Make your own free website on Tripod.com
 

Alahai Adnan Ramli Calon DUN Permatang Pasir
Terpilihlah sudah Datuk Md Isa @ Adnan Ramli sebagai calon ADUN Permatang Pasir. Kebanyakan wanita Umno cawangan menyifatkan pencalonan Adnan Ramli hanyalah seperti besi buruk yang dikitar semula. Umumnya wanita Umno lebih menyukai bekas setiausaha bahagian yang disingkirkan, Roslan Omar (Ketua Cawangan Umno Bukit Indra Muda) serta proksi hutang Ahmad Saad. Pencalonan Roslan Omar terpaksa ditolak kerana dikatakan hutang yang diwariskan oleh Ahmad Saad kepada beliau kerana proksi perniagaan. Roslan Omar terpaksa akur. Hj. Yahya Jamaluddin juga terlepas kerana Pak Lah akur dan membalas jasa Adnan Ramli yang menyusun strategi serta laporan lengkap untuk menyingkirkan Ahmad Saad. Adnan Ramli adalah bekas adun Permatang Pasir selama dua penggal. Yahya Jamaluddin pernah menjadi adun penanti sepenggal.

Difahamkan kumpulan Ahmad Saad akan tidak mengundi Adnan Ramli kerana ini akan menyulitkan lagi untuk kembali mengambil kerusi ketua bahagian yang sekarang ini disandang oleh orang luar iaitui Abdul Jalil. Beberapa pemimpin tempatan berpendapat Adnan Ramli tidak dapat membuat apa-apa jika menang kerana lebih menutamakan JPS (jaga perut sendiri). Beliau hanya boleh turunkan tanda tangan sokongan sahaja tapi tidak dapat membantu mendapatkannya melainkan untuk JKK (juak kaum kerabat)

Komen dari Ketua Pemuda unmo Bukit Indra Muda, Cikgu Rosli Ahmad serta Cikgu Ibrahim Husin, Adnan Ramli hanya akan melawat jenazah dan juga rumah kenduri. BA tidak mendapat peruntukan tidak seperti Umno yang dapat peruntukkan tetapi tidak digunakan untuk kerja lain yang berfaedah! Malahan Hj. Ahmad Othman (Pengerusi Tetap Umno bahagian Permatang Pauh) juga pernah berkata di kedai Simpang Tiga pasar malam Penati..... Adnan Ramli adalah barangan kitar semula yang tamakkan harta dan demi membalas dendam pada Ahmad Saad.

Adnan Ramli ialah pengerusi Bank kerjasama, LPPK serta AJK pusat serenti Umno dan telah menerima pelbagai elaun tapi masih tidak cukup. Dukacita Yahya Jamaluddin kerana Adnan Ramli memperlekehkan kejayaan anak-anak beliu dalam bidang kerjaya. Kelihatan jelas riak dan sombong Adnan Ramli selepas menjadi calon wakil rakyat.

Penglibatan permulaan Adnan Ramli ialah apabila Anwar Ibrahim memberi lesen impot kain putih kepada Adnan Ramli dan juga Arif Shah. Kini mereka telah menjualnya kepada Ah Kow dengan nilai RM 1 juta ketika nilai ringgit masih tinggi!!! Sekarang Adnan Ramli berkempen bahawa Anwar telah melakukan liwat berdasarkan bukti yang dikemukakan. Walhal, Adnan Ramli kenal latar belakang Anwar dengan baik sekali. Adnan Ramli juga seperti Melayu lain yang menunaikan ibadah haji dan umrah serta solat tetapi hanya sebagai budaya Melayu Islam dan tidak kerana memahami tuntunan solat itu sendiri......

jumpa lagi....

- Lelamanja  - 13.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN