Make your own free website on Tripod.com
 

JKKK Jin Kacau Kampung Buat Laporan polis
Bendera BA Mula Menguasai Parlimen Permatang Pauh
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Perang Bendera di Permatang Pauh telah merebak sehinggakan UMNo mula naik gelabah
untuk memasang di tempat tertentu. Pada malam 2 hari yang lalu satu perang besar telah berlaku di mana para juak UMNO cuba meletakkan khemah sebagai satu strategi membuktikan bahawa mereka mempunyai banyak cawangan di kawasan Permatang Pauh walaupun tidak mempunyai ahli.

Dengan cara ini ramai yang beranggapan bahawa UMNo masih mempunyai banyak ahli di sini. Bagi UMNO,  wang memang tidak menjadi masalah besar kerana sesiapa sahaja yang sanggup menubuhkan cawangan akan mendapat habuan yang lumayan. Maka dalam satu kawasan yang berhampiran dengan bangunan UMNO Permatang Pauh, lebih kurang 500 meter, salah seorang ahli JKKK cuba menubuhkan sebuah  kubu  UMNO. Walaupun sebelum pilihan raya kawasan ini tidak nampak pun cawangannya.

Pada mulanya, mereka (UMNO) berjanji bagi memberikan kadar sewaan sebanyak RM1000 kepada pemuda kampung, namun sebaliknya hanya memberi RM500 sahaja. Keadaan menjadi lebih tegang apabila suasana ini turut mendapat campur tangan JKKK kampung Semambu. JKKK yang di kenali sebagai Pak Ngah hanyalah seorang penjual mee sup dengan kata lain sebagai seorang penjaja kecil-kecilan sahaja. Namun oleh kerana habuan yang di terimanya , beliau sanggup bertegang urat dengan pemuda kampung tersebut yang rata-ratanya menjadi ahli Barisan Alternatif Pihak polis terpaksa di panggil bagi menyelesaikan bayaran yang diminta dan akhirnya sehingga jam 3.00 pagi pada hari tersebut penyelesaian dapat di capai.

Apa yang ingin di jelaskan di sini ialah bagaimana;  pertamanya UMNO sanggup menipu demi kepentingan mereka, keduanya; harta umum  iaitu gelanggang sepak takraw yang dibina dengan wang sendiri oleh penduduk kampung dianggap sebagai harta mak bapak UMNo sendiri. Inilah budaya yang masih wujud dalam pemikiran mereka-mereka yang mengaku UMNO.

Jika inilah caranya UMNo berhadapan dengan orang kampung, maka tidak mustahil jika mereka akan tetap kalah di kawasan Permatang Pauh ini, anak cucu kita akan di tindas mereka, harta awam akan di anggap sebagai harta mak bapak mereka, kroni-kroni mereka akan kaya raya dan orang lampung akan tetap papa kedana.

Tujuan kita memangkah Barisan Alternatif adalah sebagai protes kita kepada tindak tanduk para jonggos UMNo yang merasa gah tak kena pada tempatnya. UMNO silap, kerana sikap gah dan sombong membabi buta. UMNo juga silap kerana membiarkan mereka-mereka yang masih berada di bahagian Permatang Pauh menonjolkan diri , padahal mereka juga adalah penyamun dan penyangak segala bentuk harta dunia. Benarlah kata-kata bekas YB Ahmat Saad bahawa UMNo akan tetap kalah jika muka-muka inilah yang masih menguasai Parlimen Permatang Pauh?????????

Maka kerana itu kita harus berjanji bahawa jangan biarkan anak cucu kita memangkah UMNo agar dapat memberi mesej kepada para penyokong UMNO bahawa parti mereka kian mereput ditelan para pemimpin kaki penipu. BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN BUAH TELOQ MEREKA.

- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - (suntingan M@RHAEN) - 10.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

.

Sertai Maillist M@RHAEN