Make your own free website on Tripod.com
 

Amanat Anwar Ibrahim untuk pengundi seluruh negara
  - Dipetik drp Harakah Daily Net
 

DARI bilik kurungan penjara, saya ingin merayu kepada saudara-saudari supaya memastikan suara rakyat didengar di Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Terlalu ramai tukang angguk di dewan-dewan perwakilan rakyat yang tidak berupaya membela nasib rakyat; tidak punya keberanian untuk membetulkan; bergelumang atau terpalit rasuah hingga takut mengemukakan masalah rasuah tersebut.

Berilah kesempatan kepada calon-calon pembangkang khususnya, KeADILan, PAS dan DAP untuk mempertahankan prinsip dan amalam demokrasi hidup subur di tanahair kita!

Fahamilah bahawa kita bertarung dengan kuasa pemerintah, jentera, media dan dana yang besar. Dengan segala kekurangan yang ada, saya merayu bukan sekadar undi saudara-saudari, tetapi bantuan dan ikhtiar sekurang-kurangnya menghubungi rakan-rakan sekerja dan saudara-saudara di kampung meminta mereka menyokong calon pembangkang.

Semoga Allah memberi keberkatan, taufiq dan hidayah.

Salam Reformasi,

Anwar Ibrahim

Petikan daripada HarakahDaily
- http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=7158&mode=thread&order=0&thold=0 - 20.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN