Make your own free website on Tripod.com
 

Imam Komanwel diboooo masyarakat Permatang Pauh dengan panggilan Imam duit
Parlimen Permatang Pauh: 
Calonnya DS Wan Azizah Bakal Kekalkan Kerusi

Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Penamaan calon Parlimen Permatang Pauh nampaknya telah memihak kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut iaitu isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Datin Sri Wan Azizah Ismail. Walau pun ramai pihak yang menyatakan bahawa ramainya yang hadir memihak kepada beliau tidak semestinya membawa kemenangan, namun ada beberapa sebab kenapa perkara ini boleh di perjelaskan melalui kehadiran ribuan pengundi di kawasan tersebut.

Pertamanya , didapati bahawa UMNo bahagian telah didapati membawa seramai 200 pelajar Politeknik Permatang Pauh dan juga mengangkut para penyokong dari Butterworth dan juga beberapa kawasan sekitar yang tidak mengundi di Permatang Pauh.

Keduanya kehadiran para penyokong dengan bas-bas yang dibayar sebanyak RM25 seorang dan bekalan nasi bungkus serta air mineral (setakat air mineral aku pun mampu belanja)

Ketiganya, wajah Imam Komanwel berubah dan menunjukkan bahawa beliau tidak tahu tentang pembangunan yang terdapat di Permatang Pauh. Apa yang beliau ucapkan dalam akhbar mengenai pembangunan tu, sebenarnya penamaan calon dibuat di Maktab Perguruan. UMNO jemput pelajar Politeknik di Permatang Pauh bukan pembangunankah, yang Imam Dollah datang rasmi UiTM di Permatang Pauh bukan pembangunan kah, berdekatan dengan maktab tu IKTBN bukan pembangunan kah .Macam tu nak jadi ahli Parlimen Permatang Pauh??  Sebenarnya kalau nak carikan pembangunan jenguk-jenguklah di sebelah Kepala Batas atau bertanding di Baling, atau di Kawasan Kuala Lipis kah atau di mana-mana tempat yang lain. Janganlah nak memperbodohkan rakyat tempatan untuk bertanding kalau kawasan sendiri pun tak pernah sampai.

Pada keseluruhannya, penamaan calon yang telah di sahkan ini membuktikan bahawa DSWA akan mendapat laluan mudah untuk mengekalkan kerusi.

Namun harus diingat bahawa kerjasama dan semangat kuat para penyokong harus di teruskan dan jangan dibuai mimpi kerana UMNo akan mencuba berbagai cara bagi menangani masalah mereka di Permatang Pauh. Selamat berjuang.

- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - (suntingan M@RHAEN) - 13.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com
 

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

.

Sertai Maillist M@RHAEN