Make your own free website on Tripod.com
 

KEPADA PEMIMPIN SEMUA PARTI DAN PERSATUAN
MANIFESTO 2004: Asas Untuk Kehidupan Manusia
Oleh Dr AQ
Seperti yang telah disebutkan pada 06 Februari 2004 bahawa yang paling perlu bagi manusia ialah mendapat percuma dua bidang asas kehidupan iaitu PENDIDIKAN DAN PERUBATAN.

PERSOALAN: Mengapa manusia, meskipun selama ini di dunia yang penuh dengan berbagai kemudahan alam diberi Allah, mereka tidak berjuang terhadap dua bidang ini lebih dahulu ?  Mengapa pemimpin politik dan masyarakat tidak meletakkan dua hal ini di atas segala-segalanya?

MENGAPA kita telah diselerak dan dilencongkan kepada berbagai bidang lain.

MENGAPA mencari-cari alasan palsu (pretext) mengelak diri daripada tanggungjawab dan “kewajipan” supaya dua bidang tersebut dinikmati rakyat  dengan ilmu dan kesihatan yang baik ?  Bukankah ini pembangunan wajib dan paling penting bagi manusia yang berakal!

MENGAPA mencari alasan kewangan untuk melepaskan diri dari kebebasan (free) pendidikan dan perubatan?

Sekarang dua bidang tersebut sudah jadi BEBAN kepada individu keluarga untuk mendapat pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Begitu juga dalam bidang perubatan.  SEMUANYA JADI MAHAL di bawah nama swasta!

APAKAH hidup kita ini untuk cari “duit” bagi membayar dua bidang syarat kehidupan ini ? Duit untuk cari ilmu dan ilmu untuk cari duit!

Di mana pergi dan hilang berbagai hasil dari tanah, air api (gas dan elektrik) dan angin (komunikasi dan udara bersih) hak-milik Allah?

LIHAT:
Dari BUMI  berbagai tumbuhan~pokok, pohon, rumput rampai, galian ~minyak dan gas, emas, intan, permata, batu dan pasir.
Dari AIR: minyak, gas, ikan dan berbagai benda di dalamnya. Air galian jadi dagangan yang begitu mahal. Malah lebih mahal dari benzin! Manusia kekurangan air untuk tanaman dan untuk kegunaan sendiri. Air kotor atau dikotorkan!  Syarikat air dan alat pencuci semakin kaya!  Rakyat minum air karat...

SIAPA yang bolot semua itu? Syarikat, kumpulan, negara luar atau keluarga individu?
Dari API : Siapa yang membolot elektrik? Rakyat yang miskin dikenakan bayaran sama-rata antara rakyat yang miskin dengan yang kaya. Malahan rumah gedung lebih dapat kemudahan elektrik daripada rumah sederhana, kos rendah dan setinggan!
Dari ANGIN : Siapa yang membolot komunikasi bagi setiap jenis alat dan hubungan? Siapa yang punya dan bolot keuntungan TV, radio dan telefon bimbit 01...? Apakah rakyat hanya menikmati hasil 000?

MENGAPA tidak difokuskan kehidupan ini untuk manusia berilmu?

MENGAPA semua atau sebahagian besar keuntungan itu tidak disalurkan lebih dahulu  ke bidang pendidikan dan perubatan sebagai kepentingan manusia dan negara? Lantas, MENGAPA PEMERINTAH JADI ‘PEMINTA SEDEKAH”, MERAYU-RAYU KEPADA KORPERAT DAN SYARIKAT ITU DAN INI?

MENGAPA TIDAK DIPERUNDANGKAN BAHAWA SETIAP KEUNTUNGAN (dalam cukai pendapatan) DIKENAKAN CUKAI PENDIDIKAN DAN PERUBATAN?

KEJUJURAN DENGAN KEBERSIHAN: isytiharlah harta diri dan keluarga terdekat bukan sahaja kepada Jabatan Hasil dalam Negeri tetapi juga kepada rakyat.

Dr. AQ - 07.03.2004 (tanpa suntingan)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN