Make your own free website on Tripod.com
 

BAHAN EDARAN PILIHAN RAYA UMUM
Saranan Kepada Pengundi Pos
Oleh Vic Morrow
Tugas pejuang Islam bertambah-tambah rumit dan sangat sukar apabila Najib bercakap pasal Islam. Bukan Islam di Malaysia terutama wartawan bukan Islam menjadi bertambah keliru, tetapi ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam walaupun mereka hardcore UMNO kerana mereka lebih kenal Najib dari orang-orang BA.

3 FAKTOR YG AKAN MEMBANTU NAJIB DI PEKAN

1. Undi dari Hardcore UMNO.
2. Undi dari Orang Asal.
3. Undi dari Kem Tentera. Kem BT. 9 (Udara) dan Kem BT 10(Darat)dan Tanjung Gelang (Laut).

Sebagai Menteri Pertahanan, Najib akan mengeluarkan arahan `ugutan lisan`, kepada Panglima Angkatan Tentera.

Nasihat kepada Pengundi Pos di ketiga-tiga kem tersebut, anda tidak perlu patuh kepada `arahan bodoh` dari Pegawai Pemerintah anda sekiranya ada taklimat menghendaki anda wajib memangkah BN.

Apa jua alasan yang diberikan, contohnya; `ini arahan pihak atasan`. Anda tidak perlu takut untuk membantah oleh sebab berikut.

1. Hak memilih parti yang akan membentuk kerajaan ada termaktub didalam AKTA 72.

2. Arahan seperti `arahan pihak atasan` yang datang kemudiannya tidak boleh bertentangan dengan AKTA 72. Setakat ini pindaan terhadap AKTA 72 berhubung pilihanraya tidak pernah dipinda.

3. Arahan bodoh seperti `arahan pihak atasan` pasti datangnya dalam bentuk lisan sahaja, kerana tiada mana-mana pegawai yang berani menandatangani arahan tersebut, mahupun Najib sebagai MENTAH, PAT apalagi Pegawai Pemerintah unit.

4. Pegawai Pemerintah tidak boleh `charge` anda kerana tiada Seksyen Pertuduhan yang boleh dibuat. Sila semak dengan Ketua Kerani dan RSM anda.Lebih baik semak sendiri.

5. Anda berhak untuk menolak hukuman dari Pegawai Pemerintah dan minta dibicarakan di Mahkamah Tentera. Sanggupkah mereka melakukannya, kerana tiada asas kesalahan anda.Berapa ribu jumlah anda utk diadakan `court marshall`. Bagaimana pula dengan tugas yang terpaksa anda tinggalkan jika anda semua di`court marshall`kan. Mahukah mereka kehilangan `man power` sebegitu ramai hanya untuk kepentingan seorang. Apa yang pasti Pemerintah Unitlah orang terakhir akan menerima `pressure`.Tabahkan hati.Ugutan lisan sahaja.

6. Kebimbangan (Pengundi Pos)akan lebih dirasai oleh mereka berpangkat Pegawai Bertauliah, kerana mungkin di`black list` kenaikan pangkat.Jika ini pilihan terakhir anda perlu `rosakan` undi dengan memangkah kedua-dua pilihan, jangan dibiarkan kertas undi kosong, kerana tangan hantu akan memangkah untuk anda.

7. Contohilah kebijaksanaan dan keberanian Pengundi Pos di pilihanraya kecil Telok Kemang dan Pengundi Pos dari TLDM Lumut. Ingat! hak memilih parti untuk membentuk kerajaan adalah hak kita.

8. Surat pembaca diharakahdaily ada memohon supaya pemimpin BA memberi perhatian kepada anggota tentera, jadi inilah masanya Pengundi Pos (Tentera) memilih pemimpin BA untuk diselaraskan dengan permohonan surat pembaca tersebut.

Saranan ini untuk seluruh warga tentera dari Perlis sampai ke Sabah terutama Kem Batu 9, 10 dan Tanjung Gelang.Disaat anda bergelumang dengan pacat dan lintah,duri dan onak, dilambung ombak ditengah samudera, terhoyong hayang didalam jerubu kerana membuat `pembenihan awan`,koperat keparat inilah membalun harta negara dan diberi pingat pula yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Bonus yang tak seberapa dibayar sebanyak 2 kali. Kenapa Lembaga Tabung tidak membayar 15% yang dicarumkan oleh kerajaan, sedangkan anda tidak pernah membantah selama 22 tahun, diperlakukan seperti kerbau dan lembu.

Apabila BA mengambil alih, pertama sekali beritahu mereka AKTA 72 perlu disemak dan dirombak semula, kerana Hamid Albar `cakap tak serupa` bikin. Beliau sendiri mengakui AKTA 72 berat sebelah.Buat kerja tak habis.`Ambil lah kesempatan pada hari ini, sebagai persiapan untuk hari anak cucu kita`. Ingatlah Pengundi Pos dikem Batu 9,10 dan Tanjung Gelang, Najib disukai Amerika.Jangan ada lagi Musharraf ke 2 di Malaysia.

Untuk Roslan Kassim dan 57 Buih-buih yang tak berguna, anda akan berhadapan dengan wira yang tak dikenang. Anda telah mengkhianati undi yang mereka telah berikan diTelok Kemang dulu.Sila pergi Roslan...mereka menunggu anda. Cukupkah jumlah yang anda bawa dengan jumlah mereka yang menuggu. Anda pernah membakar semangat mereka...kini anda akan terbakar bila berhadapan dengan mereka.

Untuk webmaster BA sila siarkan artikel ini di website anda, anda boleh edit mana yang perlu.

Vic Morrow - 28.02.2004 - Petikan drp FGR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN