Make your own free website on Tripod.com
 

Benarkah UMNO Terengganu Sejahat Komunis?
Aku nak cerita apa yang aku dengar berkenaan kisah yang berlaku pada rakyat marhaen di satu kawasan di Parlimen Besut. Lepas tu pakat-pakat fikirlah.

Kita semua telah maklum ketika PAS mula mengambil-alih Terengganu daripada BN, rakyat Terengganu yang kedua termiskin di Malaysia. Kita tengok golongan miskin ini telah cuba dipengaruhi UMNO. Mereka cuba dirasuah dengan `wang ihsan`.

Mereka yang menerima wang ihsan diugut sentiasa. Mereka dilarang datang ke surau tertentu. Mereka dilarang hadir mengikuti kuliah oleh tokoh tertentu. Sebagai contoh di masjid Jerteh, dia tu (yang menyediakan senarai mereka yang layak) sanggup hadir ke kuliah Ustaz Abdul Aziz bin Datuk Haji Abbas, Naib YDP PAS Kawasan Besut, semata-mata untuk melihat siapa yang akan dipotong namanya.

Walhal Ustaz tersebut telah mengajar di masjid tu sejak 20 tahun lalu. Kasihan rakyat marhaen! Demi untuk beberapa ratus wang ihsan dalam setahun, terpaksa berhenti mengaji. Ini kisah benar yang berlaku dah lama daah di seluruh negeri Terengganu.

PELIK TAPI BENAR

Terbaru. Di DUN Kota Putra, kesian rakyat marhaen. Memang JKKK dah melampau. Penerima wang ihsan dipaksa melafazkan ta`liq “kalau pakoh PAS isteri tertolak”. Nak buat macam mana?

Kalau tak gi ngundi, BA rugi. Kalau pangkah PAS isteri tertalak. Yalah lepas tu boleh rujuk balik. Tapi kalau dah dua kali bercerai ramailah kena jadi  cina buta. Permainan politik apakah ini? Memporak-perandakan rumahtangga orang. UMNO memang tak demokratik.

UMNO kat tempat lain janganlah tiru kerja jahat JKKK ni. Kepada calon UMNO Ustaz Wan Ahmad dan Profesor Abdullah (P33) tengok-tengoklah orang kamu ni. Anda boleh mengelakkan keruntuhan rumah tangga mereka dengan menarik diri daripada bertanding.

Benarkah UMNO Terengganu Sejahat Komunis? Fikirkanlah...

Khalid - 17.03.2004
Ralat: Terdapat kesilapan yang tidak disengajakan mengenai Ustaz Abdul Aziz (ditulis: TG Nik Abd Aziz) dalam edisi terdahulu yang telah pun diperbetulkan dalam edisi ini. Harap maaf.
Mandalaputra: Umno Terengganu Sejahat Komunis!

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN