Make your own free website on Tripod.com
 

Pemilihan Ulama Sebagai Calon - Pak Lah Double Standard
Tidak perlu dihuraikan lagi realiti bahawa UMNO kini mempertaruhkan begitu ramai mereka yang dilihat sebagai orang agama menjadi calon pilihan raya ke-11. Sebagai contoh Dr. Mashitah di Baling, Ust. Firdaus di Permatang Pauh dan Dr. Abdullah Mat Zain di Besut.

Semua ini menunjukkan Pak Lah tidak mempunyai pendapat yang sama dengan bekas bosnya Dr.M. Ini membuktikan pandangan Dr. M (ulama tidak sepatutnya terlibat dengan politik) di sisi Pak Lah sesuatu yang salah(ajaran sesat).

Sebelum Dewan dibubarkan, kita dapat mendengar ustaz-ustaz UMNO (yang belajar agama) menyebarkan ajaran sesat yang dibawa oleh Dr.M (Dr.M tu pemuja sekularisme). Mereka telah menghuraikan hadis nabi secara terbalik.

“Apabila diserah sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya tunggulah saat kehancuran” (terjemahan hadis menurut versi ustaz UMNO)

Maka berkatalah mereka apabila diserahkan hal-ehwal politik kepada orang agama, akan rosak binasalah urusan rakyat. Mereka lupa kecemerlangan yang dianugerahkan tuhan kepada rakyat Terengganu apabila orang Terengganu pilih Tok Guru jadi Menteri Besar mereka.

Walhal hadis Nabi menegaskan tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kepimpinan utama umat ini diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya. Rasulullah sendiri telah memperjelaskan mereka yang tidak layak memegang kepimpinan utama umat ialah mereka yang buta agama. Mereka akan berfatwa. Mereka sesat dan menyesatkan. (seperti Dr.M lah)

Kini kita akan menghadapi pilihan raya. Kenapa Pak Lah ambil golongan ini menjadi calon? Adakah mereka ni bukan ulama sebenar (ulama palsu mengikut ajaran Dr.M). Atau adakah mereka ini semua dipilih hanya semata-mata untuk dijadikan alat untuk menipu rakyat?

AWAS wahai rakyat marhaen. Jangan biarkan anda ditipu. Jika puak-puak ni memerintah, banyaklah berlaku perkara misteri. “Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.”

Berbalik kepada kes di Terengganu, Pak Lah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu telah mengisytiharkan Dato’ Deris akan jadi MB jika UMNO dapat memerintah Terengganu (Jauh panggang dari api). Sepatutnya isytiharlah Ust. Ramli Nuh akan jadi MB ataupun Ustaz Kamal Abdullah.

Terengganu ini Darul Iman “Negeri Aman Rakyat Beriman” sejak sekian lama rakyatnya tidak terima untuk menjadi MB mereka kecuali yang mengaji agama.

Untuk rakyat Terengganu khususnya, saya mahu bertanya kite nak tukar Tok Guru dengan Aji Derih? Jauh langit dari bumi. Tranung kite Hok Kite.

MB kite Tok Guru Molek doh.

AWAS ! Jangan biarkan anda ditipu oleh Aji Derih dan awok-awok dia.

Khalid - 14.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN