Make your own free website on Tripod.com
 

PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU (Bahagian 2)

Assamu'alaikum wm.wbt

1. UMNO MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA SEBUAH SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

UMNO apabila bercakap dengan rakyat terutama ketika berhadapan dengan pilihan raya, lembut gigi daripada lidah. Kata-kata penuh bermadah. Kalau dulu, rakyat banyak disediakan dengan kemudahan awam yang tidak berbayar, kini semuanya kena bayar. Malaysia telah dijadikan sebuah syarikat sendirian berhad.

Kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana apatah lagi kehidupan orang-orang kampong yang mencari makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang telah mengalami kehidupan yang sengsara terutama yang mempunyai keluarga besar. Pada umumnya, golongan inilah yang mempunyai keluarga yang besar berbanding golongan berpendidikan dan berpendapatan tinggi. Dan golongan ini juga yang tetap akan memberi undi kepada UMNO setiap kali pilihan raya kerana mereka dijanjikan macam-macam sebagai umpan untuk mengundi mereka. Selepas pilihan raya, calon yang dipilih itu akan menghilangkan diri kerana asyik menghitung projek dan tender untuk memperkayakan diri dan keluarga dan pilihan raya lambat lagi. Gaya hidup sudah berubah.

Golongan berpendapatan rendah ini akan terus tertekan dengan kenaikan taraf hidup yang meningkat akibat perbuatan UMNO. Kos belanja hidup harian semakin meningkat dari hari ke hari. Harga barangan keperluan harian tinggi di pasaran tidak standing dengan pendapatan yang diterima. Ini kerana dasar UMNO ialah pro kepada peniaga-peniaga besar [korporat] bukan peniaga-peniaga kecil [seperti menjual goreng pisang di tepi-tepi jalan, penjual makanan di warung-warung, membuka kedai memperbaiki kenderaan dan sebagainya] yang mencari keuntungan cara mudah dengan menaikkan harga barangan tersebut dengan alasan yang cukup mudah iaitu kos pengeluaran meningkat dan kerajaan pimpinan UMNO akan tunduk dengan kehendak tokoh-tokoh korporat ini yang biasanya adalah kenalan rapat atau sanak saudara pemerintah. Rakyat marhaen menerima siksaannya.

Semua perkhidmatan kerajaan terpaksa dibayar, termasuk mahu menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan. Kerajaan tidak pernah prihatin terhadap rakyat miskin yang memerlukan rawatan perubatan sehingga mangsa-mangsa ini meninggal dunia menunggu bantuan kerajaan [baca UMNO], berbanding dengan pesakit yang kaya-raya contohnya Ras Adiba Radhi mendapat bantuan melebihi daripada peruntukan yang diperlukannya untuk rawatan di Australia. Inilah nilai antara dua darjat yang ditunjukkan oleh UMNO, seperti kata Anwar, yang kaya bertambah kaya-raya, yang miskin terus miskin papa kedana.

Kerajaan pimpinan UMNO tidak menyediakan keperluan asas [basic needs] untuk semua rakyatnya. Sekiranya UMNO merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, mereka mesti menyediakan kemudahan perumahan yang sesuai dan selesa untuk golongan ini [bukan membina rumah seperti yang dibuat oleh KEDA luas sekangkang kera sebuah bilik]. Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan elektrik, air bersih, perhubungan telefon, jalan-jalan raya tanpa tol di sana sini secara percuma atau gatal juga hendak mengenakan caj, kenakanlah dengan caj yang paling minima dan sebahagian kos lagi ditanggung oleh kerajaan. Kemudahan-kemudahan ini kadarnya senantiasa naik bagi menampung perbelanjaan kerajaan yang boros, bermegah dengan projek-projek mewah yang tidak menguntungkan rakyat terbanyak [yang untung hanya mereka yang berdampingan dengan pemimpin atasan] dan setengah pengerusinya yang dilantik seperti Awang Adek Hussein yang gila berpolitik.

Kalau dulu, Negara miskin, kerajaan boleh memberi bantuan dan biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti dalam dan luar negara, tetapi sekarang Negara kaya, bantuan dan biasiswa ditarik balik dan digantikan dengan pinjaman. Begitu cerdiknya pemimpin- pemimpin UMNO ini berfikir. Apabila pelajar-pelajar ini tamat pengajian masing-masing dan mendapat pekerjaan, mereka terpaksa membayar balik pinjaman tersebut, di samping menanggung kos sara hidup sendiri dan keluarga miskin di kampong-kampung. Jadi, mereka terus berada dalam kemiskinan sepanjang masa.

Maafkanlah pada saya kali ini yang menghina orang-orang Melayu seperti saya meludah ke langit yang akhirnya air ludah itu jatuh terkena di batang hidung saya sendiri, tetapi saya patut memperkatakan sesuatu walaupun ianya pahit untuk ditelan. Orang Melayu bodoh berpolitik kecuali orang-orang Melayu di Kelantan dan di Terengganu. Mereka berpolitik memilih orang yang tidak berpelajaran, memilih pemimpin yang rasuah, memilih pemimpin yang menyalahguna kuasa, memilih pemimpin yang opportunis walaupun PAS menawarkan pemimpin yang berwibawa, bermoral, berakhlak mulia, beramanah dan berpendidikan tinggi. Memilih parti, bukan orangnya.

Orang Melayu takut susah, takut Negara tidak stabil, senang diperalatkan, sikap ambil lewa, biarkan, tak apalah, tolak ansur secara melampau, short memory [sebab itu Mahathir kata Melayu mudah lupa], boss all time right. Orang Melayu mengamalkan konsep hal politik berikan kepada orang politik uruskan. Kita tidak mahu dan lagi pun tentulah pemimpin di atas tahu apa yang sewajarnya dilakukan. Apa guna sakit kepala memikirkannya yang mana masalah akhirnya tidak boleh diselesaikan oleh kita.

Wahai orang-orang Melayu sekelian, insaflah. UMNO hanya memperkudakan anda semua. Anda semua hanya menjadi perkakas dan platform bagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk mencari kekayaan duniawi dan kebajikan anda semua tidak akan dipedulikan sehinggalah tiba pula pilihan raya ke-12 nanti. Mereka akan datang menemui anda dan menabur janji-janji lagi.

Dalam bahagian yang berikutnya selepas ini, saya akan menyentuh lebih mendalam mengenai manipulasi dan pengkhianatan UMNO dalam bidang POLITIK.

- Meli - 24.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN