Make your own free website on Tripod.com
 

Seruan Anak-Anak Kelantan?
Oleh Dr AQ
BERAPA HARGA SEKALI PASANG IKLAN SEMUKA PENUH DALAM AKHBAR PERDANA? AKHBAR PERDANA YANG BERGANTUNG NYAWA PADA IKLAN TENTU SEKALI MENIKMATI WANG MASUK TERSEBUT.

99 NAMA TERTERA.  JIKA NAMA MASING-MASING MEMBAWA ATAU MENYEBUT NAMA TUHAN “ASMA’AL-HUSNA” MAKA IA BOLEH DIJADIKAN DOA YANG BARKAT, BUKAN? ADA 100 NAMA;  TETAPI SATU YANG TERSEMBUNYI. YANG TERSEMBUNYI ADALAH  SUKAR DIKETAHUI OLEH MEREKA YANG PENUH DENGAN KEDUNIAAN ATAU YANG TIDAK DEKAT DENGAN ALLAH.

PERSOALAN :
Mengapa sekarang baru MEREKA beri pernyataan demikian?
Mengapa MEREKA tidak membuka suara sebelum pilihan raya?
Mengapa angkatan 99 ini tidak memberi sumbangan “pemikiran” dan wang kekayaan masing-masing kepada rakyat dan negeri Kelantan?
Mengapa mereka tidak selalu pulang tetapi bermastautin di negeri lain?
Mengapa tidak turut meluahkan perasaan sebelum ini?
Mengapa tidak berkempen dan tunjuk muka?

Sekarang Kelantan diperintah oleh sebuah parti, PAS (1 parti) maka diHUJAHKAN bahawa ia tidak dapat membangun dengan baik; jadi jika BN (13 parti) akan dapat membangun dengan baik. Kongsi kuasa yang diinginkan oleh kumpulan 99.
Kongsi kuasa yang diminati oleh angkatan 99.
Pertanyaan selanjutnya: Mana “kertas kerja” dan pedoman kecerdikan dari MEREKA ITU?

Ramai mereka yang kaya raya. Derma dan wakafkan sahaja sebahagian
kepada pendidikan rakyat Kelantan yang miskin. Setiap orang dapat memberi satu biasiswa tentu ada 99 orang Ph.D yang terbilang di Kelantan.
Binalah melalui ilmu masing-masing yang cerdik dan kekayaan. Jadi ramai rakyat Kelantan dapat ikut langkah yang telus dari “a sampai z” masing-masing yang jadi kaya-raya dan mendapat gelaran di depan nama masing-masing.      Allahmdulillah. Amin.

Dr. AQ - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN