Make your own free website on Tripod.com
 

UMNO Mahu laksanakan Islam Hadhari
Assalamu`alaikum.
Kini manifesto setiap parti telah dikeluarkan. Rupa-rupanya bukan hanya UMNO Terengganu dok jaja Islam Hadhari. Malang sungguh Islam hadhari menjadi tema manifesto UMNO Malaysia. Bukan hanya seorang dari sahabat-sahabat aku yang dok bertanya apa ke bendanya.

Maka susah jugaklah aku cuba nak syarahkan satu konsep yang salah. Aku ceritalah dalam bahasa kita ada perkataan hadhir maknanya ada kat depan kitalah. Lepas tu orang arab juga memahami hadhir dengan makna semasa. Yang ada masa ni. Agak-agak aku dari situlah terbitnya perkataan hadharah.

Perkataan hadharah banyak ketika dipakai dengan makna tamaddun (kemajuan masa le ni). Apabila perkataan ini diambil untuk dijadikan sifat bagi Islam maka jadilah Islam hadhari. Jadilah maknanya yang sebenar Islam le ni atau Islam masa ni. Patutnya gitulah jadi maknanya.

Tapi aku percaya bukan itu yang dimaksudkan oleh puak-puak UMNO ni. Aku percaya maksud mereka ialah Islam yang bertamaddun (ada ke Islam yang tidak bertamaddun?) yang betulnya ialah hadhorah Islamiyyah. Yakni sepatut kita kena laksanakan tamaddun yang bersifat Islam.

Aku rasa ramai yang marahkan aku dok hurai benda ni. Sorrylah brother. Islam ni bukan hak kita boleh pandai-pandai kita kata begitu dan begini. Kenalah berdisplin.

Jadi kesimpulannya BA nak laksanakan Islam semuanya. UMNO nak laksanakan ketamadunan Islam (tapi dia bercakap salah) dia orang ni tak belajar bahasa arab ke?

Kalau betul bendul ikut kata mereka ni mereka nak buat Islam yang ada sekarang. Bukan Islam quraani yang diamalkan dan diajarkan oleh Rasulullah. (patutlah idola mereka suruh tafsir Al-Quran semula).

Aku pun teringatlah Anwar Ibrahim. Anwar bersama rakan-rakan ABIMnya dulu dok perkenal istilah Masyarakat Madani. Aku ingat agaknya itulah bendanya yang puak-puak UMNO ni nak. Anwar boleh jadi tak sekolah arab. Oleh sebab Paklah sekolah arab jadi kenalah perkenal istilah baru (tapi salah).

Ada sahabat aku cerita sebenarnya orang yang mula-mula dok sebut pasal Islam hadhari ni ialah sahabat kita yang dah seberang ke pihak sana, Nakhaei Hj. Ahmad. Kata dia lagi Islam hadhari menurut beliau ialah Islam yang menekankan ilmu, sains dan teknologi moden. Syariat? Syariat tak kesah, tak masuk dalam perkiraan. Aku harap tak betul lah apa yang sahabat aku tu kata.

Aku tengok Profesor Datuk Ismail Ibrahim pun ada juga menyentuh tentang Islam Hadhari kat TV3 malam tadi. Kata dia Islam Hadhari ialah Islam yang universal, global dan bertamaddun. Aku tengok beliau tak berapa selesa nak panjang-panjang ulas tentang perkara tu. Pengerusi pun nampak macam tak puas hati je.

Aku tengok dari sudut ni pun Paklah tak dapat kalahkan Anwar. Konsep masyarakat madani yang diwar-warkan Anwar lebih luas dan mencakupi. Tambahan beliau dibantu dan didokong oleh NGOs Islam. Sebaliknya Paklah adalah pewaris regime yang korup daripada Mahathir. Beliau dikelilingi para pengampu. Itulah sebabnya segala apa yang dibuatnya serba tak meyakinkan

Oleh itu marilah kita kerja sungguh-sungguh. Pastikan Paklah tidak lagi berpeluang memperkenalkan benda yang pelik yang mengelirukan.

Bekerjalah wahai reformis! Masa itu pedang yang tajam jika kamu tidak menggunakanya (untuk memancung) ia pasti akan memancung kamu.

Selamat mengundi BA untuk menegakkan Islam.

Khalid - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN