Make your own free website on Tripod.com
 

Maklum Balas Diperlukan
Sejak beberapa hari yang lalu, akhbar-akhbar ada menyiarkan sungutan para pelajar, ibu bapa dan guru berhubung keputusan mata pelajaran Teknologi Maklumat SPM. Rata-rata mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan yang diterima para pelajar. Webmaster turut menerima beberapa emel yang menyentuh perkara yang sama. Sehubungan itu, Laman M@RHAEN amat-amat berharap, sekiranya ada pelajar, ibu bapa ataupun guru-guru yang terlibat dengan masalah berkenaan, dapat menghubungi webmaster M@RHAEN dengan memberikan maklumat yang berkaitan seperti nama sekolah dan jumlah pelajar yang terlibat.

Kita tidak mahu isu yang sepenting ini disembunyi daripada pengetahuan umum. Namun begitu, kita juga tidak mahu ianya menjadi isu tanpa sebarang maklumat dan fakta yang kukuh. Selain itu, kami juga ingin mengetahui sejauh mana masalah ini berlaku, sama ada ianya melibatkan sekolah-sekolah tertentu, negeri-negeri tertentu atau pun melibatkan seluruh negara.

Kepada para pelajar, ibu bapa ataupun guru yang terlibat, sekali lagi dipohon memberikan maklumat yang berkaitan. Untuk keselamatan pihak pemberi maklumat, Nama pengirim serta nama sekolah yang terlibat AKAN DIRAHSIAKAN kerana tujuan kami hanyalah untuk mengesahkan isu yang ditimbulkan oleh para pembaca dan juga melalui emel yang diterima, adalah berasas. Maklumbalas anda diperlukan dengan kadar segera.

Hantarkan maklumat anda kepada: webmarhaen@yahoo.com atau marhaen3@lycos.com.

- Webmaster M@RHAEN 17.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN