Make your own free website on Tripod.com
 

Rasionalnya Janji BeNd Tubuh Universiti Di Kelantan & Terengganu
Oleh Kenari2004


Assalamualaikum w.t.

Saya tertarik dengan janji KERAjaan BN melalui Umno Terengganu & Kelantan nak tubuh universiti awam di kedua-dua negeri berkenaan. Sungguh molek bunyinya dan cantik gambarannya yang mana dengan tertubuhnya universiti di kedua-dua negeri itu akan merangsang pembangunan dan ekonomi.

TETAPI malang sekali, sudah diberi peluang KERAjaan BN Terengganu memerintah Terengganu & Kelantan selama ini tidak berminat menubuhkannya. Apa yang mereka mahu projek untuk sendiri dan keluarga. Mereka sudah diberi peluang secukupnya untuk semua itu.

Bila PAS memerintah, mulalah nak jadi jaguh untuk bina universiti awam di Terengganu & Kelantan. Jadilah modal kempen dan akan bina universiti awam jika KERAjaan BN ditubuhkan di sana.

Sebenarnya, TIDAK perlu bila dah jadi KERAjaan baru nak tubuh universiti awam di sana.
SEKARANGPUN BOLEH. Kuasa tubuh universiti terletak di bawah bidang kuasa KERAjaan Pusat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. APA!!! Takkan Menteri tak tahu bidang kuasanya sendiri!

Bila kita kata kuasa ada kat menteri… APA alasannya;
1. Kerajaan PAS tak lulus tapak tanah,
2. Kerajaan PAS masuk campur urusan pentadbiran (macam KUSZA)
3. Universiti jadi sarang PAS dan penentang KERAjaan BN ( perkara inilah yang mereka takut sekali )

Cuba fikirkan rasional ini pula;
1. Alasan Kerajaan PAS tak lulus tapak tidak logik,
Dulu masa BN kenapa tak luluskan beberapa tapak tanah simpanan untuk universiti, hospital dan lain-lain.
2. Jika sekarang tiada tanah kerajaan negeri yang diluluskan, UMNO boleh beli tanah-tanah persendirian pemimpin UMNO yang banyak. Kalau tak nak jual kepada Kerajaan Pusat, SEDEKAH jelah tanah yang kerajaan negeri sebelum ini yang telah dibahagikan sesama mereka.
( PAS boleh tolong senaraikan sesiapa pemimpin UMNO yang memiliki tanah yang luas)
3. PALING MUDAH, naik tarafkan sahaja institusi yang sedia ada di Terengganu & Kelantan kepada universiti penuh. PAYAH SANGATKAH!!!
Contoh: KUSTEM di Gong Badak Terengganu, USM Hospital Kubang Krian, Kelantan.
ATAU Kampus Cawangan UiTM di negeri-negeri berkenaan.

TETAPI Persoalannya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..................

KENAPA UMNO SIBUK NAK TUBUH UNIVERSITI KAT TERENGGANU & KELANTAN!!! SEDANGKAN MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PERLIS, PAHANG & PERAK BELUM ADA UNIVERSITI AWAMNYA. (Perak untuk Guru di UPSI je)

UNDILAH PAS UNTUK KEADILAN SECARA ISLAM

- Kenari2004 - 16 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN