Make your own free website on Tripod.com
 

Janji BA Kepada Rakyat Kedah
Inilah di antara janji-janji yang akan kami berikan kepada anda rakyat Kedah, jika di bawah pemerintahan Barisan Alternatif. Insya’Allah. ANTARANYA :-

 
1.  Mengurangkan elaun-elaun dan keistimewaan yang berlebihan yang diberikan kepada Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan Negeri.
2.  Memberikan insentif kepada petani yang mengusahakan tanah terbiar.
3. Penghapusan cukai pintu dan tanah.
4. Menyelesaikan dan mempercepatkan proses permohonan tanah.
5. Mengurangkan karenah birokrasi, menghapuskan penipuan dan rasuah dalam amalan ekonomi negeri di semua peringkat.
6. Menyediakan perkhidmatan bas PERCUMA di dalam Bandaraya Alor Setar.
7. Memberi cuti bersalin kepada isteri selama 3 bulan & suami selama 7 hari tanpa mengehadkan bilangan anak.
8. Menaikkan elaun-elaun kepada imam, pegawai masjid dan guru Majlis Agama.
9. Memberi bantuan khas kepada SAR sebagai gantian geran per kapita yang ditamatkan.
10. Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru Al-Quran persendirian dan imbuhan khusus kepada pengendali jenazah.
11. Menggubal, meminda dan melaksanakan undang-undang jenayah Islam.
12. Pemberian subsidi air untuk masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar.
13. Mengurangkan kadar bayaran lesen peniaga kecil dan sewa gerai.
14. Mengeluarkan pinjaman modal tanpa riba kepada belia yang ingin mencebur diri dalam perniagaan.
15. Memberikan tanah untuk tapak rumah kepada rakyat Kedah dengan bayaran premium rendah bertujuan memastikan rakyat yang tidak bertanah dan belum mempunyai rumah dapat menjalani hidup dengan selesa.

Alhamdulillah. Berdasarkan daripada apa yang dijanjikan ini segalanya telah pun dilaksanakan di negeri Terengganu & Kelantan. Kini kita akan laksanakan pula di negeri Kedah kita yang tercinta ini…. oleh itu, ini bukanlah “Janji Manismu” ini adalah realiti dan bukannya fantasi….. Fikirkanlah…sudah 40 tahun lebih BN memerintah Negara Malaysia dan Kedah umumnya…kenapa perkara-perkara ini tidak dapat diberikan dan dilaksanakan kepada rakyat. Fikirkanlah, kenapa Kelantan dan Terengganu dapat melaksanakan segalanya walaupun baru 5 tahun memerintah…. Berfikirlah dengan fikiran yang matang dan warganegara yang waras… Fikirkanla.

Jom kita pakat-pakat kalih dan berikanlah kuasa kepada kami untuk kami buktikan dan jika ini hanya “janji manismu” anda kalihlah kami semula….. Insya’Allah. …..Fikirkanlahh….

Jom Kita Kalihhh….
Dahh Lamaa Dahhh…!!!!!
p/s: Untuk mengetahui keseluhuran Manifesto BA Kedah sila dapatkan dari Badan Perhubungan PAS kedah.
 
Kiriman: GuagStation
Daahhh Laamaaa Daahhhh
PAS tawan Kedah 2004
guaqstation@al-islam.com - 13.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN