Make your own free website on Tripod.com
 

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Islam

Di peringkat nasional, dulu, kini dan selamanya mantan PM Tun Mahafiraun Mahatir Mohamad (T3M) dan konco-konconya terus menghina Islam, Quran, SAR, Nabi Muhammad s.a.w. dan apa sahaja yang berkait dengan Islam.
 
Di Selangor pula  peranan menghina Islam dipelopori oleh si penyamun dan pengamal rasuah, Khir Toyo  dengan dibantu oleh anak pencuri kambing Noh bin Omar.
 
Dulu, Khir Toyo mengharamkan  MB Kelantan TG Nik Aziz ke Selangor memberikan kuliah agama dan diikuti dengan menghalang ulamak, ustaz serta bekas Mufti Selangor dan kemuncaknya pada 10 Februari 2003  Khir Toyo telah meruntuhkan Masjid Jubli Perak, Bangi.
 
Kini, Khir Toyo serta konco-konco Umno merancang menghapuskan Maahad Tahfiz di Selangor. Dimulai dengan mengikut arahan membabi buta T3M memberhentikan batuan perkapita kepada SAR dan diikuti memecat imam masjid dan AJK masjid  terdiri ahli PAS.
 
Tahun lepas Khir Toyo dan JAIS  mengarahkan Maahad Tahfiz Bukit Naga (Perempuan ), Kelang di tutupdengan alasan JAIS tidak mempunyai peruntukan. Pelajar perempuan di Bukit Naga dipindahkan dan disatukan  dengan pelajar tahfiz lelaki ke Maahad Tahfiz  Jugra, Banting. Baru setahun jangkitan penutupan maahad di Kelang berpindah ke Banting. Maahad Tahfiz Jugra, Banting  pula akan ditutup pada Mac 2004. Pelajar Maahad Tahfiz Banting diberitakan akan dipindahkan ke KISDAR, Bangi. Mereka telah diberikan taklimat perpindahan oleh pihak Kisdar beberapa minggu lepas di Kisdar
 
Penutupan Maahad Tahfiz Jugra Banting adalah arahan Khir Toyo dan Pengarah  JAIS, Mansor Ramli yang kononnya JAIS  tidak mempunyai peruntukan wang  yang cukup.
 
Sebelum ini ada beberapa orang AJK kampong pergi berjumpa Mansor Ramli untuk mendapatkan bantuan membina tahfiz telah ditempelak oleh Mansor Ramli. Mansor telah menyatakan bahawa Selangor sekarang  sedang dalam proses membenteras  pembinaan maahad tahfiz seluruh Selangor. Tambahnya lagi bahawa maahad tahfiz adalah pusat melatih pengganas oleh kerana itu tidak ada sebarang bantuan untuk membina maahad tahfiz daripada JAIS.
 
Noh bin Omar, Ahli Parlimen Tg. Karang juga turut berperanan cuba menggagalkan pembinaan sebuah maahad tahfiz swasta di Selangor. Noh telah mempertikaikan bagaimana dan dari mana orang kampong mendapat wang dan mampu membina sebuah sekolah tahfiz yang canggih. Ia juga mempetikaikan kelulusan akademik guru yang mengajar tahfiz di maahad tersebut. Ia telah mengarahkan supaya pejabat agama daerah berkenaan menyiasat sumber kewangan dan jika perlu ditutup maahad tersebut.
 
Begitulah tabiat pemimpin Umno, dulu, kini selamanya anti-Islam.

Jumat Legi - 01.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN