Make your own free website on Tripod.com
 

Pirdaus Ismail Tok Imam Duit
Allah swt mencipta kesemuanya berpasangan. Lelaki dan perempuan, baik dan buruk, manis dan tawar serta pelbagai lagi. Begitu jua dengan orang-orang alim (ulama). Mereka juga tidak terlepas daripada sifat-sifat buruk, baik dan bernafsu. Ulama yang baik ialah bukan sahaja alim dalam bidang ilmunya serta warak tetapi hendaklah juga faqih (tahu mempraktikkan sesuatu dalam lingkungan syariat) dalam bidangnya. Sebagai contoh, seorang iman solat Maghrib di surau lebuhraya tidak akan berdoa panjang-panjang memandangkan masa dan tempat yang terhad. Makmum ada yang terpaksa segera kerana bas akan bergerak! Kalau berdoa panjang, tempat surau yang terhad tidak dapat bersolat kerana menunggu doa habis.

Bekas Imam, Pirdaus (BIP) berilmu (alim) dan mungkin warak tetapi faqihnya dalam agama boleh dipertikaikan. Mengapa tidak? BIP juga manusia yang bernafsu besar! Tidak cukup dengan ganjaran sebagai imam, malahan bercita-cita terjun dalam bidang politik. Tidak salah beliau berpolitik. Sesungguhnya politik adalah sebahagian dalam Islam yang sempurna. Untuk apa BIP bertanding di Permatang Pauh, atas tiket politik umno yang sekular (agama lain, politik lain). Lebih-lebih lagi beliau tidak secara langsung mengampu dan menjunjung kezaliman yang ada di depan mata. Apakah beliau buta mata hati atau termasuk ulama su'(ulama keduniaan)? Apakah beliau tidak hafiz dan faham surah HUD (113) 'JANGANLAH KAMU CENDERUNG PADA ORANG-ORANG YANG BERLAKU ZALIM KELAK KAMU AKAN DISAMBAR API NERAKA. Sekarang BIP bukan lagi cenderung tetapi menjunjung kezalimam.

Awal-awal lagi Allah swt telah menunjukkan betapa rendah martabat imam sehingga dicela sebagai imam duit. Di atas dunia lagi Allah telah menunjukkan sikap orang alim yang tidak mahu menyatakan kebenaran tetapi bersekongkol dengan kezaliman. Allah juga berfirman, orang alim seperti ini seperti anjing!!! Bukan lagi barua!! Ulama yang tidak berkata benar disifatkan seperti ANJING!!! Beliau amat arif tentang kezaliman yang berlaku di depan mata.

Petang 14/03/04 Pirdaus Ismail telah membuat perjumpaan dengan jentera parti dan walaupun belum menjadi ketua bahagian beliau telah mengarahkan supaya beliau mesti menang. Beliau juga meminta jawapan kenapa beliau dipanggil imam duit.

- Lelamanja - 15.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN