Make your own free website on Tripod.com
 

Suasana Terkini di Terengganu
Oleh Insan Berguna


Dalam kesuntukan masa yang betul-betul singkat ketika berada di Kuala Terengganu untuk urusan pejabat selama setengah hari sahaja pagi tadi, IB sempat makan tengah hari dengan beberapa kenalan termasuk seorang calon DUN sebelum pulang menaiki pesawat yang baru tiba di KLIA tadi.

Walapun singkat, berikut adalah kesimpulan yang dapat IB amati suasana pilihan raya di Terengganu kini;

1.  Amatlah sukar untuk BN menawan kembali negeri Terengganu daripada BA.
2.  Paling terbaik apa yang boleh dilakukan BN ialah menambah 2 lagi kerusi DUN (IB tak mahu sebut tempatnya kerana tidak ingin penyokong BA di kawasan berkenaan terasa tertekan dan turun moral)
3.  Dan untuk Parlimen, BN hanya akan mampu merampas 2 kerusi dengan kemenangan tipis, itu pun jika beberapa UPU yang telah dikenalpasti mempunyai ramai orang atas pagar tu termakan dengan pitis yang akan ditaburkan hari Sabtu ini.
4.  Jentera PAS kali ini jauh lebih bertenaga dan terurus dengan mempunyai organisasi yang tak putus bekalan sukarelawan.
5.  Jentera UMNO nampak seperti orang yang mencari-cari barang yang hilang. Tanpa jentera kerajaan negeri yang selama ini mereka telah pergunakan sehabisnya kini mereka seperti patah kaki. Walaupun mereka dibantu dengan jentera Pusat yang kaya raya namun sukar mencari pekerja yang sanggup ke depan.
6.  Jentera UMNO di beberapa tempat jelas telah lumpuh sejak dari pengumunan calon oleh Idris di Taman Budaya Kuala Ibai lagi. Malah ketidakhadiran beberapa tokoh veteran amat jelas memberi 1001 persoalan.
7.  Semakin dekat dengan pilihan raya, jentera UMNO dilihat semakin hilang stamina dengan beberapa calon sudah naik berang dan marah-marah kepada pekerja mereka yang kurang semangat.
8.  Syak wasangka amat menebal di kalangan pemimpin UMNO dan ini terbawa-bawa dalam jentera parti dan ahli dan pekerja parti.

Itulah yang dapat IB rumuskan secara ringkas dari pertemuan dengan beberapa rakan termasuk seorang veteran UMNO yang pernah menjadi pegawai Menteri Besar Ayah Wan dulu. Malah ada kemungkinan BA/PAS akan mendapat majoriti yang lebih baik lagi bagi banyak kerusi dan mampu mendapat 8-0 lagi.

Kita sama-sama doakan agar Islam terbela dan terus makmur di Darul Iman.

Sekian
Ibrahim Baba
18 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak berfungsi untuk sementara waktu)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN