Make your own free website on Tripod.com
 

Konvoi Bermotosikal Pemuda Umno Di Permatang Pauh Terkejut Besar
Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH-17 Mac. Kerana tidak tertahan dengan gelagat “ala samseng” pemuda-pemuda bermotosikal Umno yang diupah RM30.00 seorang, pemuda-pemuda yang membawa bendera BA pula mula bertindak balas. Pada setiap malam sekitar 100 pemuda bermotosikal Umno akan berkonvoi dengan membunyikan enjin dengan kuat untuk mengganggu ceramah-ceramah BA. Senario ini telah berlanjutan setiap malam selepas bermulanya hari penamaan calon, tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa polis, pemantau SPR malah pemimpin Umno sendiri.

Semalam, pemimpin dan pemuda Umno terkejut beruk apabila tiba-tiba muncul sekumpulan hampir 300 “pemuda bermotosikal BA” di hadapan bangunan Umno Permatang Pauh yang menimbulkan sedikit kekecohan dan kesesakan jalan raya yang teruk hampir setengah jam. Konvoi besar tanpa arahan pihak pimpinan BA ini telah menyebabkan pihak polis dan pemantau SPR dipanggil untuk campur tangan. Beberapa sekatan jalan raya terpaksa dilakukan untuk meredakan keadaan.

Konvoi besar ini yang boleh dianggap sebagai “tanda bantahan remaja BA” terhadap tindakan “ala samseng pemuda Umno” sejak beberapa hari lalu.

“Kami duk geram lama dah, kalau depa boleh buat, nak tunjuk lagak, kami juga boleh buat. Kami harap tindakan kami ini membuka mata pihak berkuasa dan pemimpin Umno agar menghormati kami”-demikian luahan rasa daripada salah seorang remaja BA yang turut ikut serta dalam konvoi tersebut.

Penulis difahamkan, selepas kejadian malam ini tidak akan ada lagi konvoi bermotosikal pada waktu malam di Permatang Pauh daripada mana-mana parti.

- Mat Sepai - 18.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak beroperasi sementara - terlebih langganan bandwidth!)
 

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN