Make your own free website on Tripod.com
 

Saifuddin Jumpa Dolah - Ruslan Menjilat Najib
Keberanian Saifuddin Nasution Ismail menemui Dolah Badawi secara `terang` harus dihormati oleh semua pihak lebih-lebih lagi dalam suasana masing-masing ternanti-nanti tiupan wisel sebagai tanda berakhirnya penggal ke-10 kekuasaan Umno dan sekutunya sebagai parti pemerintah di bumi Malaysia sejak kemerdekaan tanah air.

Saifuddin Masuk Umno?

Umno melalui mesin propaganda hapraknya sudah pun mencanangkan ke segenap pelosok tanah air bahawa seorang lagi tokoh keADILan akan meninggalkan parti. Ramai juga yang termakan dengan lawak bodoh itu termasuk para penyokong BA. Semuanya gara-gara `keberanian` Saifuddin.

Namun keberkesanan propaganda haprak itu tiba-tiba sahaja menjunam apabila Saifuddin memberi amaran keras bahawa peguamnya sedang mengkaji kemungkinan untuk menyaman `mesin propaganda` Umno itu kerana menyebarkan fitnah.

Semuanya kerana Anwar

Saifuddin menjelaskan pertemuan beliau dengan Dolah Badawi tidak membawa apa-apa maksud melainkan memberitahu kepada Dolah secara bersemuka kondisi terkini betapa kritikal tahap kesihatan Dato Seri Anwar Ibrahim .

Kalaulah Dolah Badawi masih ada saki baki rasa kemanusiaan dan tidak sezalim Mahathir sudah tentu cucu ulama tersohor itu tahu apa yang harus dibuatnya.

Kita percaya Saifuddin,pimpinan dan penyokong BA sendiri tidaklah begitu mengharap respons positif dari Dolah. Jika ayah `Kamaludin pengedar haram komponen nuklear` itu bersikap positif Anwar sudah lama dibenarkan ikat jamin untuk menjalani rawatan.

Siang tiba-tiba akan bertukar menjadi malam jika Dolah Badawi bersedia membebaskan Anwar di saat ini.

Dolah Gembira Kalau Anwar Mati

Buat musibat yang lembik dan tidak punya kekuatan diri seperti Dolah, dia tidak langsung bersedia untuk berdepan dengan Anwar secara anak jantan meskipun sesaat.

Dolah lebih gembira melihat Anwar keluar daripada Penjara Sungai Buloh bertitlekan Allahyarham kerana bagi `pemimpin bacul` seperti suami Endon Mahmud itu kuasa dan pangkat adalah segala-galanya.

Jawatan PM, Presiden Umno, Pengerusi BN dan pengekalan kuasa Umno BN pada p/raya umum akan datang adalah akidah,agama,budaya dan harta buat Dolah. Mana mungkin dia melepaskan itu semua sekiranya Anwar menjadi penghalang. Lantaran itu Anwar mesti dicantas habis-habisan.

Usah berkecil hati.

Mahu dikatakan sia-sia mungkin Saifuddin akan berkecil hati, tetapi begitulah persepsi penyokong terbanyak BA apabila diminta mengulas tindakan Adun Lunas itu mengunjungi Dolah.

Apa pun sebagai tokoh yang berjiwa besar Saifuddin tidak perlu terguris sedikit pun lebih-lebih lagi sekiranya beliau meletakkan kepentingan `Anwar` itu melampaui perhitungan politik dan peribadi.

Sekalipun Dolah Badawi enggan mendengarnya, setidak-tidaknya Saifuddin sudah melunaskan tanggungjawabnya sebagai insan yang berpegang kepada Firman Allah: “Jangan kamu cenderung hati kepada penzalim kelak kamu disambar api neraka.”

Memang ada kewajaran terhadap tindakan Saifuddin itu, hanya `timing` sahaja yang kurang tepat. Soal memasuki semula Umno tidak timbul, kerana Saifuddin bukanlah Ruslan Kassim.

Saifuddin Bukan Rosal, Roslan Bukan Saifuddin

Ruslan terhegeh-hegeh menjilat Najib kerana yakin bekas boyfriend Ziana Zain itu akan bergelar PM tidak berapa lama lagi. Bekas `ustaz keADILan`yang berjiwa pengemis itu mengharap akan dilantik sekurang-kurangnya sebagai Setiausaha Politik kepada Najib kalau tidak pun Senator mengisi kekosongan tinggalan Zainuddin Mydin.

Andai itu bukan nawaitunya melompat semula ke dalam kawah najis Umno,maka bodoh dan banganglah seumur hidup insan yang bernama Ruslan Kassim itu. Zahid Mat Arip pula khabarnya tergila-gilakan kerusi `bekas datuk saudaranya` Parlimen Batu Berendam, itu pun kalau duda Heryati itu sudah tidak lagi berminat mempertahankan kerusi tersebut.

Selain keduanya tidak perlulah diramalkan untung nasib mereka. Hamdan Taha dan Hanapiah Man mungkin diberi tempat untuk melayakkan mereka menerima habuan 5-6 Ribu RM sebulan.

Manakala selebihnya bolehlah mempersiapkan diri sebagai `penjual batu akek` selepas p/raya umum nanti,kerana standard mereka hanyalah gurkha semata-mata.

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan sendiri diberitakan tidak menaruh sebarang syak dan curiga terhadap Saifuddin. Jika mahu ditaarifkan tindakan Saifuddin itu direstui MPT, begitulah lebih kurang maksudnya. Cuma kata mereka seperti di atas: “Timing kurang tepat.”

Penulis bersetuju dengan pandangan beberapa orang rakan bahawa pertemuan yang melibatkan Saifuddin dan Dolah Badawi itu benar-benar merimaskan Najib di sebalik kesibukan Ruslan Kassim dan malaun-malaunnya menjilat-jilat bekas boyfriend Ziana Zain itu.

Saifuddin bukan Ruslan, Ruslan pula bukan Saifuddin!

- Inderaloka  - 27.02.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN