Make your own free website on Tripod.com
 

Kenyataan Media Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
President Parti KeADILan Rakyat

Kiirman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Maklumat yang saya terima dari kempen yang telah dijalankan oleh pihak UMNO/BN bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dan diberikan tahanan dalam rumah. Maklumat ini adalah karut dan satu pembohongan besar dari pihak UMNO/BN.

Anak-anak saya baru sahaja balik dari melakukan lawatan mingguan semalam (13.03.2004) dari penjara Sungai Buluh dengan membawa pesanan Saudara Anwar Ibrahim bahawa beliau masih tetap kuat dan bersemangat walau berada di sebalik tirai besi.

Beliau juga berpesan melalui anak saya agar para pengundi memenangkan calon-calon Barisan Alternatif. Lawan sampai menang. InsyaAllah.

Datin Seri Wan Azizah Binti Dato’ Hj Wan Ismail
Presiden Parti KeADILan Rakyat Malaysia

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi  - 14.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

.

Sertai Maillist M@RHAEN