Make your own free website on Tripod.com
 

Kuasa Ghaib Di Belakang Pak Lah
Oleh Insan Berguna


Di kalangan pimpinan dan ahli UMNO, ramai yang tidak puas hati dengan pemilihan calon untuk piliharaya kali ini.  Malah secara keseluruhannya, peratus yang tidak puas hati itu jauh lebih ramai dari era pemerintahan Mahathir.

Di zaman Mahathir, mungkin kerana sudah dapat dibaca oleh suku-suku yang menyokong dan setia dengan Mahathir, maka bakal calon seolah-olah telah dapat diagak dari awal. Cuma ada beberapa kejutan sahaja.

Pada kali ini kejutan amat meyeluruh. Di mana-mana negeri keluhan di kalangan pimpinan dan ahli telah banyak mencacatkan persediaan UMNO untuk menghadapi pilihan raya yang berisiko ini.

Ambil satu contoh di Besut Terengganu. Pemilihan Abdullah Zin telah membawa reaksi yang melampau sehingga ada di kalangan ahli telah membakar pondok mereka sendiri setelah calon yang mereka harapkan tidak tersenarai.

Satu lagi contoh di Labu Negri Sembilan. Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Cikgu Hashim yang mengepalai UMNO di situ sibuk mengarah persiapan untuk menghadapi kempen mengundi. Dia telah habis melawat semua ceruk DUN Labu dengan merasmikan beberapa buah pondok parti. Sebaik sahaja diumumkan Shahlan Shaid (orang yang kalah kepada Cikgu Hashim dalam pemilihan parti) disahkan calon Labu, hampir keseluruhan jentera UMNO di DUN tersebut lumpuh.

Yang paling mengerunkan pemerhati politik (pro-UMNO) ialah apabila Mat (Tyson) Taib dan yang sealiran dengannya (kebanyakkan mereka mempunyai grassroots) langsung tidak membarisi senarai calon kali ini. Angkara siapa?

Ramai juga ahli dan pemimpin veteran yang selama ini setia dalam jatuh bangun UMNO beberapa dekad ini meluahkan pandangan mereka berhubung begitu ramainya orang yang sekumpulan dalam Team B bersama Pak Lah semasa berentap dengan Team A tahun 80-an dulu kini tersenarai sebagai calon kali ini (Ibrahim Ali seorang sahaja yang tergugur - ada sebab lain). Bila berlaku penonjolan serta layanan istimewa bagi pengkhianat yang pernah menentang parti sudah tentu akan berlaku protes di kalangan mereka yang setia bersama UMNO di zaman getir dulu.

Bagaimana semua ini berlaku? Apakah Pak Lah yang menentukan senarai calon atau Pak Lah terpaksa tunduk kepada seseorang?

Kesetiaan Pak Lah dengan kumpulan GPMSnya dulu kekal hingga kini. Malah mereka yang bersama Pak Lah dalam GPMS tahun-tahun 70-an lah yang kini menguasai (di belakang) parti dan negara kita tercinta. Mereka ini bersama dengan beberapa think tank yang baru berperanan menentukan siapa diletakkan di mana. (Tunggu rombakan besar di Telekom Malaysia dan beberapa agensi/organisasi lain yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini)

Siapa mereka? Nama-nama seperti Nordin Kardi dan Shagul Hamid telah disebut sebagai kuasa ghaib di belakang Pak Lah. Bersama dengan Aziz Shamsudin, pada ketika itu, mereka inilah yang mengariskan agenda untuk membina pemikiran Melayu yang lupakan agama dan menakutkan Melayu dengan ancaman bangsa Cina melalui pelbagai program LDK (Latihan Dalam Kumpulan) mereka di seluruh institusi pengajian tinggi negera.

Rancangan mereka terbantut sebentar dengan reformasi yang dibawa oleh DSAI dalam BTN ketika itu yang banyak membawa masuk aktivis ABIM dalam program-programnya.

Shagul tetap berdendam dengan DSAI kerana terpelanting dari berperanan utama mengorak agenda negara pada tahun 80-an. Sejak peristiwa 98, Shagul adalah di antara orang yang paling untung dengan menyediakan modul-modul latihan dalam BTN dalam menjayakan kembali agenda lama mereka. (Bayaran besar diberikan kepada Shagul untuk itu).

Dalam pemilihan calon kali ini, senarai calon disaring oleh BTN (Nordin Kardi dan Shagul) agar ujian kedua untuk Pak Lah nanti (Perhimpunan Agung UMNO) dapat dilalui dengan mudah. Percaturan kerusi turut bertujuan agar Pak Lah akan selesa berhadapan dengan Najib bila tiba pertembungan itu.

Malah usaha untuk mellihat Najib kecundang dalam pilihanraya ini telah dimulai sebaik sahaja disahkan Pak Lah bakal menganti Mahathir dua tahun lepas. Dengan majoriti yang amat kecil untuk Najib dalam 1999, usaha tersebut amat mudah dilaksanakan berbanding usaha untuk membendung Najib bila bersaing semasa pemilihan pucuk pimpinan parti nanti. Najib memang mempunyai sokongan grassroot yang lebih baik dari Pak Lah. Menumbang Najib pada 21 Mac nanti akan memastikan Pak Lah tidak diancam untuk terus memegang kepimpinan UMNO dan membolehkan Pak Lah membariskan MT UMNO memihaknya.

Sekian
Ibrahim Baba
14 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN