Make your own free website on Tripod.com

Islam Cara Umno
Jika mengikut kerangka pemikiran UMno, memang Islam yang nak dilaksanakan oleh PAS adalah 'ketinggalan zaman'. Ini kerana UMno adalah sebuah kerajaan yang 'mendahului zaman', dakwa mereka.

Kotak akal mereka juga hanya dapat menerima Islam yang sempurna itu adalah Islam yang mengamalkan segala yang terfikir oleh akal mereka. Semuanya boleh dicampur-gaul sekali dalam kehidupan seseorang UMno.

Pada mereka Al-Quran adalah 'buku sejarah' yang hanya perlu dibaca atau dihafal sahaja. Selebihnya simpan elok-elok dalam almari. Tiada sebarang keuntungan ekonomi kalau isi Al-Quran diterjemahkan ke dalam kehidupan seseorang UMno. Maka merekapun dilihat 'membela' para penjenayah Hudud bermati-matian. Kerana kebanyakan 'penjenayah' itu mendatangkan keuntungan ekonomi dalam banyak aspek.

Maka mereka melihat jamaah yang ingin mengamalkan Islam atau memperkenalkan Islam dalam kehidupan sosial adalah suatu kerja sia-sia dan ketinggalan zaman. Demikianlah UMno.

Tetapi UMno juga yang berkata Hukum Islam telah ketinggalan zaman dan tidak sesuai diamalkan dalam Malaysia yang amat majmuk ini. UMno hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam beberapa perkara sahaja seperti bab zakat, Haji dan ibadat khusus yang lain. Kan zakat dan haji menjanjikan pulangan lumayan...?

Bila bercakap soal pembangunan, UMnolah yang jaguh dan lihatlah negara ini yang kaya-raya lagi maju ini... Hakikatnya terbalik, masih ramai rakyat marhaen yang hidup susah! Bila bercakap soal perundangan dan Hukum... Malaysia masih 'miskin' dan rakyatnya belum maju. Masih banyak yang perlu dibangunkan lagi...bla...bla.....

UMno sebenarnya mengambil Islam untuk disesuaikan dengan piagam mereka. Bukan piagam mereka disesuaikan dengan Islam. Sebab itu perkara maksiat yang menjadi darah daging mereka tak boleh dibuang!. Demikianlah adanya.

Senenarnya pengertian 'kaffah' itu terlalu ideal kalau nak dibandingkan dengan apa yang UMno buat. Islam menggariskan tatacara berpakaian untuk Muslimin dan Muslimat, adakah pemimpin Umno melaksanakannya? Sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenung nasib, merupakan perkara keji daripada perbuatan syaitan. Maka jauhilah ia mudah-mudahan kamu berjaya". Daripada 4 perkara ini, mana satu yang UMno tak buat?

1. Arak. Pastinya ramai pernah dapat foto pemimpin UMno yang sedang berpesta dengan arak di tangan, juga seorang bekas MB yang juga dalam keadaan mabuk. Pasal lesen jualan arak jangan ceritalah. Mana satu hyper market kat Negara Islam Malaysia yang tak ada jual arak? Siapa yang bagi kebenaran untuk jual arak merata-rata ni?

2. Judi. Tanyalah kepada mana-mana Ulama ada ke judi halal dan judi haram? Tapi pemimpin Umno menerima-pakai bahawa ada judi halal dan judi haram. Kekadang kat pekan yang majoriti Melayupun kedai nombor ekor ada 2-3 buah. Tak tahulah kalau ada Ulama UMno berani kata ini judi yang dihalalkan...

3. Berhala, tanya dengan KULI dan IB.Li siapa yang sibuk usung berhala keliling Kota Bharu? Siapa yang sibuk pertahankan Penyu kat tengah jalanraya? Siapa yang paling banyak buat patung kucing?

4. Bertenung nasib, yang ini kurang nampaklah jugak, tapi selain daripada bertenung nasib, jumpa bomoh minta menang kerusi ketua bahagian, ketua pemuda, MTpun tak boleh juga. Tapi UMno balun semacam je dan ini memang tidak lagi jadi rahsia.

Baru 4 benda ni pun tak settle, macamana kata nak ikut Islam secara 'Kaffah'? Tepuk dada tanya iman...

Bagi orang yang tidak mengenal akan 'hantu'.... goyangan daun pisang di malam haripun akan dikatakan hantu!.

Bagi orang yang tidak kenal Islam... mereka akan mudah melabel sesuatu itu sebagai Islam. Apatahlagi pihak yang mengatakan itu adalah pemimpin... yang dianggap sebagai penganugerah rezeki untuk kehidupan mereka.

Apa maknanya Islam 'berkembang' tetapi ajaran Islam tidak diguna-pakai dalam kehidupan peribadi, bermasyarakat dan bernegara?

Nabi pernah mengingatkan bahawa umatnya di akhir zaman akan ramai... terlalu ramai. Tetapi umatnya itu seumpama buih... kecuali golongan yang memegang dan mengikuti ajaran Al-Quran dan Sunnah Baginda.

Kita tak fikir orang-orang seperti Hamid Othman, Ismail Ibrahim, Nakhaei, Mustafa Taib dll jahil tentang Islam. Merekapun belajar tinggi tentang Islam. Tetapi yang jelas, pendekatan mereka tentang Islam 'berbeza' dengan pendekatan pengikut-pengikut ulama fundamentalis, yang jumud dan konservatif. Itulah perbezaanya.

Ingatkah kita, PM pernah berkata Malaysia ialah sebuah negara Islam Fundamentalis. Siapakah ulamak-ulamak Fundamentalis? Siapa pengikut-pengikutnya? Orang-orang UMno jugak. Pendekatan mereka itulah salah-satu penyebab UMno semakin terpinggir di kalangan marhaen. Pedekatan mereka tidak ada paksi yang mantap. Sekejap-sekejap mereka mengutamakan umat dalam membuat dasar. Kemudiannya mereka mengutamakan 'kroni dan orang-orang yang sangat mustahak'. Umat semakin terpinggir...

Ulamak UMno sebenarnya sudah terkena penyakit apa yang dipanggil 'denial syndrome'. Mereka akan menentang apa sahaja yang datangnya daripada ulamak-ulamak PAS walaupun perkara yang dibangkitkan itu benar. Segala alasan akan dicari untuk menjustifikasikan perbuatan mereka. Dengan berdalilkan masyarakat majmuk, mereka sanggup menafsirkan Al-Quran dan Hadis mengikut selera dan kepentingan mereka. Jadi di manakah fundamentals yang mereka pegang. Pada kita mereka bukannya fundamentalis seperti didakwa Dr Mahathir, tetapi penganut agama 'Islam Accommodative' yang kita tidak tahu daripada mana asalnya.

Daripada segi pendidikan formal, nama-nama mereka mungkin telah sempurna 'ilmu Islamnya'. Ini kerana mereka telah 'mengaji tinggi'. Tetapi mendalami ilmu Islam tidak semestinya dapat beriman dengan sepenuhnya.

Terdapat beberapa pensyarah fakulti Islam di barat yang bukan-Islam. Mereka mahir malah menghafal Al-Quran. Mengajar pula usuludin dan syariah... tetapi mereka tidak beriman dengan Al-Quran dan Rasulnya.

Dalam sejarah perjuangan 'menentang Islam' juga kumpulan penentang perlaksanaan Islam sentiasa mendapat sokongan sebahagian daripada cerdik-pandai agama yang ingin mendapat keuntungan di dunia.

Keempat-empat 'seniman' tersebut mungkin tinggi ilmunya. Tetapi mereka mereka tidak sanggup memperbetulkan 'tuan' mereka dalam banyak hal. Mereka juga dilihat tidak mahu/berani bermuzakarah dengan ulamak lain dalam mencari kebenaran. Ini menyebabkan rakyat keliru dan yakin bahawa 'ketaatan' mereka kepada tuan mereka adalah bersandarkan 'upah' yang mereka terima. Mereka bukan tidak berilmu, tetapi tidak beriman!

Baginda Nabi Muhammad SAWpun mengingatkan umat supaya berwaspada dengan peranan yang dimainkan oleh 'ulamak jahat'. Maknanya, cerdik-pandai agama juga ada yang jahat di sisi Allah. Kalau nak tahu siapa ulamak jahat... kenalah mengaji. Laman ini tidak sesuai untuk beri kuliah. Demikianlah adanya.

Dalam hal memutuskan sesuatu isu, "Dan apabila kamu berbeza pendapat mengenai sesuatu perkara maka kembalilah kepada kitab Allah dan sunnah Rasulnya." Itu cara yang Islam ajar. Jadi setinggi manapun ilmu seorang ulama itu, pendapat kebanyakan Ulama perlu diambil-kira. Tak payah pergi jauhlah, tanya 100 Ulama kat Malaysia ni dan ambil hujah mereka dan lihat ijma'nya. Dalam dunia sekarang terdapat ratusan Ulama tersohor di seluruh dunia, dapatkan pandangan mereka. Syaratnya bagi Ulama yang tahu adab-adab berijtihad. Tepuk dada tanya Iman.

Contoh UMno 'sukakan' Islam adalah di antaranya:-

1. Menghalang Kelantan/Terengganu melaksanakan hukum Islam.

2. Tidak mahu melaksanakan hukum Islam.

3. Mengadakan program mungkar dan maksiat yang berlawanan dengan syariat Islam. UMno Kelantan mencabar kerajaan negeri dengan membuat program maksiat di Kelantan.

4. Menghina alim ulama' dan memuja juhala'.

Awal-awal lagi UMno sudah berdakyah, menanamkam dalam pemikiran mereka bahawa hukum Islam zalim. Tidak ada keadilan kepada mereka. Tak boleh sembah tokong, tak boleh makan babi. Anu... pun kena potong. UMno bukan menceritakan kebaikan dan keadilan Islam tetapi menakutkan mereka dengan hujah yang palsu tentang Islam.

Satu daripadanya...

UMno/BN menerbitkan risalah/poster pilihanraya yang menggambarkan seorang Pak Haji berserban yang memegang sebilah pisau sedang menghambat seorang Cina untuk dipotong anunya. Illustration di hujung pisau itu, dengan titisan darah berdakwat merah bagi menghidupkan lakaran itu dan menimbulkan kegerunan di hati masyarakat Cina.

Risalah jahat seumpama itu disebarkan di kawasan pengundi-pengundi Cina. Apakah tujuannya kalau bukan untuk menakutkan orang Cina daripada mengundi PAS??? Keuntungannya bagi pihak UMno/BN ialah dapat menjauhkan orang Cina daripada PAS.

Berbagai bentuk risalah jahat seumpama itu disebarkan kepada orang bukan-Islam yang hasilnya akan mengelirukan mereka terhadap Islam itu sendiri.

Dengan kerja-buat UMno yang terang-terang menghina Islam dengan berbagai cara, maka penerbitan yang sebegitu bagi mereka adalah perkara kecil sahaja. Malah mungkin menjadi sekadar gurauan atau gimik pilihanraya. Tetapi kesannya terlalu besar terhadap kesucian agama Islam.

Mungkin ramai masih ingat bagaimana ada ura-ura untuk mengadakan tunjuk perasaan meminum arak secara besar-besaran di Kota Bharu? Ia bermula dengan dasar baru kerajaan Kelantan bawah pentadbiran PAS yang menghadkan premis jualan arak di negeri itu. Mujurlah akhirnya keadaan itu dapat ditenteramkan dengan penjelasan oleh kerajaan negeri. Siapakah yang mendalangi propaganda melalui media massa konon bawah pentadbiran PAS, orang Cina sudah tidak boleh minum arak?

Itu masih belum dicampur dengan berapa ramai pemimpin UMno mengeluarkan statement "Sila ke Kelantan kalau nak makan Sup tangan." Adakah itu tidak memburukkan Islam ke namanya? Ada seorang jiran yang balik ke Kelantan selepas bertahun-tahun tinggal di Johor. Bila ditanya kenapa, katanya Kat Kelantan jauh lebih senang hidup dan cari rezeki bagi orang yang berniaga macam dia.

Di Kepala Batas, Pulau Pinang (negeri UMno atau Gerakan?) yang mendokong berbagai jenis kegiatan mungkar dan maksiat, telah merasmikan berlangsungnya Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Sementara itu di Kelantan pula, negeri PAS yang ditadbir oleh ulama telah menetapkan peraturan bahawa sebarang program yang bercorak mungkar dan maksiat adalah dilarang. Bermakna tidak ada permit yang dikeluarkan untuk kegiatan yang meruntuhkan akhlak itu.

Tetapi pada malam yang sama, serentak dengan perasmian Tilawah Al-Quran oleh UMno di Pulau Pinang, UMno Kelantan pula merasmikan hiburan maksiat bertempat di Danau Tok Uban, Pasir Mas. Mereka melanggar peraturan yang dikuat-kuasakan oleh kerajaan negeri.

Berapakah wajah yang boleh dijelmakan oleh UMno sebenarnya? Nampaknya UMno boleh berwajah seperti malaikat atau syaitan. Sebenarnya inilah wajah-wajah orang nakal atau jahat atau degil yang tak faham faham tanggungjawab kepada agama walaupun mereka selalu mengaku bahawa mereka adalah sentiasa orang yang benar-benar betul pegangan tentang Islamnya!!! Apalah nak dipelikkan lagi!!! Contoh - Menteri yang jaga hal penerangan dan kakitangan TVnyapun kalau tak silap tu Islam juga dengarnya, tapi masih tak perasaan ke atau sengaja membiarkan di TV siaran - bila waktu maghrib aje, mestilah disiarkan rancangan kartun biar budak-budak yang patut mula belajar sembahyang dan mengaji duduk depan TVnya hingga leka nak sembahyang!!! Macamlah tak ada masa lain yang sesuai untuk kartunnya!!!

Bagi UMno asalkan nak pakai tudung labuh, itu memang anak murid Taliban. Asalkan nak haramkan konsert itu lagi anak murid kanan Taliban, kalau nak laksana syariah haaa yang itu bapak segala taliban. Islam yang syumul adalah Islam yang memahami kehendak naluri umatnya... Nak pakai tudung ke tidak ke, tak kisah sebab tiada paksaan dalam agama. Nak buat konsert, kan ke itu kehendak naluri semulajadi manusia, jadi kita kenalah ikut... Kalau tidak nanti rakyat memberontak jadi huru-hara ...

Mungkinkah kepada UMno:-

1. Beriqtikad bahawa Allah s.w.t tak boleh berbuat apa apa pada golongan yang berperangai samseng, sebab Allah hanya mempunyai sifat penyayang dan baik. Masakan bila dikatakan Allah akan lebih samseng lagi terhadap kamu jika kamu berlagak samseng, terus mencanak melenting suruh orang tu bertaubat, tapi tidak pada tuan presidennya.

2. Tuan presiden menghina Nabi, Al-Quran dan ulamak, semua pakat sokong dan langsung tak berasa sedih di atas peristiwa tersebut. Inikah bukti cinta pada Nabi s.w.t.?

3. Secara jelas, memperlekehkan hukum-hakam Al-Quran termasuk Hudud, dengan mengeluarkan bermacam-macam ucapan bertujuan untuk mempersenda-senda atau menakut-nakutkan orang yang jahil tentang Islam. Apakah dengan kata-kata "jika nak makan sup tangan, pergilah ke Kelantan" ini tidak membuatkan Allah mencampakkan manusia biadab ini serta penjilatnya ke dalam neraka? Jika begitu, hujah bagaimana nak mengatakan mereka tidak terkeluar daripada Islam?

4. Dengan bertindak melakukan perkara yang menongkah hukum dan tuntutan agama seperti menghalalkan kilang arak, penjualan judi, maksiat terang-terangan dianjur bersama kaum-kaum kafir laknatullah dan lain-lain semakna dengannya. Apakah perbuatan ini bukan dikira menentang Allah s.w.t.? Apakah hukum bagi penentang Allah s.w.t, Syurga? mana mungkin!!!.

5. Mengkhianati amanah rakyat yang dipimpin dan menjadikan budaya fitnah sebagai tatacara kerja, bukankah ini bertentangan dengan tuntutan Agama?

6. Mempersendakan Al-Quran, dengan mengadakan Tilawah Al-Quran, sedangkan pada masa yang sama menyakiti hati umat-umat Islam di Kelantan dengan mengadakan pertunjukan yang bergelumang dengan 1001 macam maksiat. Apakah mereka menyangka kekuasaan Allah itu terhad hanya di Pulau Pinang, sedangkan di Kelantan Allah lupa? Begitu?. Subhanallah!!!. Nyata arahnya juga ke neraka.

Jadi, apa lagi harus ditunggu dengan UMno ni, keluarlah dan jauhilah puaka-puaka ni. OK, Kalau tak nak join mana-mana partipun, itu adalah lebih baik daripada terus bergelumang dengan dosa-dosa munafiq puak-puak UMno, terutamanya si presiden dan timbalannya.

Bila dah hati dan mata tertutup kepada kebenaran risalah Nabi mengenai Al-Quran, memang payah nak yakinkan puak-puak ni. Bukti apa yang mereka mahu sedangkan dah selalu diulang malahan terdapat dalam kaset mesyuarat MKT UMno tu sendiri sebagai fakta bukti berhubung sabit terkeluarnya seseorang itu daripada akidah Islam.

Umpamakan jika kepala keretapi tu membawa taik sedangkan salah satu skrewnya adalah anda, apakah anda tak termasuk sebagai salah satu komponen menggerakkan taik tu? Jadi bila si presiden menghina Islam, ahli tak tegur, siap tepuk tangan lagi, maka samalah darjat anda/ahli macam skrew tu tadi.

Dalam kaedah feqah Islam, sipembuat arak, tukang transport, tukang serve dan sebagainya sama-sama dapat dosanya. Macam itulah juga dalam kes di atas.

Memang ramai yang sholat, haji dan sebagainya, tapi itu berkait dengan amalan, tapi kalau akidah dah rosak, amalan tu jadi sia-sia. Sokong mamak yang terang-terang memporak-peranda dan menghina agama, boleh dikatakan beriman? Banyak-banyaklah mengaji tentang hadis, kalau yang paling mudah tengok Mustika hadis terbitan JPM zaman Tun Razak/Hussein Onn.

- karkunku@yahoo.com  - 27.09.2002 - Dipetik drp FGR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN