Make your own free website on Tripod.com
 

BANCIAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE: PETANDA PAS MENANG?
Penulis baru sahaja membuka website akhbar Utusan Malaysia atau Utusan Malaysia online di www.utusan.com.my.  Penulis turut mengundi dalam bancian pilihan raya untuk mendapat jawaban sebenar. Oleh kerana penulis cenderung terhadap politik BA-Pas yang mahukan undang-undang dan pentadbiran Islam, maka itulah pilihan penulis.
 
Tanpa diduga pilihan penulis adalah pilihan popular iaitu 62 peratus daripada lebih lapan ribu pengundi di sana. Penulis yakin jika Utusan Malaysia online meneruskan bancian pilihan raya ini, peratusan pengundian sebagaimana pilihan penulis akan terus meningkat. Kesimpulannya Undang-undang Islam (Syariah / Hudud) dan pentadbiran Islam adalah isu pilihan pengundi Melayu Islam.
 
Penulis yakin jika Bernama, Berita Harian dan Agendadaily juga mahu cuba-cuba menduga keinginan pengundi seperti sama ada pengundi mementingkan pembangunan berwawasan atau keadilan sosial secara Islam, jawabannya sama seperti dalam Utusan Malaysia Online. Islam adalah pilihan ramai.

- Mandalaputra - 14.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN