Make your own free website on Tripod.com
 

Syarikat keluarga Endon dapat projek RM700 juta
Oleh Insan Berguna


Rakan IB dari Kementerian Tanah baru memaklumkan bahawa sebuah syarikat yang dimiliki oleh keluarga Endon isteri Pak Lah baru menerima tawaran projek e-tanah bernilai lebih RM700 juta.

Syarikat bernama Sateras Khas (salah sebuah anak syarikat Sateras Berhad yang kini tenat dengan masalah kewangan dan diletakkan di bawah PN4 di KLSE) dengan JV bersama sebuah syarikat DRB-Hicom telah mendapat projek tanpa mengemukakan sebarang cadangan projek yang lengkap.

Dikhabarkan tawaran kepada Sateras ini hanya berdasarkan cadangan ringkas. Dan kedua-dua syarikat yang berkongsi untuk projek ini tidak mempunyai seorang pun pakar dalam bidang skop projek yang perlu mereka laksanakan. Sehingga kini perbincangan lanjut untuk projek itu tidak dapat dilaksanakan kerana Sateras/DRB tidak dapat menyediakan pegawai dan kepakaran dalam bidang projek.

Pemberian kontrak yang besar ini hanyalah berdasarkan beberapa helaian kertas cadangan yang terlalu dangkal dan tidak lengkap. Pemberiian ini tanpa memenuhi syarat tawaran kontrak yang telus dengan tidak melalui beberapa peringkat cadangan dan penilaian.

Ramai kakitangan Kementerian yang merungut perihal pemberian kontrak ini kerana mereka mengatakan bahawa mereka akan dibebankan dengan lebih banyak kerja bila terpaksa berurusan dengan orang yang tidak tahu kerja mereka nanti.

Ini membuktikan bahawa Pak Lah tidak bersih. Rasuah makin berleluasa. Bukan sahaja diberikan kontrak berbillion ringgit untuk anaknya sendiri, malah turut memberi ratusan juta ringgit untuk keluarga isterinya sendiri. Sebelum ini, adiknya pun turut menerima kontrak dengan MINDEF/KEMENTAH untuk membekal makanan untuk anggota tentera.

Mengapakah Menteri Tanah ditangkap atas tuduhan rasuah sedangkan syarikat keluarga Pak Lah sendiri dapat kontrak dengan Kementerian itu tidak dihebohkan?

Malah pagi kelmarin (12 Mac) Sateras Khas masih perlu berbincang dengan KSU Kementerian Tanah kerana dikatakan cadangan yang telah diluluskan oleh pihak EPU itu tidak lengkap - tetapi kontrak telah pun diberikan dengan tergesa-gesa.

Sekian
Ibrahim Baba
12 Mac 2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN