Make your own free website on Tripod.com
 

PRU 2004 - Berani Berubah
Walaupun BN telah memenangi PRU 1999, namun egonya telah tercalar teruk dengan kekalahan beberapa orang menteri bahkan TPM sekarang ini pun hampir tersungkur jika tidak kerana 2000 lebih undi pos pihak tentera yang dimanipulasikan mereka. Kemerosotan mereka begitu ketara di kawasan Melayu yang marah dan jengkel atas isu Agama dan juga kes fitnah politik ke atas Anwar Ibrahim. Ianya adalah hasil kerja tangan Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Kini DS Abdullah menjadi nakhoda baru yang hebat cakapnya soal rasuah dan keselamatan dalam negeri. Setelah beberapa kes yang diseret, perang rasuahnya telah segera di’brek’. Kelentungannya soal berkait orang Melayu yang difitnah dengan JI dan KMM dengan segera tertempelak ke mukanya apabila kes syarikat Scope milik anaknya yang telah menjadi ejen membekalkan peralatan nuklear di pasaran gelap didedahkan kepada umum. Orang Melayu yang kecil dan bukan ahli Umno terus dianiaya 2 tahun lagi dalam ISA walau tiada buktinya, manakala anak kesayangannya dibersihkan dalam akhbar oleh PDRM sedangkan beliau jelas menjadi pembekal alatan nuklear.

PAS/BA yang memerintah Kelantan dan Terengganu telah membuktikan kemampuan mereka menjadi pemerintah walau telah ditekan hebat oleh kerajaan Pusat. Dalam kesusahan mereka masih berupaya mentadbir sambil membuang duri yang dibuat kerajaan Umno seperti tol jambatan, cukai pintu dan mengecilkan operasi judi dan arak.

Umno-BN sedar betapa faktor kejahilan dan keangkuhan Tun Mahathir adalah penyumbang kepada kemerosotan sokongan rakyat. Pengamalan rasuah, tender terus projek kerajaan serta sikap anti-Islam secara lantangnya telah memberi imej yang buruk kepada Umno. Mereka perlu melakukan perubahan. Malangnya mereka memilih kaedah yang silap dan tersasar.

Setakat gambar PM menunjuk prihatin kepada isterinya dengan sambutan di KLIA sambil berjalan memeluknya dengan mesra atau gambar mereka berduet membaca doa di kuburan ibunya, Arwah Datuk Kailan, tidak akan mendatangkan bekas dan kesan. Begitu juga gambar ia bersembahyang menjadi Imam. Ia lebih bercorak peribadi.

Sehingga kini, tiada kesungguhan membetulkan kesilapan Tun seperti dalam kes KMM dan JI. Isu rasuah akan terperap begitu sahaja kerana ia mampu menyeret sebahagian besar anggota kabinet. Manakala ekonomi terus tenat sehingga kerajaan mengeluarkan surat gadai (bon) dan terpaksa menjual saham pegangan Khazanah kepada Singapura. Tahu kah kita duit bon akan diguna untuk belanja urus negara dan sebahagiannya akan diguna untuk membayar bunga bon lama dan tarikh melunaskan hutang itu akan diseret lagi ke hadapan? Bermaknanya hutang negara akan terus bertambah mekar dan membebankan rakyat. Apakah kita akan terus membenarkan salah pengurusan yang sebegitu?

Akhbar dan media akan terus memutar dan membuat cerita merapu supaya rakyat sekali lagi lena dan terkena. Rasanya  sudah cukup kealpaan yang kita lakukan di masa lalu. Mulakan langkah baru dengan mengucapkan selamat tinggal kepada parti Biru Tua itu dan memberi peluang kepada kerajaan baru pula berkhidmat kepada rakyat. Proton kata- Berani berubah. Marilah kita mengundi Barisan Alternatif!!!

- Lukons - 13.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN