Make your own free website on Tripod.com

Isu Samseng: Bukan MCA Sahaja Pengamalnya
Oleh Dr Nologareng
Beberapa waktu dahulu seorang penulis rakyat, Marhaen Tua ada menghasilkan beberapa artikel bersiri tentang gejala gangsterisme dalam rejim ini. (Siri Siapa di belakang Mahathir? - link terdapat di akhir artikel ini) telah memperincikan dengan lengkap akan hakikat kewujudan elemen hitam sebegitu dalam negara siap dengan contohnya sekali. Sehinggakan ada yang menyamakan pentadbiran negara lagak lagenda Mafia di Amerika.

Kemudiannya ia menjadi isu hangat dalam negara apabila Datuk Ong Tee Kiat, Ketua Pemuda MCA menuduh akan kewujudan gangsterisme dalam MCA. Apabila orang politik dalam pemerintahan membuka mulut begitu, tentu ada alasan yang kukuh. Sepertimana juga apabila Anwar menuduh wujudnya pengamalan rasuah di kalangan Menteri dan penyelewengan PM dalam kes Perwaja. Berlakulah tuduh-menuduh dengan yang terasa pedasnya merah telinga menahan marah.

Seketika Timbalan Menteri dalam Negeri dan pihak polis PRdM cuba menafikan akan kewujudan aktiviti haprak begitu. Begitu juga Presiden baru MCA, Datuk Ong Ka Ting turut menafikan sambil merawit yang Ketua Pemuda partinya sendiri hanya memanjangkan isu yang dibacanya di internet. Soalnya betulkah begitu? Pepatah mengatakan jika tiada angin masakan pohon bergoyang.

Kini isu itu meruap semula apabila Polis sedang memburu Jackie Chan seorang ketua Gangster yang punya hubungan akrab dan rapat dengan Presiden MCA sendiri. Aha! Padanlah beria-ia benar Ong Ka Ting menafikan kewujudan elemen itu. Jackie yang kini memegang jawatan Ketua Cawangan MCA Jalan Gurney rupanya mempunyai senarai rekod jenayah yang panjang. Beliau pernah dibuang daerah dan terlibat dengan jenayah berat sehingga kes pembunuhan di Sungai Petani Kedah. Jika dilihat rekod, sudah berlaku pertembungan peribadi antara Jacky Chan dan Ong Ka Ting semasa ia menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri semasa. Malah mereka berdua pernah diambil gambar dalam keadaan intim dalam majlis MCA.

Walaupun seluruh pemimpin dalam negara meminta rakyat tidak menghukum MCA atas isu kongsi gelap ini, dengan mengatakan ianya satu isu yang berasingan. Ia hanya akan mengundang ketawa dari rakyat jelata. Walau pun Ketua Polis Negeri sendiri mengesahkan yang ianya hanya persoalan peribadi jacky bukannya MCA!! Siapa yang nak percaya cakap polis yang memang sudah tercemar krediblitinya?

MB Perlis yang mengadu diugut politik, Shahidan Kassim adalah penaung kepada gangster Melayu yang dikenali sebagai Gagak Hitam. Kebanyakan anggotanya ialah pemuda Melayu Umno yang kemereh otaknya. Sekadar lulusan SPM sahaja yang paling ‘top’ pun. Jika tidak, mungkin sekadar sekolah rendah. Inilah kelompok Melayu yang suka benar pemimpin Umno bela dan naungi untuk kepentingan peribadi mereka. Dalam Persidangan Pok Amai-amai yang lalu, ahli Umno dikejutkan dengan kehadiran anggota jeket Hitam yang tiada siapa pun mengaku sebagai penaungnya. Walhalnya ia disediakan oleh Hishamuddin dan jongosnya. Khabarnya ramai dari mereka tidak berpuas hati apabila pemimpin Umno berkaitan enggan mengaku pembabitan mereka.

Malah ramai dari pemimpin Umno termasuk beberapa orang MB terlibat menganggotai pertubuhan gelap yang dipanggil PEKIDA. Ia dicirikan oleh calitan 3 warna serta cara bersalam yang khusus. Agak ramai orang Melayu yang menganggotainya secara borong tanpa mengambil tahu apa sebenarnya tujuan pertubuhan itu. Yang lebih hebatnya, polis PRdM sendiri tahu akan kewujudan kumpulan haram itu dan sering bergaul dengan mereka. Mungkin mereka adalah sumber pemberi maklumat bagi polis sendiri. Malah ramai dari mereka ini yang menjadi tenaga kerja perkhidmatan ‘tarik kereta’ yang gagal membayar ansuran di bank. Kumpulan ini mempunyai cawangan khusus dengan ketua yang bergelar Ayahanda, manakala ketua di peringkat daerah digelar abang!!

Yang tidak bagusnya, secara tidak sedar mereka telah diresapi unsur kongsi gelap apabila mempunyai rahsia dan sumpah tertentu. Ianya jelas bukanlah sepertimana Bai’ah Nabi Muhammad s.a.w!

Gejala kongsi gelap dalam MIC lebih buruk dan hodoh. Tidak cukup dengan anasir dalaman, kepimpinan parti itu bersekongkol dengan anggota Tamil Eelam yang dibawa masuk daripada India. Ada yang menjadi body guard pemimpin tertinggi parti itu. Malahan sedikit masa lalu ramai yang dibawa masuk secara sah sebagai sami di kuil-kuil Hindu yang bersepah dalam negara. Lebih terancang lagi mereka sehinggakan ada mempunyai syarikat perkapalan yang terlibat dengan perniagaan antarabangsa. Secara tidak langsung perkhidmatan itu juga menjadi ‘vehicle’ untuk mereka menyeludup senjata. Kebanyakan dari mereka telah menyediakan penyamaran dengan corak perniagaan halal dengan menggunakan ‘money laundering’ dari kegiatan haram seperti rompakan, penyeludupan dan perniagaan dadah.
 

Gambar di atas telah disiarkan di Laman M@RHAEN pada 15 Julai yang lalu kiriman CKChew bersama artikelnya: MCA Should Ask Umno To Field Chinese Candidate In Terengganu. Dalam bulatan adalah merupakan ketua-ketua kongsi gelap (triad) Ong King Ee @ Jackie Chan (Triad Siew Sam Ong) dan berbaju gelap (Triad Pheh) yang duduk semeja dengan Presiden MCA, Ong Ka Ting.

Kegiatan kongsi gelap Cina lebih menonjol dalam negara kita. Ia sudah berakar umbi dari zaman mula-mula nenek moyang mereka menjejakkan kaki ke Tanah Melayu lagi. Semua orang masih ingat sejarah Ghee Hin dan Hai San yang bertapak di Perak, bukan? Ia bergerak hampir di semua bandar utama. Sebut sahajalah- Ipoh, KL, Seremban, Johor Bahru mahupun Pulau Pinang. Pada kebiasaannya peniaga dikehendaki membayar yuran perlindungan kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Selain dari aktiviti haram seperti along, perjudian haram dan perdagangan seks, mereka telah mengembangkan sayap ke dalam perniagaan yang serba halal. Sambil itu mereka menonjol sebagai aktivis masyarakat dan pemurah. Sekaligus juga mereka mula terlibat ke dalam organisasi parti untuk mendapat gelanggang yang lebih luas.

Itulah yang telah dilakukan oleh Jacky Chan dan musibat yang setaranya dalam politik MCA dan lain-lain komponen BN. Kita masih ingat akan kematian TS Yahaya yang meninggal oleh ‘kemalangan’ helicopter miliknya. Walaupun laporan postmortem kemalangan itu mengatakan masalah manusia sebagai punca, akan tetapi sudah menjadi satu yang bukan rahsia lagi apabila pihak pengeluar helicopter itu ‘dipaksa’ membuat kenyataan begitu. Apa yang pasti, pesawat itu hanya dijadualkan terbang pada keesokan harinya dengan Anwar Ibrahim dan TS Yahaya sebagai penumpangnya. Keuzuran ibunya telah menyebabkan penerbangan kecemasan yang terus meragut nyawa. Siapakah di belakang kejadian itu, jika bukan anasir gangster dalam kerajaan??

Akan tetapi pengaruh gangsterisme dalam Umno lebih luas lagi skopnya. Segala agensi di bawah penguasaannya telah disalah-guna dan diselewengkan fungsinya. Dari institusi PRdM, Kehakiman, ATM dan seterusnya ke peringkat kerajaan tempatan, kesemuanya telah tercemar dan diliwat. Tindakan semasa Anwar ditahan dan dibelasah sehingga lebam mata adalah perlakuan ganas gangster. Siapa yang memukul beliau? Bukannya Rahim Nor penebar roti canai atau Rahim Teh Tarik. Ketua Polis Negara beb!! Memang layak beliau digelari Bapa Anjing! Manakala penggantinya yang suka cakap merapu- Norian Mai pula secocok dengan panggilan Raja Pasemboor.

Selain dari PEKIDA, SB, FRU dan seluruh anggota polis terbabit adalah bukti jelas pengamal budaya gangster atau samseng. Mereka ini lebih patuh kepada arahan pemimpin Umno walau ia melanggar Perlembagaan atau perundangan negara. Jadinya budaya Al Capone ini sudah sinonim dengan rejim pemerintah dalam negara. Bukan masalah individu atau MCA sahaja.

Dr. Nologareng - 20.07.2003 (suntingan M@RHAEN)
Apa yang ditulis oleh Marhain Tua kira-kira setahun yang lalu:
Pengaruh Triad di Malaysia
Pengaruh Triad Membayangi Mahathir


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!