Make your own free website on Tripod.com
 

Najib Akui Ramai Ketua Bahagian BN Tutup Pondok Mereka
Oleh Insan Berguna


Sebelum ini banyak dikhabarkan bahawa terdapat jentera UMNO/BN yang telah lumpuh akibat angkara ketua mereka yang tidak terpilih sebagai calon. Namun kerap cuba dinafikan oleh media.

Malam ini perkara itu tidak dapat disorok lagi. Ianya telah diakui oleh Najib Razak sendiri. Ini disiarkan dalam berita RTM jam 8 malam.

Ini bermakna BN/UMNO jelas tertekan dengan fenomena yang berleluasa ini. Pondok mereka di merata ceruk dapat dilihat lengang. Ada juga yang telah dicabut segala tanda parti.

Fenomena ini berlaku galak sebaik sahaja disahkan senarai calon-calon BN yang akan bertanding. Dan ini tidak hanya terhad pada UMNO sahaja malah di sesetengah tempat, ketiadaan pekerja parti MIC amat ketara terutama di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa tempat sekitar KL dan Selangor.

Bagi MIC, banyak jentera parti lumpuh akibat tersingkirnya Timbalan Presiden mereka sendiri. Ketua Bahagian di tempat IB, tinggal satu lorong dengan yang sama, berkata tiga malam sudah bahawa dia telah mengarahkan anak-anak buahnya dan saudara maranya undi calon PAS dan Keadilan di situ. Dia terpaksa juga undi BN kerana dia tahu bahawa nanti mereka (?) akan dapat siapa di kalangan mereka yang tak undi (dengan kerjasama SPR).

Bagi UMNO, setelah diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menterinya sendiri, menunjukkan suasana itu AMAT PARAH.

Sekian
Ibrahim Baba
16 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN