Make your own free website on Tripod.com
 

Menjawab Tulisan 'Sekadar Mukmin'
Utusan Malaysia 15 Mac 2004 hari Isnin dalam ruangan forum menyiarkan (kononnya) surat pembaca (Sekadar Mukmin) Kemaman Terengganu. Tajuknya ‘10 dalil mengapa umat Islam perlu tolak Pas’.

Izinkan saya mengemukakan respona saya terhadap surat ini.

1. Kononnya PAS mengkafirkan orang Islam lain. Kita kena faham, PAS adalah sebuah parti politik yang terbuka keahliannya. Tidak dinafikan pernah ada mereka yang tasyaddud (terlampau keras) juga pernah menyertainya. Mereka kebanyakannya adalah orang yang tidak berakhlak,ingkar dengan arahan kepimpinan dan akhirnya dibeli oleh UMNO. Antara mereka Hj Ab. Latif, Hj. Ghazali Losong (abuya). Ust. Omar Khalid, Mustafa Taib (calon UMNO N13kelantan) dan ramai lagi seumpama mereka. InsyaAllah proses saringan siapakah pejuang Islam sejati akan sentiasa berlaku di dalam PAS. Yang telah mengangkat ceramah biasa Tok Guru di Banggol Peradong menjadi amanat ialah Ust. Omar Khalid. Sepatutnya semua orang Islam di Malaysia hendaklah diperdengarkan rakaman ceramah tersebut 100% kemudian nilailah sendiri.

2. Dalam Islam mengumpat dan sebagainya dilarang. Namun di sana ada situasi tertentu dibenarkan perbuatan ini. Bacalah Al-Quran dan hadis kalau tak faham hadirlah ke majlis-majlis ilmu, tanya Tok Guru. Kita akan dapati Allah memaki Abu Lahab dan isterinya, menceritakan keburukan (mengumpat) Fir`aun, Haman, Qorun dan sebagainya. Sebenarnya di negara kita Tok Guru bagi perbuatan mengeji, menghina maki-hamun dan fitnah yang paling hebat ialah idola Sekadar Mukmin sendiri, Dr.M.

3. Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang dan memutuskan menggunakan perkataan Islam pada nama parti dan pertubuhan digalakkan. Masalahnya
anak-anak buah Zainuddin Maidin bekerja siang malam buat kerja putar belit untuk mengelirukan rakyat,kononnya PAS memperalatkan Islam.

4. Golongan yang menyamakan Islam dan PAS ialah orang UMNO. Merekalah yang telah mengeluarkan geran hak milik kepada PAS. Itu sebabnya mereka melarang kuliah agama di masjid dan surau. Mereka telah sinonimkan Islam dengan PAS. Ini tanggapan dan kerja UMNO. Sehinggakan pertubuhan-pertubuhan dakwah NGO pun menghadapi masalah dengan perbuatan mereka ini.

5. Memang PAS mengutuk keganasan. Ini tidaklah mendorong PAS buat kerja tidak berfaedah dan buang masa mengutuk perkara yang tak wujud. PAS berpendapat propaganda barat dan BN lah yang jadi pasangan luar nikah yang melahirkan JI,KMM, dan perbuatan ekstrem al Maunah. Kat Malaysia ni Zainuddin Maidin (P14) lah yang jadi bidannya.

6. Yang keluar fatwa “semata-mata dengan pangkah PAS masuk syurga” orang UMNO. Nak tahu macam mana pengajaran Islam di sisi PAS hadirlah ke kuliah Tok Guru-Tok Guru PAS. Tanyakan kepada orang PAS bila dan di mana mereka menyampaikan kuliah. Kepada Khir Toyo dan mereka yang sama waktu dengannya jemputlah tokoh-tokoh ini ke masjid-masjid negeri masing-masing untuk menyampaikan kuliah.

7. Islam bukan datang untuk menghukum manusia. Rasul datang mengajar etika yang betul dalam `akidah,syariah dan lain-lain. Bukan kerja PAS kerat atas bawah,sebat sana sini. Kerja PAS ajak orang kepada Islam. Bila diberi kuasa bertanggungjawab untuk memberi laluan kepada terlaksananya hukum Allah.

Tak ada kes, tak adalah hukuman. Kalau nak tengok berlaku penghakiman dan penghukuman, Sekadar Mukmin boleh buat pengakuan. Kalau ada keslah. Tak pun buatlah pengaduan kalau ada nampak ada berlaku jenayah. Apa yang berlaku sekarang ni orang Terengganu (berkat pemerintahan Tok Guru) baik-baik belaka. Itu sebab mereka sokong BA. Yang takutkan hudud para penjenayah. Janganlah Sekadar Mukmin iri hati pulak.

8. Memang benar ilmu agama paling penting. Ini tidak menghalang kita mempelajari ilmu-ilmu lain. Adakah PAS mengarahkah kursus-kursus lain kat KUSZA ditutup. Malahan masa kerajaan BAlah TATI, kolej Sri Iman dan lain lain  semakin mendapat pengi`tirafan. Tak de tempat untuk pemakan gaji buta dalam era BA memerintah. Sekadar Mukmin jangan dok buat fitnah. Nanti susah kat akhirat. Apa sekadar mukmin tak percaya ka ada syurga dan neraka.

9. Sekarang bukan soal bersyukur atau tidak bersyukur. Kita dituntut bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada orang yang berbudi kepada kita. Ia tidak menidakkan tanggungjawab mencegah kemungkaran. Track record kerajaan BN begitu buruk sekali. Menindas, pilih kasih, korup-rasuah dan sebagainya. Kan kita orang celik. Tengoklah kes Anwar Ibrahim sebagai contoh.

Habis punah ranah Institusi-institusi Penting Negara. Ini semata-mata kerana nak tutup konspirasi Dr. M dan geng-geng dia. Tak payahlah saya nak sebut
satu-persatu kes-kes lain. Terima kasih kepada orang zalim caranya ialah menasihatinya dengan cara yang betul. Orang yang tidak mampu menjalankan keadilan jangan dibebani dengan tugas pemerintahan. Kasihani orang-orang UMNO dengan cara  menurunkan mereka daripada tampuk pemerintahan. Tewaskan mereka dalam pilihanraya. Makin lama mereka berkuasa makin banyak buat dosa.

Jawapan untuk perkara sepuluh sama dengan perkara 3. Datuk Dr. Ismail Ibrahim dalam sidang akhbarnya telah memaklumkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, Penggunaan nama Islam pada pertubuhan digalakkan dalam Islam.

Tahukah anda? ROS dengan arahan pihak tertentu tidak akan sama sekali meluluskan pertubuhan yang ada menggunakan perkataan Islam, kecuali yang mendapat arahan daripada orang tertentu. Mereka hanya nak gunakan institusi agama sebagai rubber stamp sahaja. Pada mereka agama bukan diikut tetapi mengikut hawa nafsu mereka.

Akhir sekali ingatan saya jangan bersama-sama dengan golongan yang zalim, nescaya kamu akan dibakar api neraka.

Ambillah apa sahaja peluang untuk menghentikan kezaliman. Pakcik-pakcik! Makcik-makcik! Tolong kami! Bantu kami! Kasihanilah kami golongan muda yang akan merasai hasil perbuatan anda di bilik mengundi.

Undilah BA untuk keadilan.

Khalid - 17.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN