Make your own free website on Tripod.com
 

Bukan Lagi Faktor Anwar: Dolah-Mahathir sama-sama meracau
Pencetus Krisis Bangsa dan Agama Mahathir Kutty terus yakin dengan rumusannya bahawa tanggapan rakyat terhadap Anwar Ibrahim sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan persepsi pada pilihan raya umum 1999 dulu..

Mahathir Sengaja Cerita Fasal Anwar

Lafaz lidah bercabang Mahathir: “Kalau dulu rakyat anggap kes Anwar tak betul, tapi sekarang tidak lagi macam itu, semuanya betul.”

Siapa yang mengenali stail politik Mahathir, maka kenyataannya berhubung dengan isu Anwar itu bukanlah menjurus ke arah untuk menyuntik motivasi kepada Dolah Umno BN, tetapi mempunyai maksud yang berlawanan.

Mahathir sengaja mengajak rakyat jelata agar tidak melupai Anwar. Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa demikian? Jawabannya mudah saja, Mahathir tidak mahu melihat prestasi BN di bawah `lembu peliharaannya` Dolah Badawi lebih baik daripada apa yang dicapai pada tahun 1999.

Jika rakyat memberi mandat besar kepada Dolah bererti kepimpinan cucu ulama tersohor itu sudah diterima dan ini akan membahayakan Mahathir serta kroninya. Lantaran itu Dolah mesti terus dilembikkan dengan isu Anwar.

Dalam pada itu pun, Mahathir dilihat sudah berjaya memindahkan sebahagian dari kebencian rakyat yang dihempapkan keatas batang tubuhnya kepada Dolah. Rata-rata rakyat dewasa ini sudah pun berani menyamakan kezaliman Dolah dengan Mahathir.

Mahathir Akan Terus Lembikkan Dolah, keraskan Najib!

Tidak mustahil Mahathir akan mencari jalan agar BA kekal di Kelantan serta Terengganu dan memperteguhkan lagi kerusi BA di beberapa negeri, mungkin juga Kedah dipermudahkan untuk turut hanyut.

Jika itu berlaku prestasi Dolah tentu akan menjunam maka laluan untuk Najib merentap kerusi Presiden Umno yang dipangku oleh Dolah di dalam PA Umno selepas pilihan raya nanti adalah mudah.

Cepat Dolah Lembik terjun lagi senang hati Mahathir, manalah tau kalau nasibnya baik Najib akan melantik bekas PM yang digelar Tun Kepala Taik itu sebagai Menteri Kanan mirip Lee Kwan Yew.

Mahathir Ambil Masa Untuk Mengkaya-rayakan Anak,Dolah Hanya Sekelip Mata.

Dolah bukan tidak cuba melarikan dirinya dari bayangan Mahathir,tetapi setiap kali dia ingin lari segalak itulah Mahathir membentes kakinya.

Mau tak mau Dolah akan terus menyembah Mahathir dan mungkin situasi ini berterusan sehinggalah salah satu di antaranya menemui ajal.

Mana mungkin PM Lembik itu mahu dilihat lebih baik dari Mahathir, kalau anak lelakinya Kamaluddin sudah menjadi orang kesepuluh terkaya di Malaysia, walhal Dolah baru beberapa bulan saja menjadi PM.

Lebih menyeramkan, Kamaluddin bukan sahaja melibatkan diri dengan perniagaan halal tetapi turut terlibat dengan urusniaga haram komponen senjata nuklear melalui Scope anak syarikat Scomi Sdn. Bhd.

Sejahat-jahat Mahathir pun, diktator tua itu mengambil masa hampir sedekad untuk memperkayakan Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina serta kroni-kroni yang lain. Lantas siapa yang lebih rakus Mahathir atau Dolah?

Dolah Pura-pura Berani Dengan Anwar.

Mahathir mengungkit-ungkit isu Anwar untuk mempermainkan Dolah. Bapa mertua Khairy Jamaluddin itu pula memainkan isu yang sama konon untuk menghebahkan kepada rakyat bahawa dia tidak gentar untuk berdepan dengan `isu Anwar` bagi menghadapi perang pilihan raya.

Tiada siapa pun termasuk Endon Mahmud yang baru pulang berubat dari USA percaya bahawa Dolah itu punya cukup kejantanan untuk berdepan dengan Anwar. Tak usahkan Anwar, memadai dengan isteri-isteri para tahanan ISA itu pun PM Lembik itu sudah tidak berani berdepan!

Kalau Anwar bukan lagi faktor penting yang mengecutkan telur Dolah-Najib di dalam perang pilihan raya, mengapa parti Anwar keADILan terus diganggu tanpa henti.

Tidak cukup dengan membeli beberapa orang pelompat bermasalah seperti Ruslan Kassim, Zahid Mat Ariff, Lokman,Hamdan Taha dan puluhan lagi yang tidak dikenali kemudian di sana sini berlaku `kemasukan beramai-ramai` ahli keADILan ke dalam Umno,dipergunakan pula SPR untuk membatalkan kelayakan tokoh-tokoh tertentu daripada menyertai pilihan raya.

Jika benar keADILan itu sudah hampir-hampir lumpuh seperti yang kerap didakwa oleh Dolah dan pencacainya, mengapa parti pimpinan isteri Anwar itu terus diambil berat?

Tak usahlah Dolah terus bertemberangan, kerana Endon tahu,Umno tahu,Najib tahu dan rakyat tahu bahawa isu Anwar Ibrahim tetap relevan selagi mana Barisan Alternatif itu wujud dan selagi mana keadilan dan kebenaran itu belum tertegak.

Sesetengah orang Umno sendiri mengatakan bahawa BA itu bukan Barisan Alternatif tetapi Barisan Anwar.

Kalau dengan Ezam,Azmin dan Irene Fernandeze pun Dolah-Najib sudah cukup kecut telur dan perut; tak perlulah bersusah payah mencanangkan ke serata alam bahawa Anwar tidak perlu ditakuti lagi.

Dolah Lembik-Najib dan rejim korup Umno BN akan menggali kubur mereka sendiri sekiranya Anwar dibebaskan.

Cukup sekadar Anwar diberi kesempatan untuk menjalani rawatan tak perlu wira rakyat untuk berkempen, sudah pasti riwayat Umno BN akan tamat sebaik-baik saja keputusan terakhir pilihan raya umum kesebelas diumumkan pada malam 21 Mac nanti.

Kalau tak percaya! Bebaskanlah Anwar dan mari sama-sama kita lihat!

- Dollah Dagang  - 07.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN