Make your own free website on Tripod.com
 

Azmin Cabar Pirdaus Berdebat Di Permatang Pauh
Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH-18 Mac. Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali yang dinafikan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini mencabar Ustad Pirdaus Ismail untuk berdebat secara terbuka dengannya di Permatang Pauh. Beliau menyatakan demikian di ceramah BA yang diadakan di Markas PAS, MTD Permatang Pasir. Turut hadir ialah Ustad Taib Azamuddin, Kak Wan dan calon ADUN Permatang Pasir Hamdan Abdul Rahman.

Menurut Azmin, beliau akan meminta Pirdaus menyatakan pendiriannya secara terbuka antaranya berkaitan isu bantuan SAR, isu kezaliman terhadap DS Anwar, tahanan tanpa bicara ISA, pelaburan tabung haji di kaunter judi @ percetakan kitab-kitab Kristian, dan beberapa isu-isu lain sama ada selaras dengan Islam ataupun tidak.

“Pirdaus tidak mungkin mempunyai kekuatan untuk menegur penyelewengan pimpinan umno/BN, sekali Pak Lah batuk, 5 bulan Pirdaus demam,” ujarnya berseloroh.

Isu pembangunan yang dibawa Pirdaus dalam kempennya, merupakan isu lapuk. Rakyat Permatang Pauh sedar pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan pusat. Mengapakah Pirdaus menutup mulut untuk bercakap tentang isu ketidakadilan dan penyelewengan Umno/BN?  Jika pilih Umno baru ada pembangunan, bagaimana dengan Singapura, Britain atau Amerika? Umnokah yang memerintah di sana? Goh Chok Tong tu Pengerusi JKKK Permatang Pasir ke? soalnya kepada hadirin.

Manakala itu bekas Imam Besar Masjid Negara, Taib Azamuddin pula memaklumkan bahawa beliaulah yang bertanggungjawab membawa Pirdaus ke “jawatan sangkut” sewaktu negara dilanda kemelesetan ekonomi yang melibatkan pembekuan jawatan Perkhidmatan Awam. Gajinya dibayar menggunakan wang tabung masjid Negara RM1200.00 sebulan ketika itu.

“Kalaulah saya tahu yang dia akan masuk Umno dan menentang Kak Wan, tak nak saya rekomen dia dulu” ujarnya disambut gelak ketawa hadirin.

“Sebagai hafiz takkan dia terlupa ayat-ayat al-Quran yang melarang orang Islam bersekongkol dan membantu orang-orang yang melakukan kezaliman, penindasan, dan rasuah seperti mana yang dilakukan pimpinan Umno/BN sekarang.”

Masyarakat Permatang Pauh perlu menolak imam seperti ini yang disifatkan Taib terlalu mentah dalam bidang politik. Pirdaus terperdaya dengan janji-janji manis pemimpin umno.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut Pengarah MTD Permatang Pasir, Tuan Haji Shafie, beliau berkeyakinan seratus peratus –insyaAllah, PAS akan mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan menambahkan majoriti kemenangan pada pilihan raya dulu.

“Kita telah bekerja keras sepanjang masa, sejak empat tahun lalu, pertambahan majoriti kemenangan ini juga akan membantu kemenangan Kak Wan di Parlimen Permatang Pauh.” ujarnya.

DUN Permatang Pasir telah dimenangi oleh PAS melalui Hamdan Abdul Rahman selaku Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dengan majoriti selesa 3194 undi. Pada pilihan raya kali ini beliau akan ditentang oleh calon recyle umno, Pak Nan yang turut ditolak oleh majoriti penduduk Kampung Pelet- kampungnya sendiri, sehinggakan bilik gerakan Umno yang selalunya beroperasi di rumahnya tidak dibuka untuk pilihan raya kali ini.

- Mat Sepai - 19.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com(tidak beroperasi sementara - terlebih langganan bandwidth!)
 

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN