Make your own free website on Tripod.com
 

Petugas BA Kulim berjaya patahkan cubaan larikan peti undi
  - Dipetik drp Harakah Daily Net
 

KULIM, 20 Mac (Hrkh) - Kecekapan petugas-petugas BA Kulim telah berjaya mematahkan percubaan melarikan dua peti undi daripada Pejabat Daerah Kulim tengah hari tadi.

Kejadian berlaku apabila dua lelaki yang tidak dikenali cuba melarikan dua peti undi kosong daripada simpanan Pejabat Daerah tersebut yang menyimpan peti undi bagi Parlimen Padang Serai.

Namun, percubaan tersebut berjaya dipatahkan apabila petugas-petugas BA berjaya mengesan kegiatan dua lelaki tersebut yang menaiki kenderaan Kelisa berwarna kelabu.

Dengan kerjasama polis, kedua peti undi tersebut dapat dikembalikan. –ER/mks.

Petikan daripada HarakahDaily
- http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=7163&mode=thread&order=0 - 20.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN