Make your own free website on Tripod.com

Kes Jackie Chan: Penyelesaiannya ala-Hollywood
Oleh Dr Nologareng
Kita diberitahu bahawa Ong King Ee @ Jackie Chan aka Kepala Samseng Sio Sam Ong telah pun selamat menyerahkan dirinya secara rahsia di satu tempat di Kuala Lumpur pada 2 Ogos. Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wahab Ahmad, berkata Ong ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat 1969. Penyerahan diri ala-Hollywood yang penuh tawar-menawar itu diusahakan oleh Pegawai Polis Kontinjen Pulau Pinang yang kemudiannya membawa musibat itu ke Pulau Mutiara untuk soal-siasat. Memandangkan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya adalah cubaan menghidupkan semula Kumpulan itu, saya belani potong jali itu Jackie musti talak kena punyer!!

Apa yang kita katakan itu bukannya tidak berasas. Perhatikan kes rasuah Ling kepala Ikan Busuk dan anaknya, bukankah mereka bebas, sebebas-bebasnya sekarang? Itu kerana mereka diadili mengikut ‘kanun Orang-orang berkuasa dan Kaya'. Apabila kita menjenguk kembali kes rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik, ia mengesahkan lagi tanggapan kita tadi. Terlalu jauh kalau kita bayangkan dengan apa yang menimpa DS Anwar Ibrahim.

Jackie Chan adalah samseng merbahaya yang terkenal di Pulau Pinang. Bedebah itu terlibat dengan pelbagai kegiatan yang berpadanan dengan taraf samsengnya. Judi, dadah dan juga pembunuhan adalah jenayah yang dikaitkan dengannya. Ekoran perkaitan yang sampai kepadanya dalam beberapa kes pembunuhan anggota Triad yang mahu mengundur diri dan juga pembunuhan dalam satu majlis kahwin di Sungai Patani, rakan akrab Ong Ka Ting ini telah dihantar buang daerah di Simpang Renggam. Setelah hanya dua tahun (kalau tuduhan liwat mungkin lebih!) dalam tahanan buang daerah di Johor itu, Ong Ka Ting selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri telah membebaskan penjenayah itu dengan izin PM Mahathir Mohamed. Beliau yang sudah ‘bertaubat’ itu kemudiannya menyertai MCA dan melakukan banyak kerja kebajikan sehingga dipilih menjadi Pengerusi MCA jalan Gurney.

Semenjak itu MCA diresapi unsur samseng. Ketua Pemuda MCA Datuk Ong Tee Kiat telah membuat satu tuduhan yang serius walau telah dinafi para pemimpin MCA, kerajaan dan juga pihak polis sendiri. Memang ianya beralasan kerana komponen parti BN, pemimpin kerajaan dan polis sendiri adalah rakan kongsi kuasa dalam negara. Bukanlah suatu yang mengejutkan satu hari akan terbongkar cerita rasuah yang membarah dalam institusi polis negeri itu. Jika punya masa lapang, cuba luangkan masa melihat gelagat Pegawai polis dan taiko-taiko Cina. Lebih rapat mereka itu berbanding saudara sedarah sedaging.

Sogokan rasuah di kalangan anggota dan Pegawai polis negeri itu sungguh dahsyat sehinggakan setengahnya memilih untuk bertukar ke lain negeri atau unit khas di Kuala Lumpur sebagai jalan keluar apabila sudah terbelit. Wang, intan berlian dan perempuan menjadi umpan yang mampu menggelapkan mata terutamanya di kalangan pegawai muda. Apabila yang datang itu putih serelah, berbodi gitar, bermata bundar serta tangan yang menjalar, tentu sahaja Pegawai darah muda sanggup membuat apa saja sebagai khadam kepada para towkey Cina laksana seekor anjing dengan seketul tulang. Apabila pertolongan sudah tidak mampu diusahakan atau tersepit dengan janji-janji kosong yang ditabur maka mereka memohon ke unit yang sukar untuk dijumpai, khususnya sebagai Pegawai di UTK dan sebagainya.

Apakala sudah terlalu asyik dan sebati dengan sumber yang haram, mereka ini sudah tidak mengenal lagi unsur keIslaman. Main bantai saja cakapnya. Pernah seorang pegawai pangkat rendah bercerita bagaimana Tuannya dahulu OCPD Mr X telah memberi 6 ekor lembu sebagai korban. Mulut saya ternganga bukan kerana banyaknya lembu yang diberi akan tetapi menyedari yang MR X itu seorang Katholik!!  Tidakkah haru itu kerana ia tidak tahu lagi membezakan antara pemberian dan juga Qurban? Ada seorang sahabat yang terangguk-angguk mengaku aja cerita mungkar di kalangan polis bagai seekor pokke di batang pokok reput. Bahkan katanya ada pegawai yang sanggup membalun masakan panggang ‘chicken wing’ oleh seorang Cina yang jelas haram kerana tidak disembelih! Mereka balun juga kerana dakwa mereka, ayam itu bersih! Oh! Kira cuci air dan dimasak berkilat gitu, bersih laa……… tidakkah jahanam tu?

Berbalik kepada kisah Jackie Chan, semasa dalam pemburuan, takkan lah tiada siapa pun tahu tempat persembunyiannya? Kata…. Perisik Polis PRdM hebat dan tangkas, SB Bolehhhh!! Kita tidak hairan langsung jika diberitahu yang Jackie menyerah diri setelah wujud satu persefahaman yang diatur oleh MCA, Umno dan Pegawai atasan Polis termasuk Raja Pasemboor. Lebih menarik untuk direnungkan ialah kenapa hanya Jackie yang menjadi tumpuan, bagaimana pula dengan senarai nama yang ratusan jumlahnya itu yang diserah Ong Tee Kiat kepada PM dan TPM?? Apa akhbar tempatan buat? Tidakkah mereka mahu siasat bersama pihak polis? Cuba baca semula artikel CKChew dari Lunas yang menerangkan bagaimana kebanyakan para Tokoh Korporat Cina adalah setaraf Jackie Chan. (CKChew: Triad dan MCA: Dakwaan Mahathir Bohong Semata-mata) Apakah PRdM telah melakukan sesuatu untuk membasmi gejala kongsi gelap sehingga ke akar umbi?? Mahathir kah patronnya?

Kita tersenyum apabila berita menyatakan yang Jacky Chan ditahan untuk siasatan terhadap tuduhan menghidupkan semula Kumpulan Tiga Maharaja Kenit itu. Tak lama lagi akan lepas bebaslah ia. Sepertimana juga Ling Liong Shit & Son. Kanun Orang-orang berkuasa dan Kaya tentu sahaja lenient dan mesra mangsanya. Apatah lagi jika musibat haprak seperti Ghani Patail, Augustine Paul dan Ariffin Jaka pula berada di atas sana bersiap sedia untuk memegang penukul dan memakai wig. Sepertimana anggota polis yang menjadi khadam kepada Towkey Cina, para Hakim ini tidak kurang hebat nilai khadamnya!

Tuduhan yang berbunyi begitu juga adalah kaedah mudah perundangan untuk membebaskannya. Dengan sekongkolan unsur jahat UmnoBn dan Polis, pasti Jacky tidak diapa-apakan kerana memang tidak ada bukti. Memang begitu pun cara kongsi gelap beroperasi. Mereka tidak pernah mendaftar kepada Pendaftar Pertubuhan sepertimana mahunya si Timbalan Menteri Dalam Negeri semasa membuat ulasan bodo mengenai PKPM.

Kenapakah setelah berminggu baru beliau menyerakan diri? Sekiranya beliau tidak bersalah, kenapa perlu menyembunyikan diri? Apakah tawar-menawar yang terjadi sehingga ia meletakkan jawatan dalam MCA dan kemudiannya menyerah diri? Berapa agaknya komisyen yang digasak oleh Pegawai polis terbabit bagi penyelesaian yang sungguh dramatik ini?

Sekiranya kita meneliti senarai jenayah dan kesalahan yang dibuat oleh Jackie dan anggotanya, sepatutnya bedebah itu sudah ke tali gantung. Bayangkan begitu hebat sekali cara beliau ditahan walhalnya ia jelas seorang penyangak yang haprak. Berbeza sungguh dalam kes Anwar Ibrahim yang sungguh berjasa kepada bangsa dan negara hatta kepada Kepala Taik, tetapi telah diaibkan bermula dari malam tangkapan seolah-olah ia seorang penjenayah dan pengganas. Rentetan kejadian ini semua adalah pembuka mata kepada rakyat dan orang Melayu untuk bangkit dan sedar.

Memang negara kita perlukan perubahan yang drastik untuk kembali bangun dan berjaya. Jika acuan yang Mahathir sKT tinggalkan terus digunapakai, alamat hancurlah negara

Dr. Nologareng - 03.08.2003 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN