Make your own free website on Tripod.com
 

Di Bawah Imam Dolah - Samy Vellu Bertambah Kukuh
MIC sudah pun mengisytiharkan senarai muktamad calon-calon yang akan mewakili parti itu di atas tiket BN pada pilihan raya umum 21 Mac ini.

Samy Vellu Mahu Jadi Presiden MIC Sampai Mati

Pengisytiharan yang dibuat pada 10 Mac 2004 itu,jelas menampakkan hasrat Samy Vellu untuk memerintah MIC sampai akhir hayatnya kian terserlah. Samy pernah memberitahu ahli-ahli MIC bahawa beliau mahu kekal sebagai Presiden MIC sekurang-kurangnya sehingga 2014.

Setakat ini tidak ada sebarang halangan untuk Samy mencapai hasrat gilanya itu melainkan MIC berani menendang keluar bekas penjilat Mahathir itu. Mampukah MIC berbuat begitu? Tidak mungkin selagi Samy bernafas.

Sisa-sisa harapan ahli-ahli MIC yang mahukan perubahan di dalam parti itu musnah sama sekali, apabila Samy Vellu bertindak drastik menyingkirkan Datuk S.Subramaniam Timbalan Presiden MIC juga selaku Timbalan Menteri PDNHP dari senarai calon.

Subramaniam adalah bekas penyandang kerusi Parlimen Segamat. Tempat beliau bakal diisi oleh calon `kroni` Samy yang kebetulan bernama Subramaniam juga.

Kebanyakan para penyokong Subramaniam di seluruh negara ternyata amat kecewa dan marah dengan tindakan Samy Vellu itu. Mereka menganggap Samy sebagai perosak parti dan pemecah belah perpaduan masyarakat India.

“Samy Vellu sebenarnya seorang pemimpin pengecut. Dia tahu kalau berlawan dengan Datuk Subra secara demokrasi di dalam MIC,sudah tentu Subra menang. Ramai ahli MIC sekarang sudah bosan dengan Samy,mereka mahu orang baru jadi Presiden. Orang itu adalah Subra….. tetapi Samy Vellu lagi cekap!” kata seorang tokoh MIC Bahagian Gombak yang dikenal pasti sebagai orang kuat Subramanian.

Sebenarnya kemarahan Samy kepada Subra sudah begitu lama membara,kemuncaknya apabila Datuk MG Pandithan Presiden IPF membelasah Samy Oktober tahun lalu,Subra dilihat tidak langsung menyokong Presiden MIC itu.

Datuk M.Keyveas Presiden PPP pula yang kelihatan menyibuk ;`hidung tak mancung pipi tersorong-sorong`,mati-matian membela Samy Vellu yang dikatakan oleh Pandithan tidak layak memimpin masyarakat India. Tambah menyakitkan hati Samy apabila Pandithan terus terang menyatakan bahawa dia bersedia menerima Datuk Subramaniam sebagai pemimpin masyarakat India.

Perang Samy-Pandithan itu berlarutan beberapa bulan sehinggalah masing-masing bertindak membuat laporan polis. Yang paling ketara apabila `skandal Maika` disemarakkan semula oleh Pandithan. Samy Vellu benar-benar terkedu dan menuduh bahawa Subramaniam yang mendalangi segala-galanya.

Jika dibiarkan perang Samy-Pandithan itu berpanjangan, risikonya nanti akan turut ditanggung oleh Umno-BN, mahu tak mahu Imam Dolah Lembik selaku Pengerusi BN terpaksa mengarahkan media massa dan kedua-dua hero `Filem Tamil Vesri Malaysia` berhenti bergaduh buat sementara waktu.

Mahathir di belakang Samy

Samy melihat Pandithan bukan musuh sebenarnya, lagipun IPF bukan komponen BN. Bagaimanapun kuatnya Pandithan menyalak, kedudukan Samy dalam MIC dan BN tidak akan terjejas.

Musuh sebenar Samy adalah Subramaniam. Pengaruh Subramaniam dikatakan terus teguh di peringkat grass root. Imam Dolah Lembik pun tahu perkembangan itu dan difahamkan agak memihak kepada Subra. Ini benar-benar membimbangkan Samy.

Tetapi Samy tahu sesayang mana pun Imam Dolah Lembik kepada Subra, namun `kekuatan` Mahathir belum lagi mampu diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Kalaulah Imam Lembik itu sendiri tidak berupaya melantik Muhyiddin Yassin sebagai Timbalannya, di mana letaknya pula keupayaan Dolah untuk meminta Samy Vellu berundur bagi memberi laluan kepada Subra dan gengnya menerajui MIC?

Akhirnya kisah Imam Lembik sukakan Subra tamat begitu sahaja apabila nama Timbalan Presiden MIC itu dicicirkan daripada senarai calon. Siapa yang mencicirkannya? Siapa lagi jika bukan Imam Lembik, kerana di tangannyalah keputusan muktamad dibuat.

Jika Imam Lembik benar-benar sayangkan Subra, sudah tentu dia berusaha menyelamatkan orang nombor dua MIC itu walaupun seribu kali Samy Vellu mahukan Subra disingkir.

Samy sekadar Presiden MIC, Dolah bukan sahaja Pemangku Presiden Umno malah Pengerusi BN, justeru siapa yang lebih powerful?

Sekali lagi Imam Lembik menjadi `bloody fool` apabila beliau menurut sahaja kemahuan Samy Vellu menyingkirkan Subra. Sehebat itukah Samy Vellu?

Samy Vellu tidaklah sekuat mana tetapi dia juga tidaklah selembik Dolah. Samy Vellu terkenal dengan pendekatan gengsterisme untuk mengekalkan kuasa politiknya di dalam MIC di samping kebijaksanaannya `membodek` Presiden Umno selaku Pengerusi BN. dan PM.

Bagi Samy, Presiden Umno dan Pengerusi BN tidak pernah beralih kepada sesiapa pun sejak 23 tahun lalu.

Meskipun Dolah sudah mengambil alih jawatan PM daripada Mahathir lebih empat bulan lalu, tetapi Presiden MIC itu tahu bahawa Mahathir tetap berkuasa sepenuhnya, Dolah hanyalah boneka. Samy mahu Subra disingkir, tanpa `power Mahathir` tidak semudah itu Dolah akur kepada kemahuan Samy.

Untungnya Samy Vellu yang seorang ini, di zaman Mahathir dia kukuh dan tatkala Dolah Lembik berkuasa Samy Vellu terus teguh.

Persoalannya apakah tindakan mencantas Subramaniam itu akan menyelamatkan MIC atau hanya akan menyelamatkan Samy Vellu sahaja? Bayangkan kalau Subra dan orang-orangnya berpakat dengan IPF pimpinan Pandithan untuk melanggar calon-calon MIC kroni Samy, bukankah itu satu ancaman besar kepada BN?

Setakat ini belum pun nampak sebarang tanda Subramaniam dan Pandithan berani bertindak sebagai penentang BN walaupun mereka membenci Samy Vellu dan kroninya.

Adalah tindakan bodoh sekiranya para penyokong kedua-dua tokoh politik masyarakat India itu dilarang daripada menyokong Barisan Alternatif.

Subra dan Pandithan mesti berani bertindak. Apa lagi harapan yang masih ada pada kedua-duanya? BN sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada mereka! Nak jilat BN lagi kah? Ayo yo yo tambi!!!

- Inderaloka  - 12.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN