Make your own free website on Tripod.com
 

Imam Dollah And I
Oleh Lemonde (petikan drp marhaen.com)
Tajuk ini diilhamkan dari filem The King and I filem mengenai Raja Siam. Tapi cerita ini hanya berkaitan Imam Dollah Vs Imam Hadi. Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan oleh BERNAMA hari ini, berkata, pendekatan PAS melancarkan serangan peribadi ke atas pemimpin Umno dan kerajaan sebagai modal berkempen dalam pilihan raya umum ke-11 menunjukkan tahap peribadi pemimpin parti itu yang rendah dan tidak bermoral. Parlimen dan DUN dah bubar, kerajaan mana yang beliau maksudkan? Histeria semakin memuncak nampaknya sampai masih dirasakan beliau masih lagi sebagai eksekutif dalam kementerian.

Sebagai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa dari laporan media tempatan, saya tidak akan terus mempercayai dan meyakini apa yang dilaporkan. Saya juga tidak akan mudah memihak kepada mana-mana parti dan membela sesiapa tanpa terlebih dahulu mendapat butiran yang secukupnya. Sepatutnya kita tidak terus menghukum orang begitu dan begini hanya dengan membaca apa yang ditulis di akhbar. Kaedah Islam dalam menggarap soal laporan dari pihak-pihak tertentu sudah jelas. Sebagai contoh, kita lihat laporan New Straits Times 7 Mac 2004 'Pas chief slammed over remarks' yang fokusnya terhadap bidasan pelbagai pihak terhadap Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan kembali kepada sikap lamanya apabila mula melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pokok persoalan yang menjadi modal histeria media ini ialah soal Abdullah Badawi jadi imam semasa bulan Ramadan baru baru ini.

Presiden PAS dikecam kerana, sekali lagi, kita kutip dari apa yang ditulis akhbar, bukan “apa yang sebenarnya dikatakan” yakni Presiden PAS itu dipetik berkata Abdullah hanya mahu menarik perhatian umum apabila mengimamkan solat tarawih ketika bulan Ramadan lepas tetapi tidak mengimamkan solat jenazah ibunya.

Soal kredibiliti atau kebolehpercayaan media Melayu arus perdana kini patut kita ketengahkan juga dalam memperincikan soal ini. Sebagai manusia yang arif tentang kaitan akhbar Melayu dengan tuan tuan politik mereka sudah saya ketahui dalam beberapa buku yang pernah saya baca seperti buku karangan Said Zakaria bekas Ketua Pengarang Utusan dulu. Utusan Malaysia, Berita Harian, Bernama, The Star dan New Straits Times mengingatkan saya kepada HMV (His Masters Voice) satu jenama yang pernah tercatat di piring hitam zaman muzik menggunakan gramofon.

Walaupun saya tidak tahu sepenuhnya apa yang dikatakan oleh Hadi Awang terhadap Abdullah Badawi mengenai imam solat terawih itu, saya sebenarnya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana “imam” itu mendapat sorotan sensasi di kesemua media arus perdana seolah olah orang Melayu kini baru ketemui seorang mahadi yang boleh imamkan sembahyang. Baru sekarang Melayu ada pemimpin politik yang mampu mengimami solat. Inilah satu satunya insan bakal memandu Melayu ke jalan islah. Begitulah persepsi atau faham yang seolah olah cuba ditanamkan ke benak audien yang menonton TV dan membaca akhbar.

Abdullah Badawi sebagai public figure dan sorotan media terhadap apa yang beliau lakukan punyai impak atau dampak yang meluas pengaruhnya. Orang politik cukup tahu hal ini begitu juga orang media. Selain dari kesan sensasi yang pendek usianya seperti mana pendek usianya trend-trend muzik alternatif dan hip hop, kesan lain yang bakal diwujudkan dan lebih panjang usia serta dampaknya ialah kesan pengharapan agar sesuatu itu berlaku terus menerus atau konsisten. Sekali kita beraksi sebagai imam, di lain masa orang akan mencari kita lagi untuk itu kerana faktor “mengharap” dari makmum. Dalam kes Abdullah Badawi ini, sorotan dan sensai menjadi imam yang berlaku dalam tempoh awal 100 hari sahaja dan selepas itu tiada lagi paparan atau sensasi PM sebagai imam.

Saya sebagai audien atau penonton dan pembaca di rumah sendiri boleh, membuat andaian bahawa kesemua itu hanyalah satu publicity stunt, berdasarkan kepada perangai media tempatan dan watak watak pemimpin politik. Saya juga sudah terlalu muak dengan cara kerja media arus perdana menjelang pilihanraya. Gelagat dan cara kerja lebih hina dari kerja seorang pelacur. Saya juga mau Muhyiddin Yassin terus menerus memantau gelagat kesemua mereka yang terlibat dalam pilihanraya ke 11 ini dan catatkan siapakah yang lebih rendah tahap peribadi dan tidak bermoral langsung yang suka menyerang peribadi lawan. Masih ingatkah cakap cakap Mahathir dalam perhimpunan agung UMNO dulu?

TERKINI dari malaysiakini.com
It looks like DAP renegade Goh Kheng Huat will officially cross over to Keadilan very soon, taking along with him the Nibong Tebal parliamentary seat which he is likely to defend at the coming polls.

Jentera kerajaan bolehlah UMNO control, hati dan pilihan manusia UMNO BN boleh control?.

- Lemonde - 07.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN