Make your own free website on Tripod.com
 

Jangan Dok Heran Dr. Mashitah Tanding Atas tiket UMNO
Oleh Insan Berguna


Ramai rakan yang bertanya macammana seorang pendakwah yang popular seperti Dr. Mashitah boleh masuk dan bertanding bawah tiket UMNO. Kepada mereka yang bertanya-tanya perkara seperti ini, sebenarnya kerana mereka tidak begitu kenal dengan Dr. Mashitah ini.

Suami beliau adalah seorang kakitangan di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Keselamatan/Risik. Adalah agak sukar untuk Mashitah tidak bersama dengan suaminya dalam hal-hal berhubung komplot di JPM (semenjak dari Dr. M lagi).

Kepada mereka yang biasa di bawah persatuan seperti Puspanita dan lain-lain yang biasa menjemputnya untuk bersyarah tentu tahu pelbagai pra-syarat Dr. Mashitah letakkan untuk setuju dengan jemputan ceramah. Tiket penerbangan pergi balik tidak kurang dari Business Class termasuk untuk suaminya sekali. Penginapan pun ada syarat minimanya. Dan pelbagai lagi.

Rakyat umumnya telah pun membaca kes saman-menyaman Dr. Mashitah dengan jiran sebelah rumahnya Husin Md Ali dan Noraini Ahmad. Kalau dibaca laporan akhbar dan bahan kes, amat jelas lagi ketara sikap dan personaliti seorang yang kononnya membawa imej Islam dalam berceramah itu tidak tahu hidup berjiran. Bacalah sendiri perilaku Dr. Mashitah dan keluarganya dalam perbalahan ini.

Kebetulan saya bersama tiga empat orang rakan turut terbabit untuk meredakan perbalahan di peringkat awal perselisihan antara mereka dulu. Ramai dari kami yang terlibat itu (kebanyakkannya kakitangan UIA) tidak dapat faham personaliti pendakwah popular bila beberapa pihak yang cuba mendamaikan mereka. Kini barulah mereka faham bahawa apa yang diketengahkan dalam media dan melalui ceramah-ceramahnya tidak benar-benar menzahirkan perwatakan sebenar seseorang itu. Macam artis yang berlakonlah.

Jadi apabila diumumkan Mashitah lawan bekas Imam Besar Masjid Negara, maka ianya hanyalah menzahirkan perwatakan sebenar beliau selama ini dikaburi dengan kemanisan dalam berceramah.

Dr. Mashitah turut mempunyai butik fesyen yang ekslusif di sebuah pusat membeli belah di KL. Di mana letaknya prioti dakwah. Fiqh Aulawiyyat kalau mengikut Yusof AlQardhawi.

Beberapa bulan lepas beliau ditanya seorang Ustaz (tak perlu sebut nama - memang ramai yang kenalnya) adakah Dr. Mashitah sendiri akan bertanding? Ketika itu heboh pasal Mashitah akan bertanding di Gombak. Mashitah bersungguh mengatakan bahawa beliau tidak akan bertanding. Apakah jawapan beliau itu satu jawapan politik atau tidak, walahu alam. Apakah di situ kita boleh baca bahawa dia seorang yang mampu berbohong?

Sekian
Ibrahim Baba
13 Mac 2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN