Make your own free website on Tripod.com
 

Pengarah MTD:
PAS Akan Tambah Majoriti Kemenangan di KADUN Permatang Pasir
Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH-18 Mac. Menurut Pengarah MTD Permatang Pasir, Tuan Haji Shafie, beliau berkeyakinan seratus peratus –insyaAllah, PAS akan mengekalkan kerusi KADUN Permatang Pasir dengan menambahkan majoriti kemenangan pada pilihanraya dulu.

“Kita telah bekerja keras sepanjang masa, sejak empat tahun lalu. Dengan kerja kuat para petugas daripada PAS dan Keadilan, tambahan pula perkhidmatan yang cemerlang daripada bekas ADUN kita selama ini , akan membantu  kita mengekalkan kemenangan lalu dengan majoriti yang akan bertambah - insyaAllah .” katanya.

“Strategi yang kita susun selama ini berjalan lancar. Pertambahan majoriti kemenangan ini juga merupakan bonus untuk membantu kemenangan Kak Wan di Parlimen Permatang Pauh.” ujarnya.

“Setakat ini, cula undi yang kita buat kemenangan terus memihak kepada kita.”

“Namun begitu kita tidak boleh lalai, dan memandang rendah usaha Umno untuk merampas kembali kerusi ini. Usaha dan kerja kuat para petugas hendaklah sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” sambungnya.

DUN Permatang Pasir telah dimenangi oleh PAS pada pilihanraya 1999 melalui calonnya Hamdan Abdul Rahman selaku Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dengan majoriti selesa 3194 undi . Pilihanraya kali ini beliau akan ditentang oleh calon “recyle umno”, Pak Nan yang turut ditolak oleh majoriti penduduk Kampung Pelet- kampungnya sendiri, sehinggakan bilik gerakan Umno yang selalunya beroperasi di rumahnya tidak dibuka untuk pilihanraya kali ini.

- Mat Sepai - 19.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com(tidak beroperasi sementara - terlebih langganan bandwidth!)
 

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN