir dan meminta penganjur untuk turut berucap. Penganjur tidak boleh berbuat apa-apa melainkan mempersilakan kedua-dua calon tersebut berucap.

Akhirnya Ishak Harun tidak dapat berucap walaupun penduduk setempat ingin mendengar kempen beliau. Akibatnya ramai yang hadir mempertikaikan sikap Daud. Telah diketahui umum Umno Cawangan Taman Penggawa merupakan salah sebuah cawangan yang dibenci oleh Daud kerana cawangan itu dianggap sebagai `hardcore Dato Seri Abu Hassan`bekas MB Selangor.

** (Daud dan Abu Hassan merupakan musuh tradisi, kata sesetengah orang musuh sampai ke tulang hitam (sampai ke lubang kubur). Daud telah mencantas semua orang Abu Hassan sebaik-baik sahaja beliau memenangi jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2000.) **

Akibat daripada kekecohan itu majlis jamuan makan anjuran persatuan yang sama di sebelah malamnya tidak dihadiri oleh kedua-dua calon berkenaan sebaliknya dihadiri oleh calon BA (Pas) DUN Bukit Melawati Encik Norman Toha yang kebetulan tinggal di kawasan taman perumahan itu.

Cikgu Abd Thani Karim selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Penggawa akhirnya memperkenal dan mempromosikan Norman kepada para hadirin termasuk pemimpin-pemimpin MCA tempatan. Norman difahamkan amat terharu dengan respon baik Cikgu Thani dan penduduk disitu.

Cikgu Thani adalah suami kepada Cikgu Shamsiah Mokhtar Timbalan Ketua Wanita Umno Bhg. Kuala Selangor yang merupakan anak saudara DS Abu Hassan Omar. Cikgu Thani yang rasional itu juga merupakan Ketua Umno Cawangan Taman Penggawa.

*** Itu yang tersurat manakala yang tersirat ialah; di mana sahaja program kempen Sayuti, Daud mesti hadir begitu juga sebaliknya kerana kedua-duanya saling curiga mencurigai kejujuran masing-masing. Daud dikatakan memang berhasrat untuk `menewaskan `Sayuti di DUN Bukit Melawati agar Sayuti tidak boleh menyainginya sebagai ketua di dalam pemilihan AJK Umno Bahagian pada Jun nanti.*****

Cikgu Pencen - 16.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN