Make your own free website on Tripod.com
 

Apa Jawapan Anda Di Padang Mahsyar Nanti?
Sebenarnya malas saya nak mengulas lebih lanjut mengenai pilihan raya. Semua sudah sedia maklum bahawa pilihan raya di Malaysia sejak dulu lagi tidak pernah bersih. Parti pemerintah biasanya akan memperkudakan semua cabang organisasi kerajaan mahupun swasta untuk kepentingan mereka.

Bila kita lihat senario yang ada sekarang ini memungkinkan BN menang dengan undi besar (undi  hantu ataupun undi pos). Mana tidaknya, dengan SPR di bawah telunjuknya, stesen TV dan Radio di bawah ketiaknya, media cetak di bawah punggungnya, apa lagi yang tinggal untuk parti lain.

Sebenarnya yang selalunya menyelamatkan BN daripada terlungkup dalam pilihan raya ialah kita sendiri. Malah ramai di kalangan kita mudah sangat digula-gulakan. Biasalah orang Malaysia, bukannya serik diperdaya berkali-kali. Mindset orang Malaysia cuma bertahan 3 bulan sahaja. Malah orang Malaysia ini kurang sensitif.

Sehinggakan Mufti Wilayah Persekutuan (dalam Forum Khas sempena Pilihan Raya ke-11 di TV1 malam tadi) mengatakan bahawa negara kita berjaya dan makmur ekonominya kerana berkat Allah terhadap kepimpinan negara ini (BN). Sedangkan kita tahu Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih, di mana negara Israel pun berjaya dan makmur ekonominya. Oleh yang demikian maka Mufti tersebut secara tidak langsung mengatakan pimpinan Israel mendapat barakah daripada Allah.

Kepada 3 orang ahli panel forum khas tersebut (Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Rektor KUIM dan Mufti WP) saya nasihatkan anda letak jawatan dan bertanding dalam pilihan raya kali ini atas tiket BN. Itu pun kalau anda bertiga berani (kata orang perak - kalau ada telo) Saya tahu anda membaca dan melawati laman web ini.

Berbalik kepada persoalan asal, di mana pilihan raya kali ini adalah milik siapa?

Kepada semua rakyat Malaysia yang 'beriman' cubalah fikirkan apakah jawapan yang anda ingin berikan apabila disoal di hadapan Allah di akhirat kelak.

Jika anda memilih pimpinan yang korup, zalim, dan penuh tipu helah seperti BN, sediakanlah jawapan anda. Ingat! janji Allah bahawa setiap apa yang kita lakukan akan ditanya di padang Mahsyar nanti.

Hanim Kamaruddin
Shah Alam - 06.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN