Make your own free website on Tripod.com
 

Titiwangsa 2: 
Jentera UMNO Bukan Sahaja Diboiokot Malah Disabotaj
Oleh Insan Berguna



Jika para petugas PAS/BA meneruskan kesungguhan dan keazaman untuk menawan Titiwangsa InsyaAllah, ia mungkin berjaya kali ini.

Ini dilihat kerana jentera BN/UMNO di Titiwangsa bukan sahaja diboikot oleh kumpulan yang setia dengan Drs. Suleiman malah ada pihak yang tidak senang dengan calon kali ini telah sabotaj jentera UMNO.

Gambar berikut IB rakam di sekitar kediaman Drs. Suleiman, di Jalan Ampang Hilir.

Di sekitar kediaman beliau tidak ada satu pun tanda bendera atau pun poster yang dipasang untuk menyokong calon UMNO kali ini.

Dan kira-kira 100 meter dari kediamannya terdapat beberapa batang tiang poster calon BN/UMNO (seorang muka baru - anak veteran UMNO) yang telah dipatahkan atau ditumbangkan.

Lihat sendiri sambil kita mendoakan kejayaan untuk mereka yang ingin menegakkan Islam sambil kita doakan agar Allah memecah belahkan hati orang-orang yang memusuhi Islam.

Sekian

Ibrahim Baba
19 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak berfungsi untuk sementara waktu)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

Pemandangan di hadapan rumah Sulaiman Brandy

Poster dipatah dan ditumbangkan


Sertai Maillist M@RHAEN