Make your own free website on Tripod.com
 

Bekas Imam Besar Akan Malu Besar di Permatang Pauh
Oleh Mat Sepai


Kerana tergamam dengan laungan Takbir Allahuakbar dan laungan reformasi daripada hampir 4000 penyokong Barisan Alternatif ( akhbar melaporkan hanya 1000 orang je ) di pusat penamaan calon di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, penentang Wan Azizah iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara telah melakukan aksi yang memalukan di depan ribuan penyokong BA dan Umno. Dengan aksinya yang “over action”, Ustaz Pirdaus semakin mencemarkan imejnya selepas menjadi calon Umno di Parlimen Permatang Pauh.

Pirdaus tidak terlepas daripada “rasuah politik” yang telah menjadi darah daging Umno dari dulu,kini dan selamanya, apabila beliau sendiri mula menyogok RM dan sekampit beras kepada pengundi-pengundi di sekitar Permatang Pauh yang diadakan di beberapa buah masjid di sini. Dengan sogokan RM50.00 kepada setiap ibu tunggal di Parlimen Permatang Pauh dengan alasan “bantuan ikhlas daripada calon BN” mengesahkan status sebenar ulama umno ini. Malah diberitakan, isterinya yang turut berkempen telah mengunjungi rumah salah seorang penduduk miskin telah menolak “pemberian ikhlas beras sekampit” untuknya.

Tidak cukup dengan itu, penulis terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan penulis yang berjawatan dan masih bermazhab umno bahawa perarakan bermotosikal antara 100 pemuda BN dengan deruan membingitkan telinga pada setiap malam hari merupakan idea Ustaz Pirdaus. Mungkin mereka sedang dilatih untuk menjadi pelumba terkenal @ pelumba haram suatu hari nanti atau  mungkin inilah usaha dakwah kepada pemuda yang ingin diperkenalkan oleh bekas Imam Masjid Negara ini.

Namun perkara yang lebih menarik ialah tentang sambutan rakyat Permatang Pauh terhadap Ustaz Pirdaus. Umpamanya ketika mengunjungi Pasar Malam Kampung Petani bersama Pak Nan calon “recyle Umno” untuk DUN Permatang Pasir mereka telah disambut dengan kata-kata sindiran daripada pengunjung mahupun peniaga di situ.

“Nak bersalam dengan kami bagi RM200.00, baru boleh bersalam.”
“Muka-muka inilah dulunya yang cium tangan Anwar Ibrahim.” Antara
kata-kata berbisa daripada pengunjung pasar malam yang terpaksa ditelan.

Begitu juga apabila mereka mengunjungi ke rumah jenazah di kampung berkenaan. Soal jawab secara tidak rasmi dengan beberapa orang penduduk di situ berkaitan isu kezaliman terhadap Anwar Ibrahim menjadikan Ustaz Pirdaus terkedu. Apabila disoal “ Takkan tak kasihan dan ingatkan DS Anwar di dalam penjara,” Beliau menjelaskan kononnya akan membantu membebaskan Anwar. Namun apabila ditanya, “Bagaimana ?” Beliau diam seribu bahasa. Malah ada yang berterus terang kepada beliau, bahawa titlenya sebagai Al-Hafiz telah musnah kerana tindakannya menjadi calon Umno, lebih-lebih lagi kerana bertanding di Permatang Pauh.

Imej agamanya yang telah merudum semakin menjunam, apabila beliau tidak dipelawa pun menjadi imam sewaktu mengunjungi Masjid Kubang Semang. Malah hanya menjadi makmum dengan “tok bilal” masjid berkenaan. Malah, Pak Nan yang mengiringi Pirdaus, turut ditegur salah seorang ahli jemaah kerana baru kini menjenguk masjid berkenaan setelah sekian lama tidak mempedulikan masjid yang bernilai sekitar RM2 juta yang dibina tanpa bantuan wang kerajaan itu

Begitu juga apabila beliau mengunjungi sebuah masjid di DUN Permatang Pasir, apabila kasutnya turut disembunyikan. Statusnya sebagai bekas Imam Masjid Negara tidak lagi dihormati apabila memilih Umno sebagai wadahnya. Masyarakat setempat telah menunjukkan protes terhadap beliau dengan tindakan-tindakan mereka .

Bukan hendak cakap besar, bukan nak mendabik dada, tapi kalau pemimpin-pemimpin lama Umno di Permatang Pauh hatta Pak Lah sendiri tak berani nak bertanding di sini, kerana mengetahui realiti sebenarnya - maka Ustaz Firdaus akan menerima bahananya.

Rata-rata pengundi yang ditemui mempersoalkan, Islam bagaimanakah yang cuba diketengahkan oleh umno melalui Ustaz Firdaus ? Menurut mereka, jika mengundi ustaz Firdaus, ini bererti mereka menyokong kezaliman terhadap Anwar, menyokong ISA, mengizinkan keruntuhan institusi kehakiman, merebakkan rasuah, menindas hak rakyat, dan lebih utama ulama-ulama Umno turut menolak Hudud.

Tertarik dengan komen sdr. Azmi usahawan perabot bumiputera yang terkenal di sini, “ Ustaz Firdaus memang nak Islam, tetapi beliau tak nak syariat, buktinya jelas apabila ulama-ulama Umno termasuk Ustaz Firdaus mendiamkan diri seribu bahasa apabila Zaid Ibrahim menentang enakmen hudud Kelantan di mahkamah”.

Dalam pada itu, program-program BA yang melibatkan Kak Wan, Sdr Anwar Shaari (calon DUN Penanti), Sdr Hamdan ( calon DUN Permatang Pasir ) dan Dr. Mansor (calon DUN Seberang Jaya ) terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pengundi Permatang Pauh. Beberapa orang keluarga bukan Melayu yang sempat ditemui calon BA memberikan pengakuan secara jujur akan mengundi BA kali ini walaupun mereka mengakui telah mengundi BN pada pilihan raya lepas. Malah ada di antara mereka secara spontan meminta borang KeADILan kepada calon DUN tersebut untuk menjadi ahli, hal ini disaksikan sendiri oleh penulis sewaktu bersama-sama dalam program calon tersebut.

Apa yang pasti- BA akan terus mempertahankan Parlimen Permatang Pauh, DUN Penanti, Permatang Pasir dan merampas Seberang Jaya- InsyaAllah Pirdaus akan dimalukan pengundi Permatang Pauh!!

* GEMPAR … tunggu pendedahan skandal peribadi Pirdaus !

- Mat Sepai - 17.03.2004 (suntingan M@RHAEN)  (Maaf kerana terdapat kesilapan bahan yg disediakan sebelum ini)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Disebabkan masalah penggunaan 'bandwidth' yang terhad akibat pertambahan jumlah akses pengunjung yang mendadak, beberapa gambar mungkin tidak dapat dilihat.
 

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN