Make your own free website on Tripod.com
 

Kronisme dan Kawalan Modal : Bukti UMNO itu jijik!
Oleh Dr. Ekonomi


UMNO sememangnya sebuah parti yang amat jijik dan amat rakus dalam membalun duit negara dan duit rakyat jelata. Malangnya, rakyat jelata masih tidak sedar akan hal ini. Rakyat jelata terus hanyut dibuai oleh omongan-omongan UMNO yang dibawa oleh media keparat bahawasanya UMNOlah yang memajukan negara ini, menabur rezeki sana sini untuk rakyat jelata tetapi hakikatnya UMNO adalah parti yang amat busuk lagi jijik yang telah banyak dan untuk kesekian lamanya mengaut kekayaan negara ke kantung pemimpin-pemimpin UMNO dan puak-puak mereka.

Perkara ini bukan ditulis atas omongan kosong semata-mata, bak kata orang tua-tua hanya khabar angin tanpa sebarang bukti tetapi telah dibuktikan secara ilmiah (akademik) dan diterbitkan dalam jurnal akademik yang kualitinya antara yang terbaik di dunia. Tentu professor-professor kangkung amat arif akan hal ini, melainkan kalau-kalau professor-professor kangkung tersebut adalah professor yang bengap, yang hanya menulis di jurnal-jurnal kangkung yang langsung tak tersenarai dalam “standard refereed journal” dan mungkin sebab dah lama bertugas jadi pensyarah (senority), maka dianugerahkanlah gelaran professor walhal realitinya adalah bengap semata-mata.

Dalam Journal of Financial Economics (Jurnal Ekonomi Kewangan) Volume 67 tahun 2003 pada muka surat 351-382, sebuah artikel bertajuk “Cronyism and Capital Controls: Evidence from Malaysia” (Kronisme dan Kawalan Modal: Bukti dari Malaysia) membuktikan betapa jijiknya UMNO dan kroni-kroninya. Nama parti politik UMNO dan nama-nama tokoh keparat seperti Tajuddin Ramli, Halim Saad dan Mirzan Mahathir amat terserlah dinyatakan dengan jelas dalam artikel tersebut. Untuk membaca artikel tersebut dengan lebih lanjut, sila search sahaja di Yahoo ataupun mana-mana search machine di internet, pasti akan jumpa. Klik sini pun boleh http://jfe.rochester.edu/ tapi artikel tersebut tidak dipaparkan, jadi kena search dan download sahaja.

Saya tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut isi kandungan artikel tersebut tetapi ia cukup membuktikan bahawa kejijikan UMNO ini telah dibukukan dan diterima secara akademiknya dan diiktiraf sebagai a body of knowledge sampai bila-bila.

Bagaimana pula dengan kajian-kajian seperti kajian oleh GPMS yang menggembar gemburkan kebagusan rejim UMNO yang disiarkan dalam media keparat baru-baru ini? Adakah kajian-kajian tersebut mencapai tahap kualiti kajian yang boleh diterima dari segi akademiknya? Apakah kajian-kajian tersebut pernah diterbitkan dalam jurnal-jurnal akademik terkemuka? Kalau setakat keluar di Utusan Meloya dan Berita Haprak baik tak payah. Setakat nak tipu orang tak sekolah boleh lah!

Saya CABAR GPMS hantar artikel yang telah ditulis tersebut untuk diterbitkan dalam jurnal terkemuka, saya PASTI kena tendang masuk bakul sampah sabaik sahaja habis dibaca abstraknya sahaja, belum pun sempat baca habis lagi.

Kepada golongan-golongan professional muda, Ox-Bridge termasukklah Khairy Jamaluddin anak menantu Dollah, juak-juak UMNO yang ada PhD, dan tak lupa juga professor-professor kangkung, cuba baca dan buka mata dan hati. Andaikata ada yang tidak berpuas hati sama sekali dengan artikel tersebut, saya CABAR anda semua menulis satu lagi artikel menafikan perkara tersebut dan menghantarnya ke jurnal tersebut ataupun mana-mana standard refereed journals (ingat! bukannya jurnal kangkung!). Tengok, berapa cepat surat dukacita kena tendang boleh sampai. Saya menunggu dengan penuh minat.

Takbir!!!

Dr. Ekonomi
10 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN